X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kanak-kanak lelaki meninggal selepas terjatuh dari tingkap apartmen

14 Feb, 2017
Kanak-kanak lelaki meninggal selepas terjatuh dari tingkap apartmen

Bedah siasat yang telah dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah menunjukkan yang kanak-kanak tersebut mengalami keretakkan pada otak.

The Star pagi ini telah melaporkan sebuah tragedi yang melanda sebuah keluarga di Klang apabila anak lelaki merea yang berusia enam tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkap apartmen.

Muhammad Syafiq Shyahmi Mohammad Sauffi dipercayai sedang bermain di ruang tamu rumah ibu bapanya di apartmen di Shah Alam apabila insiden tersebut terjadi pada jam 5 petang Ahad lalu.

Kanak-kanak tersebut terjatuh melalui tingkap dari tingkat tiga apartmen kuaters guru SMK Jalan Kebun dan meninggal dunia kata OCPD Asisten Komisioner Shafien Mamat apabila dihubungi semalam.

“Mangsa sedang bermain dan ibu bapanya tidak perasan yang dia telah memanjat meja kecil yang di letakkan di tepi tingkap,” katanya.

Bedah siasat yang telah dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah menunjukkan yang kanak-kanak tersebut mengalami keretakkan pada otak.

Kanak-kanak lelaki tersebut berada dengan ibu dan ayah tirinya ketika kejadian. Ibunya merupakan guru di sekolah tersebut.

Ayah tiri Muhammad Shafiq, Mohd Azmi Buandi, 27, berkata bahawa anaknya tidak pernah bermain di tepi tingkap sebelum ini.

“Dia selalunya main di tingkat bawah dengan kanak-kanak lain atau di rumah dengan adiknya,” katanya lagi.

Adik lelakinya berusia beberapa bulan.

Mayat Muhammad Syafiq kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Manggis semalam.

Tips keselamatan bagi rumah yang mempunyai kanak-kanak

Rumah yang kemas dan bersih tidak semestinya selamat untuk kanak-kanak. Namun, anda boleh mengurangkan risiko terjadinya kemalangan dengan mengenal pasti hazad lalu mengelakkan atau membuang hazad tersebut.

Namun, anda tetap perlu memantau anak anda walaupun anda telah menyediakan suasana yang selamat untuknya. Kerana mereka akan belajar memanjat, membuka serta menarik segala benda dan mungkin akan menjadi punca risiko kemalangan.

Mengurangkan risiko jatuh di rumah

Jatuh adalah salah satu punca yang normal bagi kebanyakkan kecederaan bagi semua peringkat umur. Anda boleh membantu memastikan keselamatan anak anda dengan memerhatikan kebolehan anak anda dan tempat baru yang dia dapat capai atau panjat. Kemudian mengubah suasana rumah mengikut kebolehan anak anda. Contohnya:

  • Memasang pagar keselamatan pada tangga, balkoni dan sentiasa memantau anak anda ketika dia bermain di tangga dan balkoni.
  • Kunci tingkap – terutamanya tingkat atas atau rumah tinggi dan pasangkan pagar atau gril supaya anak anda tidak boleh terjatuh.
  • Pastikan keadaaan bilik atau ruang tamu cukup terang supaya anak anda tidak terjatuh akibat kurang pencahayaan

Melecur dan terbakar

Untuk mengelakkan terbakar, jauhkan anak anda dari api dan permukaan panas. Perhatikan anak anda sekiranya berada di kawasan yang terdapat dapur, oven, pemanas dan alatan panas yang lain.

Air minuman dan air mandian yang terlampau panas boleh mengakibatkan kesan melecur yang major pada anak kecil dan kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa tips untuk mengurangkan risiko melecur dan terbakar:

  • Jauhkan minuman panas jauh dan tidak mudah dicapai kanak-kanak.
  • Jika ingin memandikan anak anda dengan air panas, cuba rasa dengan bahagian kulit yang sensitif seperti kulit lengan dahulu.
  • Pasangkan pagar keselamatan agar anak anda tidak dapat memasuki ruangan yang penuh dengan alat pemanas seperti dapur.
Kanak-kanak lelaki meninggal selepas terjatuh dari tingkap apartmen

Foto : great baby tips

Tercekik dan lemas

Banyak barang harian di rumah boleh menyebabkan tercekik dan lemas pada kanak-kanak. Contoh paling biasa ialah plastik, wayar pengecas telefon dan juga bag.

Apa yang anda boleh lakukan ialah:

  • gulung tali atau wayar dan sangkut sekurang-kurangnya 1.6 m dari lantai
  • simpan semua plastik dan bag di tempat yang tidak dapat dicapai anak-anak
  • kosongkan tempat bermain anak-anak daripada barang-barang yang boleh menyebabkan lemas atau tercekik

Kanak-kanak lelaki meninggal selepas terjatuh dari tingkap apartmen

Antara tips keselamatan di rumah yang lain:

  • Pastikan suis dan plug tidak dapat dicapai oleh anak-anak untuk mengelakkan renjatan elektrik
  • Sebarang kerja membaik pulih, pastikan dilakukan oleh tukang elektrik bertauliah
  • Sebarang wayar yang terkoyak harus dibuang atau ditukar dengan segera
  • Gunakan penutup suis dan plug
  • Pastikan tiada barangan kaca yang boleh dicapai anak anda
  • Tingkap atau pintu kaca mempunyai filem anti hancur bagi mengelakkan kaca bertaburan jika terpecah
  • Pastikan barangan elektrik tidak terpasang tanpa pemerhatian
  • Pastikan anak anda jauh ketika menggunakan alatan merbahaya

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membaiki langkah keselamatan yang telah anda amalkan di rumah.

Stories Rakan Kongsi
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Sumber: kidshealth, raisingchildren, safe wise

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kanak-kanak lelaki meninggal selepas terjatuh dari tingkap apartmen
Kongsikan:
  • Kanak-kanak lelaki meninggal selepas terjatuh dari 'bas' sekolah

    Kanak-kanak lelaki meninggal selepas terjatuh dari 'bas' sekolah

  • Kanak-Kanak Perempuan Semuda 6 Tahun Percaya Bahawa Kanak-Kanak Lelaki Lebih Pintar Kerana Sebab Ini!

    Kanak-Kanak Perempuan Semuda 6 Tahun Percaya Bahawa Kanak-Kanak Lelaki Lebih Pintar Kerana Sebab Ini!

  • Kanak-kanak lelaki meninggal selepas terjatuh dari 'bas' sekolah

    Kanak-kanak lelaki meninggal selepas terjatuh dari 'bas' sekolah

  • Kanak-Kanak Perempuan Semuda 6 Tahun Percaya Bahawa Kanak-Kanak Lelaki Lebih Pintar Kerana Sebab Ini!

    Kanak-Kanak Perempuan Semuda 6 Tahun Percaya Bahawa Kanak-Kanak Lelaki Lebih Pintar Kerana Sebab Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham