Kaki Bayi Bengkok? Ibu Jangan Risau, Masih Belum Terlambat Untuk Merawatnya

Ada sebab mengapa kaki bayi bengkok. Namun jangan risau, ibu ayah masih boleh merawatnya dengan merujuk kepada pakar perubatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat ramai bayi di Malaysia yang dilahirkan dengan keadaan kaki bengkok ke luar. Ia merupakan satu satu masalah ortopedik yang sering dihadapi oleh bayi di Malaysia. Selain itu, kaki bayi bengkok turut dikenali dengan nama kaki pengkar iaitu kaki yang tidak lurus ataupun bowlegs (vena garum). 

Pakar perubatan memanggil keadaan kaki bayi dengan lutut yang membengkok keluar sewaktu berdiri sehingga menyebabkan kaki bayi melengkung sebagai bowlegs kerana ia nampak seperti busur panah. Bagi bayi yang mengalami keadaan begini, apabila mereka berdiri, lutut mereka akan kelihatan seperti terkeluar walaupun tumit mereka telah dirapatkan.

Keadaan kaki bowlegs akan lebih ketara apabila mereka berjalan tetapi ia tidak menyakitkan dan menghindari bayi daripada melakukan aktiviti berjalan, bermain atau melompat. Kebanyakan bayi menghadapi masalah bowlegs biasa berlaku pada bayi berusia 2 tahun ke bawah.

Punca berlakunya masalah kaki bayi bengkok

Keadaan kaki bengkok ini adalah masalah ortopedik yang melibatkan sistem sendi, otot dan tulang. Ia adalah merupakan sebahagian daripada sistem tumbesaran bayi dan kebiasaannya berlaku dalam kalangan bayi tanpa sebarang sebab.

Namun, ia juga boleh berpunca sewaktu bayi berada dalam kandungan. Apabila bayi membesar di dalam ruang kandungan rahim ibu sempit, ia menyebabkan kaki bayi melengkung kerana tidak mempunyai ruang yang cukup.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh masalah riket iaitu masalah pembesaran tulang yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D atau kalsium, pembentukan tulang yang tidak normal, dan patah tulang yang tidak sembuh. 

Keadaan masalah perubatan yang lain adalah penyakit Blount, gangguan metabolik, dan kerosakan tulang yang menyebabkan kaki bayi membengkok.

Tanda bayi alami kaki bengkok

Berikut merupakan tanda bayi alami kaki bengkok: 

  • Satu atau kedua-dua kaki berpusing ke dalam dan ke bawah dengan jari kaki menunjuk atau melengkung ke arah kaki yang bertentangan.
  • Kaki bengkok mungkin bersaiz lebih kecil daripada kaki biasa (beberapa inci lebih pendek).
  • Tumit pada kaki yang bengkok juga mungkin lebih kecil daripada biasa.
  • Dalam kes-kes yang teruk, kaki kelihatan ke sisi atau berpusing terbalik.
  • Otot betis pada kaki yang bengkok sedikit lebih kecil.
  • Kaki mungkin mempunyai pelbagai gerakan yang terhad.

Jenis kaki bengkok

Kaki bengkok pada bayi terjadi adalah disebabkan gangguan genetik yang menyebabkan kecacatan pada tulang kaki. Ketahui jenis kaki bengkok:

#1. Kaki berbentuk O

Kaki bentuk O atau genu varum adalah keadaan lutut yang terbuka luas dan buku lali menyentuh antara satu sama lain. Masalah ini biasanya terjadi kepada bawah di bawah usia 18 bulan dan mampu lurus sendiri pada ketika bayi berumur 3-7 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Kaki berbentuk X

Kaki berbentuk seperti huruf X. Biasanya kelihatan apabila kanak-kanak berumur 4 tahun. Masalah tulang kaki bengkok yang berbentuk X ini boleh pulih jika dapat rawatan yang betul.

#3. Jari kaki merpati (In-toeing)

Jari kaki bengkok ke dalam atau kaki pengkar dalam kalangan kanak-kanak berumur dua tahun ke atas adalah perkara biasa dan tidak berbahaya. Ibu ayah tidak perlu risau jika anak anda mengalami masalah kaki pengkar jika anak berjalan tanpa tersadung ini kerana kakinya lurus dengan sendiri.

Masalah kaki tidak lurus akan menjadi satu kecacatan sekiranya tiada perubahan pada keadaan kaki pada usia yang sepatutnya. Masalah kaki bengkok pada kanak-kanak perlu dapatkan rawatan daripada pakar ortopedik.

#4. Keluar-kaki (Out-toeing)

Bertentangan dengan jari kaki adalah keluar, iaitu jari atau tapak kaki membengkok ke luar. Dalam kebanyakan kes, kaki bayi bengkok ini juga tidak memerlukan penjagaan untuk lurus lagi.

Walau bagaimanapun, keadaan di luar perlu dirawat oleh doktor jika mereka tidak bertambah baik apabila kanak-kanak semakin berumur. Ini kerana keadaan ini boleh disebabkan oleh keabnormalan pada sendi pinggul, tulang femur, atau tulang kaki, serta cerebral palsy.

Patutkah anda bimbang?

Adakah anda risau apabila bayi anda yang dilahirkan dengan kaki bengkok?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami pasti soalan ini sering bermain di fikiran anda apabila mendapati anak anda yang baru dilahirkan mempunyai kaki yang bengkok sedikit.

Kaki bengkok atau kaki pengkar ini adalah satu keadaan sementara. Ia hanyalah masalah fisiologi yang akan hilang sebaik sahaja anak anda membesar dan kaki mereka akan menjadi lurus dengan sendirinya. Jadi ibu ayah boleh lah menarik nafas lega sedikit.

Perhatian kepada ibu ayah! Sekiranya keadaan anak masih sama selepas berumur 3 tahun dan ke atas, bawa anak anda berjumpa dengan segera.

Walaupun keadaan ini bukanlah keadaan yang akan dihadapi untuk selama-lamanya namun ia boleh menjadi satu bentuk kecacatan sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera. Ibu ayah perlu mengambil perhatian mengenai perkara ini dan tidak melengah-lengahkan rawatan walaupun anda sudah mengetahui bahawa ia bersifat sementara.

Bagaimana bowlegs boleh dirawat?

Berbeza dengan keadaan ortopedik seperti knock-knees atau flatfeet yang memerlukan rawatan, bowlegs tidak memerlukan sebarang rawatan. Ini kerana keadaan ini merupakan keadaan fisiologikal yang boleh pulih dengan sendirinya. 

Keadaan anak masih sama selepas 3 tahun, apa anda patut buat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perhatikan keadaan anak anda, Sekiranya keadaan anak anda masih sama selepas 3 tahun dan kakinya masih tidak lurus sewaktu berjalan, itu mungkin menunjukkan bahawa anak anda mempunyai kecacatan kaki. Jika anak anda mengalami salah satu daripada masalah ini, sila bawa anak anda berjumpa dengan pakar pediatrik ataupun doktor. 

  • Keadaan kaki bengkok ataupun bowlegs yang semakin teruk selepas anak anda berumur 2 tahun ke atas
  • Tempang ketika berjalan
  • Sakit pada lutut dan pinggul
  • Bengkok yang sangat ketara
  • Perawakan pendek (stunting)

Rawatan untuk masalah bowlegs serius

Walaupun pada asalnya, bowlegs adalah satu masalah yang tidak serius dalam kalangan kanak-kanak dan tidak memerlukan rawatan, tetapi bagi kanak-kanak yang mengalami masalah serius, rawatan amat diperlukan.

Apabila kanak-kanak menerima rawatan untuk membantu masalah kaki yang bengkok, rawatan ini akan membantunya untuk berjalan dengan lebih baik, mengurangkan sakit yang dialami terutamanya pada bahagian pinggul dan lutut dan seterusnya membantu menghalang lebih banyak kerosakan terjadi kepada lutut disebabkan oleh lutut yang bengkok.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara rawatan yang dicadangkan termasuklah:

  • Pengambilan vitamin D dan suplemen kalsium untuk merawat masalah kriket.
  • Pemeriksaan susulan selama setiap enam bulan supaya pakar pediatrik dapat memantau pertumbuhan kaki anak.
  • Alat ortopedik atau alat sokongan utnuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah yang mempunyai penyakit Blount atau keadaan penyakit serius yang lain.
  • Pembedahan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas yang mempunyai penyakit Blount atau keadaan penyakit serius yang lain.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:  Apakah Itu Masalah Kaki Pengkar Atau Kaki Bengkok Ke Dalam

Baca Juga: Aktiviti Senaman Untuk Bayi, Berkesan Kuatkan Otot & Percepatkan Proses Berjalan

Baca Juga: Masalah Tapak Kaki Rata Pada Anak, Ini Cara Untuk Mengenal Pasti & Betulkannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman