Kadar Kalori 20 Makanan Popular Aidilfitri, Hati-Hati Terutama Bagi Ibu Hamil Yang Ada GDM!

Kali ini kami kongsikan kalori makanan bagi 20 juadah popular Aidilfitri. Boleh nak makan, tapi berpada-padalah ya terutama bagi yang hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun Aidilfitri tahun ini sekali lagi kita diuji tidak dapat pulang ke kampung halaman, tetapi bagi meraikannya, sudah pasti juadah Aidilfitri disediakan. Kali ini kami kongsikan kalori makanan raya yang mungkin bakal anda nikmati nanti.

Boleh nak makan, tapi berpada-padalah. Ada yang memang kalorinya terlalu tinggi hingga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan anda.

Kalori makanan popular Aidilfitri

Makanan apa yang paling anda suka ketika Aidilfitri? Mungkin boleh semak kalori makanan itu di sini. Kami juga kongsikan cara untuk anda bakar semula kalori yang sudah diambil.

Jadi, makanlah, tetapi berpada-pada ya. Jangan bulan puasa sudah turun lima kilogram, tapi lepas raya naik 10 kilogram pula. Jaga diri ya!

#1. Lemang

Kredit: aromasian

Sepotong = 100 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 100 kalori:

  • Berjalan kaki = 30 minit
  • Jogging = 15 minit
  • Mengayuh basikal = 10 minit

#2. Rendang ayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dua ketul kecil = 100 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 100 kalori:

  • Berjalan kaki = 30 minit
  • Jogging = 15 minit
  • Mengayuh basikal = 10 minit

#3. Kerepek pisang

Tiga keping = 40 kalori

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 40 kalori:

  • Berjalan kaki = 10 minit
  • Jogging = 5 minit
  • Mengayuh basikal = 5 minit

#4. Ketupat

Kredit: wikipedia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lapang kiub kecil = 80 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 40 kalori:

  • Berjalan kaki = 20 minit
  • Jogging = 10 minit
  • Mengayuh basikal = 15 minit

#5. Rendang daging

Dua ketul kecil = 130 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 130 kalori:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Berjalan kaki = 35 minit
  • Jogging = 15 minit
  • Mengayuh basikal = 20 minit

#6. Dodol

Sepotong = 70 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 130 kalori:

  • Berjalan kaki = 20 minit
  • Jogging = 8 minit
  • Mengayuh basikal = 10 minit

#7. Kuih almond London

Sebiji = 50 kalori

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Berjalan kaki = 15 minit
  • Jogging = 6 minit
  • Mengayuh basikal = 8 minit

#8. Ketupat palas

Kredit: agrobazar

Satu biji = 130 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 130 kalori:

  • Berjalan kaki = 35 minit
  • Jogging = 15 minit
  • Mengayuh basikal = 20 minit

#9. Sate ayam

Lima cucuk = 200 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 200 kalori:

  • Berjalan kaki = 1 jam
  • Jogging = 30 minit
  • Mengayuh basikal = 20 minit

#10. Kuah kacang

Satu senduk = 130 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 130 kalori:

  • Berjalan kaki = 35 minit
  • Jogging = 15 minit
  • Mengayuh basikal = 20 minit

#11. Nasi dagang (ikan tongkol + acar timun)

Satu pinggan = 445 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 445 kalori:

  • Berjalan kaki = 2 jam 15 minit
  • Jogging = 1 jam 6 minit
  • Mengayuh basikal = 48 minit

#12. Nasi minyak (ayam masak merah+dalca sayur+acar timun)

Satu pinggan: 420 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 420 kalori:

  • Berjalan kaki = 2 jam
  • Jogging = 1 jam
  • Mengayuh basikal = 40 minit

#13. Nasi beriyani (ayam berempah+ sayur dal)

Satu pinggan = 470 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 470 kalori:

  • Berjalan kaki = 2 jam 30 minit
  • Jogging = 1 jam 30 minit
  • Mengayuh basikal = 1 jam

#14. Lontong+kuah lodeh

Semangkuk = 130 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 130 kalori:

  • Berjalan kaki = 35 minit
  • Jogging = 15 minit
  • Mengayuh basikal = 20 minit

#15. Air kordial

Satu gelas = 80 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 80 kalori:

  • Berjalan kaki = 20 minit
  • Jogging = 10 minit
  • Mengayuh basikal = 10 minit

#16. Mee kari

Satu mangkuk = 550 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 550 kalori:

  • Berjalan kaki = 2 jam 35 minit
  • Jogging = 1 jam 6 minit 
  • Mengayuh basikal = 58  minit 

#17. Mee bandung

Satu mangkuk = 550 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 550 kalori:

  • Berjalan kaki = 2 jam 35 minit
  • Jogging = 1 jam 6 minit 
  • Mengayuh basikal = 58  minit 

#18. Soto ayam 

Satu mangkuk = 374 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 374 kalori:

  • Berjalan kaki = 1 jam 30 minit
  • Jogging = 30 minit 
  • Mengayuh basikal = 30  minit 

#19. Pulut kuning

Satu senduk = 130 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 130 kalori:

  • Berjalan kaki = 35 minit
  • Jogging = 15 minit
  • Mengayuh basikal = 20 minit

#20. Ketupat sotong

Satu ekor = 100 kalori

Aktiviti yang anda boleh lakukan untuk membakar 100 kalori:

  • Berjalan kaki = 30 minit
  • Jogging = 15 minit
  • Mengayuh basikal = 10 minit

Pasti tak sangka kan, makanan yang kita rasakan sikit saja rupanya boleh tahan juga kalori makanan yang ada. Salam aidilfitri buat semua!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: sihattanpaubat

Kredit gambar: Tasteatlas

Baca juga: Ibu Berdepan Kesukaran Mendapatkan Bahan-Bahan Kuih? Jom Semak Harga Murah Di Sini!

Penulis

Lala Annuar