Suka Makan Kacang Kuda? Ini 11 Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu

Tahukah anda khasiat kacang kuda untuk ibu hamil? Selain penting untuk menaikkan paras haemoglobin, ia kaya dengan serat & protein.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kacang kuda atau chickpeas merupakan sejenis kekacang yang terkenal di Asia Tenggara termasuk di Malaysia sebagai kudapan berkhasiat yang sedap. Selalunya ia direbus tanpa garam atau dijadikan bahan masakan. 

Kebaikan Kacang Kuda Untuk Kesihatan

Cicer arietinum atau kacang kuda adalah sejenis kekacang yang terkenal di Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Ia mempunyai bentuk yang bulat dan berwarna cerah.

Biasanya, kacang kuda boleh disediakan dengan pelbagai cara seperti dibakar, dikukus, digoreng atau boleh dimakan begitu sahaja. Tapi, biasanya orang ramai lebih suka untuk rebus kacang kuda.

Selain mudah disediakan, ia juga mudah didapati di pasaraya atau pasar malam dengan harga yang cukup murah.

Apa Kandungan Kacang Kuda

Kacang kuda mempunyai banyak kandungan yang baik untuk kesihatan diri. Mengikut kajian, setiap 100 gram kacang ini mengandungi pelbagai nutrien seperti air, kalori, karbohidrat, protien, serat dan juga lemak.

Tak cukup dengan itu, ia juga mengandungi vitamin dan mineral penting seperti beta karoten, kalium, fosforus, kalsium, natrium, zat besi serta zat zink.

Pengambilan kacang kuda sepanjang tempoh kehamilan

Kacang kuda sahaja sedap untuk dijadikan kudapan namun seperti yang disebut sebelum ini, ia sangat baik kesihatan terutama bagi ibu yang sedang hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, ibu mengandung cepat rasa lapar, jadi pengambilan kacang kuda rebus sebagai snack sangat sesuai kerana ia membantu meningkatkan paras haemoglobin disamping mempunyai kalori yang rendah.

Manfaat kacang kuda untuk kandungan ibu hamil

1. Mengurangkan paras kolestrol 

Kacang kuda mengandungi komponen serat larut iaitu isoflavon yang dapat mengurangkan paras kolesterol di dalam darah.

Ia secara tidak langsung membantu ibu hamil mengurangkan risiko terkena penyakit jantung secara tiba-tiba disebabkan peningkatan berat badan yang mendadak. 

2. Mengawal paras gula dalam darah 

Ketika sedang hamil, risiko untuk mendapat kencing manis adalah tinggi kerana pengambilan makanan yang tidak sesuai dan tinggi indeks glisemik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, pengambilan kacang kuda dalam diet seharian amat digalakkan bagi ibu mengandung yang mempunyai kencing manis (GDM) kerana kacang ini mempunyai kadar GI yang rendah yang mengawal paras gula. 

3. Menghalang obesiti atau kenaikan berat badan yang mendadak 

Kacang kuda terkenal dengan seratnya yang tinggi. Makanan yang mempunyai serat tinggi membolehkan perut rasa kenyang lebih cepat dan tahan lebih lama serta melambatkan penyerapan nutrisi. 

Lebih baik jika ibu mengandung menggantikan waktu kudapan pada waktu pagi dan petang iaitu sekitar jam 10 dan 4 petang dengan kudapan yang rendah kalori seperti kacang kuda rebus. 

4. Mengurangkan risiko anemia 

Ibu yang mengandung mudah menghidap penyakit anemia kerana janin menyerap zat besi dari ibu untuk proses tumbesarannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang mengalami masalah HB rendah atau paras haemoglobin kurang dari 11 disyorkan kerap makan kacang kuda kerana kudapan berkhasiat ini kaya dengan zat besi yang diperlukan tubuh badan selain jambu dan limau.

5. Melancarkan proses pencernaan 

Jika bakal ibu mengalami masalah sembelit atau mengalami pedih ulu hati, cubalah makan kacang kuda kerana ia mengandungi serat yang membantu melancarkan proses pencernaan sepanjang kehamilan. 

Ia juga melancarkan proses penyahtinjaan dan melembutkan najis untuk mengelakkan sembelit.

6. Kaya folat

Folat atau asid folik adalah sangat penting sewaktu hamil kerana ia membantu mencegah masalah kecacatan kelahiran pada otak dan tulang belakang bayi. Kacang kuda adalah sumber terbaik untuk folat, menjadikannya satu jenis kekacang yang mesti ada dalam diet ibu hamil.

7.  Perumah protein

Protein penting untuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Kacang kuda adalah sumber protein berasaskan tumbuhan yang terbaik, menyediakan asid amino yang diperlukan untuk kedua-dua ibu dan anak.

8. Zat besi untuk tenaga

Kekurangan zat besi menyebabkan anemia yang mana merupakan satu perkara yang dibimbangkan ketika hamil, tetapi kacang kuda boleh jadi penyelamat. Ia adalah sumber yang tinggi zat besi, yang mana membantu mencegah rasa penat dan memastikan oksigen disalurkan dengan lancar kepada ibu dan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9. Kesihatan jantung

Tahap serat boleh larut yang tinggi di dalam kacang kuda boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol, merendahkan risiko komplikasi berkaitan dengan jantung sewaktu hamil.

10. Baik untuk tulang

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kacang kuda mempunyai banyak vitamin dan mineral seperti fosforus, kalsium disamping kaya dengan vitamin K.

Selain baik untuk menurunkan tekanan darah dan mencegah mineralisasi daripada terhasil di arteri, vitamin K juga meningkatkan penyerapan kalsium sekaligus membantu pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga.

11. Mengandungi kolin

Kolin bukan sahaja penting buat ibu mengandung namun ia juga penting bagi janin yang sedang yang terdapat di dalam kandungan seperti menjaga otak bayi daripada cacat.

Ia juga membantu perkembangan otak dan sistem saraf pada bayi terutamanya pada pusat memori serta ia juga meningkatkan daya ingat dan kecerdasan bayi setelah ia lahir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi menggunakan kacang kuda

Apa yang lagi menarik tentang kacang kuda ini adalah ia bukan sahaja boleh direbus namun juga boleh dimasak dengan hidangan lagi bagi meningkatkan lagi manfaatnya.

Antara cara hidangan yang anda boleh cuba adalah dengan memasak kacang kuda dengan bayam yang juga mempunyai banyak khasiat seperti kalsium dan vitamin C.

Melalui perkongsian resepi sihat menggunakan kacang kuda dan bayam oleh Doktor Rizal Abu Bakar, kekacang ini mempunyai sifat raffinose yang membantu pencernaan supaya menyerap lebih baik dan merendahkan kolestrol dalam badan.

Bahan-bahan:

  • Olive oil
  • 1 biji bawang besar (potong halus)
  • 4 ulas garlic (hancurkan)
  • 1 sudu makan halia (sagat)
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1/4 cawan tomato (cincang)
  • Segenggam bayam
  • Air perahan lemon
  • 1 1/2 cawan chickpeas
  • 1/2 cawan santan
  • Garam cukup rasa
  • 1 biji keledek (panggang dalam oven 40 minit)

Cara penyediaan: 

  1. Bakar keledek selama 40 minit atau sehingga isi lembut.
  2. Dalam kuali leper, panaskan minyak. Masukkan bawang besar. Kacau sampai lembut.
  3. Masukkan bawang putih, halia, serbuk kari, serbuk cili. Goreng dalam 3 minit.
  4. Masukkan tomato, air lemon. Masak lagi selama 3 minit. Kacau rata.
  5. Masukkan chickpeas dan bayam. Biarkan sampai layu sikit baru masukkan santan.
  6. Akhir sekali, letak garam cukup rasa.

Sedap juga cicah dengan roti sourdough. Bolehlah cuba.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cek Mek Molek Bukan Sekadar Kuih Popular, Ramai Tak Tahu Khasiat Ubi Keledek Dalam Kuih Ini

Baca juga: Kacang Bendi Kaya Dengan Asid Folik Bagus Untuk Kandungan - Ibu-ibu WAJIB Cuba!

Baca juga: Ibu Yang Gemar Makan Kacang Ketika Trimester Pertama Cenderung Miliki Anak Bijak-Kajian

Penulis

Noorhidayah