Kasihan Kandungan Jika Ibu Hamil Kurang Ambil Kalsium! Ini Sebabnya...

Kalsium untuk ibu mengandung sangat penting diamalkan sepanjang kehamilan hingga selamat melahirkan bayi. Hal ini kerana sumber kalsium banyak manfaat dan..

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita selalu dengar doktor atau jururawat akan pesan, jangan lupa minum susu atau ambil makanan yang ada sumber kalsium ketika mengandung. Tapi, kenapa agaknya kalsium untuk ibu mengandung ini sangat penting? 

Pertama sekali, ia untuk menguatkan tulang. Keduanya, ia janin dalam kandungan akan membesar dengan sihat dan sempurna. Biasanya, bayi menyerap zat kalsium ini bermula saat di trimester ketiga. 

Pada permulaan hamil, janin dalam kandungan memerlukan 30 mg kalsium, trimester kedua pula sebanyak 50 mg dan trimester ketiga sebanyak 250 mg kalsium yang diperlukan. 

Kenapa kalsium untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan penting?

Khasiat kalsium untuk ibu mengandung

  • Memperbanyakkan susu ibu 
  • Menurunkan risiko obesiti selepas hamil 
  • Saraf berfungsi dengan baik
  • Degupan jantung normal 
  • Memudahkan pembekuan darah normal

Jadi, kalau nak sumber kalsium menyokong tubuh semasa hamil, anda perlulah makan kalsium dengan kuantiti yang betul sepanjang kehamilan. 

Berapa jumlah dos kalsium untuk ibu mengandung ambil? 

Kredit: Diet in pregnancy

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu perlu ambil sekurang-kurangnya 500 mg ke 1300 mg kalsium setiap hari kerana tubuh hanya boleh menyerapnya sebanyak itu saja.

Jika ibu hamil tak amalkan kalsium ia akan beri kesan pada badan di kemudian hari nanti.  

Kesan negatif jika tidak amalkan kalsium ketika hamil

  • Ketika hamil, bayi akan mengambil sedikit kalsium pada tulang ibu. Ini akan menyebabkan daya tahan kalsium ibu berkurangan. Sebab itu ibu perlu sentiasa tambah kalsium dalam menu diet seharian. 
  • Kekurangan kalsium menyebabkan ibu berisiko dapat penyakit osteoporosis, di mana tulang mula mengecil dan reput. 
  • Darah tinggi semasa mengandung dan kelahiran bayi tak matang. 
  • Bayi lahir kurang berat dan zat. 

Macam mana kalau ada masalah untuk cerna laktosa? 

Laktosa ini kalau nak tahu adalah gula yang ada dalam susu. Sesetengah orang tak boleh melalui proses laktosa kerana ada masalah enzyme.

Pendek kata kalau dia minum susu ke, mesti perut akan cramp, muntah, sakit perut atau cirit-birit. Jadi macam mana ibu ini nak tambah kalsium kalau minum susu pun tak boleh?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak perlu risau kerana ada makanan lain yang ibu boleh makan bagi tambah kalsium. 

kredit: webMD

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan lain yang boleh tambah kalsium untuk ibu mengandung 

  • Kalau tak boleh telan susu, buat makanan yang ada sumber susu seperti puding susu, roti atau oat. 
  • Sayuran hijau seperti brokoli. 
  • Ikan sardin dan tofu 
  • Sandiwich berkeju 
  • Yogurt 
  • Bayam, kacang hijau atau makanan laut yang tak ada merkuri 
  • Smoothie buah-buahan 
  • Susu soya 
  • Ambil supplement kalsium (perlu rujuk doktor terlebih dahulu tau!) 

Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau nak kongsi makanan lain yang ada kalsium, boleh share di ruang komen 🙂 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Hati-Hati Jika Anda Kurang Kalsium Ketika Hamil, Ini 5 Tanda-Tandanya

Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin

Baca juga: Tak Minum Susu Langsung Sepanjang Kehamilan, Apa Makanan Pengganti Susu Ibu Hamil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan