Kacang Pistachio Untuk Kanak-Kanak & Ibu Hamil, Baik Untuk Kesihatan Jantung Dan Perkembangan Otak!

Kacang pistachio mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan jantung, mengawal berat badan dan menyokong fungsi otak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kacang pistachio bukan sahaja enak dengan rasa lemak dan tekstur rangupnya, tetapi juga kaya dengan nutrien penting yang menjadikannya pilihan snek sihat di seluruh dunia.

Bukan sekadar untuk dinikmati, kacang ini turut menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Sejarah dan Asal-Usul Kacang Pistachio

Pistachio berasal dari Asia Barat dan telah dinikmati sejak 7,000 tahun sebelum Masihi.

Pokok pistachio tumbuh subur di iklim kering dan panas dengan Iran, Amerika Syarikat dan Turki sebagai pengeluar utama.

Kandungan Nutrisi Kacang Pistachio

Kacang pistachio bukan sekadar snek yang enak, tetapi juga kaya dengan pelbagai nutrisi penting. Ia mengandungi protein, serat, lemak sihat, serta vitamin dan mineral seperti vitamin B6, tiamin, fosforus dan magnesium.

Malah, dalam setiap 28 gram hidangan, anda mendapat kira-kira 159 kalori dan lebih 20% daripada keperluan harian vitamin B6!

11 Khasiat Kacang Pistachio Kepada Kesihatan

Dari menjaga jantung hingga menyokong sistem pencernaan, kacang kecil ini punya banyak kelebihan yang mungkin tak ramai tahu.

Jom kita lihat satu per satu khasiatnya, antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Pistachio mengandungi lemak tak tepu tunggal yang membantu mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

Ini bermakna, ia boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, kacang ini juga kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi saluran darah daripada kerosakan.

2. Mengawal Berat Badan

Kalau anda selalu rasa cepat lapar, cuba makan kacang pistachio. Kandungan serat dan protein yang tinggi dalam kacang ini memberikan rasa kenyang lebih lama, sekali gus membantu mengawal nafsu makan.

Lebih menarik, pistachio juga rendah kalori berbanding kacang lain, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang ingin menjaga berat badan.

3. Mengawal Gula Darah

Pistachio mempunyai indeks glisemik yang rendah, bermaksud ia tidak menyebabkan lonjakan mendadak pada paras gula dalam darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Serat dan protein dalam kacang ini juga membantu menstabilkan kadar gula menjadikannya snek yang baik untuk pesakit diabetes atau ibu hamil yang mahu mengawal tahap gula dalam darah.

4. Meningkatkan Kesihatan Mata

Tahukah anda bahawa kacang pistachio baik untuk mata? Ia mengandungi antioksidan lutein dan zeaxanthin yang melindungi mata daripada kerosakan akibat cahaya biru dari skrin telefon dan komputer.

Malah, ia juga boleh mengurangan risiko penyakit mata seperti katarak dan degenerasi makula.

5. Menyokong Sistem Pencernaan

Serat dalam pistachio sangat baik untuk sistem pencernaan kerana ia membantu pergerakan usus yang lebih lancar dan mencegah sembelit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau anda mengalami masalah penghadaman, cuba amalkan pistachio sebagai snek harian!

6. Meningkatkan Fungsi Otak

Vitamin B6 dalam pistachio memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif dan fungsi neurotransmitter dalam otak. Kacang ini membantu meningkatkan daya ingatan, tumpuan dan fungsi otak secara keseluruhan.

7. Menguatkan Sistem Imun

Nak sistem imun yang lebih kuat? Pistachio mengandungi antioksidan dan vitamin B6 yang penting untuk menyokong sistem imun tubuh dalam melawan jangkitan dan penyakit.

8. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Vitamin E yang terdapat dalam pistachio adalah antioksidan yang membantu menjaga kelembapan kulit dan melindunginya daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Dengan pengambilan yang konsisten, kulit akan kelihatan lebih sihat dan berseri!

9. Menyokong Kesihatan Tulang

Pistachio kaya dengan mineral penting seperti fosforus dan magnesium yang sangat baik untuk kekuatan dan kepadatan tulang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengambilan pistachio secara berkala boleh membantu mengurangkan risiko osteoporosis, terutama bagi golongan berusia.

10. Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan pistachio secara rutin boleh meningkatkan kualiti sperma lelaki.

Kandungan antioksidan dan asid lemak dalam kacang ini membantu memperbaiki pergerakan serta ketahanan sperma.

11. Mengurangkan Risiko Kanser

Antioksidan dalam pistachio seperti polifenol dan tokoferol dapat membantu melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan sel kanser berkembang.

Dengan itu, pengambilan pistachio boleh menjadi salah satu cara untuk mengurangkan risiko penyakit ini.

Cara Pengambilan Kacang Pistachio

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara terbaik untuk menikmati pistachio adalah dengan memakannya sebagai snek atau menambahnya dalam hidangan seperti salad, yogurt dan pencuci mulut.

Jika boleh, pilih pistachio tanpa garam tambahan untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang maksimum.

Kesan Makan Kacang Pistachio

Walaupun pistachio sangat berkhasiat, pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan kalori yang tidak diingini.

Berikut adalah beberapa kesan sampingan lain jika mengambil kacang pistachio secara berlebihan:

1. Peningkatan Berat Badan

Walaupun pistachio sihat, ia tetap mengandungi kalori yang tinggi. Jika dimakan tanpa kawalan, ia boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan.

2. Masalah Pencernaan

Kacang ini mengandungi serat yang baik untuk penghadaman, tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kembung, cirit-birit atau ketidakselesaan perut.

3. Reaksi Alergi

Bagi individu yang alah kepada kacang, pistachio boleh mencetuskan simptom seperti gatal-gatal, bengkak atau kesukaran bernafas.

4. Kandungan Garam Tinggi

Pistachio yang diproses dengan garam boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi jika diambil dalam jumlah yang banyak.

Jadi, walaupun kacang pistachio adalah snek yang sihat, pastikan anda mengambilnya dalam jumlah yang sederhana untuk mengelakkan kesan sampingan ini.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Ulam Biasa-biasa, Kacang Botol Sebenarnya Ada Banyak Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Baca juga: Ibu Yang Gemar Makan Kacang Ketika Trimester Pertama Cenderung Miliki Anak Bijak-Kajian

Baca juga: Suka Makan Kacang Kuda? Sedap Dan Mudah Disediakn, Ini 11 Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu

Penulis

Noorhidayah