X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Seorang Kanak-Kanak Malang Yang Dibuang Ibu Bapa Dalam Hutan Dilindungi Monyet

12 Apr, 2017
Seorang Kanak-Kanak Malang Yang Dibuang Ibu Bapa Dalam Hutan Dilindungi Monyet

Binatang sendiri lebih menyayangi anak, kenapa tidak manusia? Ikuti nasib malang kanak-kanak ini yang "dibuang" keluarga kerana beliau "anak perempuan" dan kurang upaya.

Baru-baru ini, India digemparkan dengan berita penemuan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang ditemui “hidup” dengan monyet di dalam hutan.

Ketika ditemui, kanak-kanak malang terbabit dilindungi oleh sekumpulan monyet yang cuba memberi perlindungan padanya. Apabila cuba didekati, monyet yang melindungi beliau cuba melawan dan ingin membawanya lari.

Seorang Kanak-Kanak Malang Yang Dibuang Ibu Bapa Dalam Hutan Dilindungi Monyet

Kredit gambar: The Guardian

Akan tetapi, pihak polis berjaya mengejar dan menyelamatkan kanak-kanak ini.

Berita tersebut mendapat perhatian setelah ia dilaporkan oleh berita tempatan India iaitu the Associated Press dan the New Indian Express. Antara berita antarabangsa yang terawal menyiarkan berita ini juga adalah The Washington Post dan The Guardian.

Menurut laporan awal, kanak-kanak malang terbabit telah diselamatkan oleh pihak polis awal tahun ini di utara Uttar Pradesh, India.

 Pada awalnya, teori mengatakan kanak-kanak ini telah membesar sejak kecil di dalam hutan. Akan tetapi, teori itu disangkal selepas penyelidikan lanjut dijalankan. Lihat video di bawah yang disiarkan oleh Ruptly TV tentang kanak-kanak malang ini.

Beliau terbukti telah dibuang oleh keluarganya. Doktor yang merawatnya di hospital Bahraich, New Dehli mengatakan beliau pada mulanya “bersifat” seakan binatang sebelum kembali pulih dan berjaya ditenangkan oleh kakitangan hospital. Dr Arun Lal, ketua pegawai perubatan di sana berkongsi kanak-kanak terbabit tidak dapat berkomunikasi, dan hanya mampu “membebel” tanpa tujuan.

Sepasukan ahli psikologi dan ahli fisioterapi kini sedang tekun merawat kanak-kanak malang ini. Hospital juga akan menjalankan ujian radiologi ke atasnya untuk mengenalpasti umur asal beliau.

Dibuang keluarga kerana “anak perempuan” dan kurang upaya

JP Singh, Ketua Pegawai Perhutanan Daerah di Katarniya GhatSingh menyangkal teori kanak-kanak malang ini membesar dalam hutan dan disamakan dengan watak “Mowgli” dalam filem “The Jungle Book”.

Seorang Kanak-Kanak Malang Yang Dibuang Ibu Bapa Dalam Hutan Dilindungi Monyet

Kredit gambar: New York Post

Menurut Singh, besar kemungkinan kanak-kanak ini dibuang oleh keluarga dalam masa terdekat sebelum beliau dijumpai polis.

Dia tak akan dapat hidup dalam hutan dalam tempoh 8 atau 9 tahun ini. Ada lebih kurang 100 ekor harimau bintang dalam hutan. Dia takkan dapat melarikan diri.

Semuanya berpunca daripada kegagalan polis mencari keluarga mangsa. Pihak polis telah mengeluarkan maklumat tentang kanak-kanak perempuan ini, namun tiada sesiapa yang tampil mencarinya. Polis mengesyaki beliau dibuang keluarga kerana beliau “anak perempuan” dan kurang upaya.

Kanak-kanak ini tidak berupaya untuk bercakap malah kakinya juga seakan-akan lumpuh dan dia pada mulanya bergantung sepenuhnya pada tangannya. Akan tetapi, selepas diberi diet yang sepatutnya, kanak-kanak ini semakin pulih dari kecederaan kaki, tangan dan perutnya.

Ranjana Kumari, seorang peguam bela memberitahu pihak The Guardian

“Masyarakat di India menganggap anak perempuan adalah “satu beban”. Lebih-lebih lagi jika dia cacat. Jadi tak mustahil kanak-kanak ini dibuang keluarga kerana alasan sedemikian.”

Sos Children’s Villages melaporkan hampir 5 kanak-kanak dibuang oleh ibu bapa masing-masing di India. Dua dari kanak-kanak terbabit adalah anak perempuan “yang tidak diingini keluarga”.

Seorang Kanak-Kanak Malang Yang Dibuang Ibu Bapa Dalam Hutan Dilindungi Monyet

Kanak-kanak berusia 8 tahun yang dijumpai “dibuang” di dalam hutan.
Kredit gambar: New York Post

Tahun lepas, The Times of India melaporkan hampir sembilan daripada 10 dalam kalangan 11 juta kanak-kanak yang dibuang di India — adalah kanak-kanak perempuan. Menurut United Nations Children’s Fund (UNICEF), hampir 31 juta anak-anak yatim di India telah ditinggalkan oleh penjaga masing-masing.

Kasihan semua kanak-kanak ini. Mereka tidak diberi kesempatan untuk menikmati hidup normal sebaliknya terus dibuang keluarga.

Binatang sendiri lebih menyayangi anak, kenapa tidak manusia?

Semoga perkongsian ini membuka mata masyarakat tentang betapa manusia boleh menjadi insan yang tidak berperikemanusian, dan nasib kanak-kanak yang dibuang keluarga di India.

Kredit gambar: New York Post

Sumber rujukan: the Associated Press, The Washington Post, Ruptly TV, Sos Children’s Villages, The Times of India dan The Guardian

BACA JUGA: Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Seorang Kanak-Kanak Malang Yang Dibuang Ibu Bapa Dalam Hutan Dilindungi Monyet
Kongsikan:
  • Ayah, Sebenarnya Sudah 37 Tahun Kita Tak Berjumpa...

    Ayah, Sebenarnya Sudah 37 Tahun Kita Tak Berjumpa...

  • Bahaya Tidurkan Bayi Lain Bilik, Bayi Ini Maut Tanpa Ibu Ayah Sedar

    Bahaya Tidurkan Bayi Lain Bilik, Bayi Ini Maut Tanpa Ibu Ayah Sedar

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ayah, Sebenarnya Sudah 37 Tahun Kita Tak Berjumpa...

    Ayah, Sebenarnya Sudah 37 Tahun Kita Tak Berjumpa...

  • Bahaya Tidurkan Bayi Lain Bilik, Bayi Ini Maut Tanpa Ibu Ayah Sedar

    Bahaya Tidurkan Bayi Lain Bilik, Bayi Ini Maut Tanpa Ibu Ayah Sedar

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.