Kanak-kanak berusia 2 tahun mati selepas beberapa jam disahkan menghidap tonsilitis

lead image

"Sebagai ibu, anda pasti tahu bila ada sesuatu tidak kena pada anak anda. Tapi doktor taknak dengar. Saya akan berjuang sehingga saya tahu mengapa dan apa yang terjadi pada anak kesayangan saya."

Sepasang ibu bapa yang patah hati dari Manchester menyangka selepas mereka ke hospital, kesihatan anak perempuan mereka dapat diperiksa.

Tapi beberapa jam kemudian, anak kesayangan mereka meninggal dunia akibat satu penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor.

Menurut laporan Daily Mail, kanak-kanak perempuan terbabit telah dibawa berjumpa dengan doktor apabila dia menunjukkan tanda-tanda tidak bermaya selepas enggan makan atau minum.

“Beliau telah disahkan menghidap jangkitan virus dan dibenarkan pulang. Tapi selepas itu, keadaannya bertambah buruk. Kedua ibu bapa beliau kembali ke hospital pada hari berikutnya untuk berjumpa doktor yang berbeza, ulas laporan.

Kali kedua berjumpa dengan doktor berbeza, beliau disahkan menghidap ulser tekak. Lalu, doktor telah memberi ubat ibuprofen.

Masuk hari ketiga, bibir Scarlett yang berusia 2 tahun itu telah bertukar kebiru-biruan. Di Royal Bolton Hospital A&E, beliau disahkan menghidap tonsilitis.

“Dia seolah-olah sedikit pulih ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Dia mula makan, minum dan bercakap. Dia semakin sihat.” jelas ibu mangsa, Megan Burns.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/03/story1 image 4.jpg Kanak kanak berusia 2 tahun mati selepas beberapa jam disahkan menghidap tonsilitis

Kredit gambar: Cascade News

Malam kejadian

“Pukul 11 malam, ketika saya tengah tidur di sofa, dia terjaga dan datang peluk saya. Kemudian dia peluk ayahnya dan kembali ke katil.”

Leon, ayah Scarlett yang menidurkannya kembali malam itu. Leon perasan anak kesayangannya itu menghasilkan “bunyi sedikit bising”.

Apabila Megan ke bilik tersebut, Scarlett sudah tidak bergerak.

“Saya cuba semua cara untuk bagi dia bangun. Dia sangat lemah dalam pelukan saya — anak kesayangan saya.”

Apa yang paling mengecewakan dalam peristiwa pahit ini adalah apabila pemeriksaan bedah siasat gagal mencari punca kematian kanak-kanak terbabit.

“Sebagai ibu, anda pasti tahu bila ada sesuatu tidak kena pada anak anda. Tapi doktor taknak dengar. Saya akan berjuang sehingga saya tahu mengapa dan apa yang terjadi pada anak kesayangan saya.”

Heather Edwards, ketua komunikasi untuk Bolton NHS Foundation Trust, dipetik mengulas: ‘Malangnya, jika seseorang kanak-kanak meninggal dunia secara tiba-tiba, kami akan sentiasa mengkaji semula keadaan untuk melihat sama ada sebarang perkara boleh dilakukan secara berbeza. Dan hasil kajian akan dikongsikan bersama keluarga mangsa.

Keluarga terbabit telah ditawarkan dengan sokongan akibat kehilangan ahli keluarga. Kami tidak boleh mengulas dengan lebih terperinci tentang kes ini kerana siasatan rasmi masih berjalan.”

 

Terjemahan: theAsianparent Singapore

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!