Balik Sekolah Kain Hilang, Bila Ayah Tanya, Dengan Yakin Budak Perempuan Ini Jawab Tak Tahu! Rupa-Rupanya…

Balik sekolah kain hilang. Budak perempuan ini selamba yakin jawab tak tahu selepas ditanya ayah. Netizen terhibur gelagat kanak-kanak ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pergi sekolah belah pagi, bukan main kemas dan cantik, lengkap uniform. Keluar sahaja dari pagar sekolah sewaktu pulang, kain hilang entah ke mana. Perkongsian oleh bapa ini mengundang gelak tawa netizen yang  tidak tahan dengan telatah anak perempuannya yang ‘kehilangan’ kain uniform sekolah.

Menerusi video pada akaun TikTok Topek@MT, lelaki tersebut memberitahu, anak perempuannya juga dengan selamba dan yakin tidak tahu ke mana hilang kain tersebut.

“Pergi pagi dah cantik. Sekali balik sekolah, kain dia dah tergulung dalam baju. Kes pergi tandas punya hal, lupa turunkan kain.

“Lepas tu bila tanya mana kain, dia cakap tak tahu mana hilang kain,” demikian perkongsian bapa tersebut.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kain hilang selepas ke tandas
  • Anak selamba yakin beritahu kain hilang
  • Netizen terhibur 

Kain hilang selepas ke tandas

Menceritakan lebih lanjut, lelaki dari Melaka itu berkata, guru kanak-kanak tersebut ada bertanyakan mengenai kain itu selepas anak perempuannya ke tandas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ceritanya dia pergi tandas lepas tu lupa turunkan kain. Jadi bila cikgu nampak, tanya mana kain. Dia cakap tak tahu. Cikgu pun pasrah sajalah dengan telatah anak murid.

“Sebab kalau kita tengok pun, memang tak nampak baju tu kembung dan kain tu bergulung.

“Aku pula dari jauh tengok anak siapa ni pergi sekolah pakai seluar. Bila dah dekat, baru perasan itu anak aku. Apa lagi, record lah,” katanya.

Anak selamba yakin beritahu kain hilang

Lelaki itu berkata, ibu bapa yang berada di luar pagar sekolah yang sedang menunggu anak masing-masing juga tertanya-tanya.

“Ibu bapa yang ada kat situ semua tanya, anak siapa tu. Aku pula atas moto nak gelak berdekah-dekah dah ni.

“Sampai kat moto, tanyalah mana kain. Konfiden (yakin) cakap tak tahu, lepas tu angkat baju dia, nampak kain tu. Turunkanlah.

“Dia pula jawab, bila masa kain tu ada kat situ. Lagi lah aku gelak,” kata bapa kanak-kanak itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Netizen terhibur 

Sehingga kini video tersebut mendapat tanda ‘suka’ lebih 15,000 selain komen gelak ketawa netizen yang terhibur dengan kanak-kanak tersebut.

“Alamak, ni kes terbaru ni. Selalunya kes hilang pensil, pemadam dengan colour sedekah kat member. Hilang kain tak pernah lagi terjadi, Kelakar la dik ooi”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Macam-macam hal budak sekarang. Macam anak saudara saya, hari ini sudah beg sekolah koyak. Bila tanya kenapa tak boleh zip. Dia jawab tak tahu lah”.

“Nasib baik dia pakai seluar panjang. Tak pe biasa lah budak-budak,” demikian komen netizen.

Malah ada juga netizen menyifatkan ia akan menjadi kenangan kepada kanak-kanak tersebut apabila dewasa.

“Aduss anak oii. Saya tahu anak ini sekolah mana, satu sekolah dan satu kelas anak saya ni. Tak pe, kenangan untuk dia nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Hahahaha comelnya. Simpan video nanti besar bagi dia tengok balik,” kata netizen. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Alahai Comelnya Gelagat Pesakit Cilik & 2 Pekerja Frontliners Ini, Sakan Menari

Baca juga: Risaukan Anak Di Hari Pertama Sekolah? Ini 5 Sebab Anda Sebenarnya Okay Sahaja Di Sekolah.

Baca juga: Tengah Hari Buta Nak Lari Rumah, Ibu Tergelak Lihat Anak Merajuk Dengan Tok Ayahnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan