TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tambah kandungan lemak dalam susu badan anda untuk kebaikan si manja

4 min bacaan
Tambah kandungan lemak dalam susu badan anda untuk kebaikan si manja

Susu ibu lain nampak lebih berlemak? Ibu yang ingin tambah kandungan lemak dalam susu ibu boleh cuba cara ini untuk bayi yang kurang berat badan.

Ada ke tak ibu-ibu yang mencari jalan menambahkan kandungan lemak dalam susu ibu? Terutamanya untuk bayi pramatang atau bayi yang ada berat badan lahir yang sangat rendah?

Jika anda bimbang dengan kandungan lemak dalam susu badan anda yang mungkin tidak cukup, baca artikel ini untuk mengetahui cara menambah kandungan lemak dalam susu ibu.

kandungan lemak dalam susu ibu

Percaya dengan susu sendiri

Apabila anda menyusu terus dari payudara, anda tidak dapat melihat jumlah susu yang diminum atau jika kandungan lemaknya tinggi. Anda hanya boleh percaya dengan keupayaan badan untuk menghasilkan susu terbaik dan secukupnya buat si manja.

Tapi apabila anda membandingkan bayi anda dengan bayi orang lain, pasti anda akan terfikir “kenapa anak orang lain montel dan anak saya kurus saja?” Lebih-lebih lagi, apabila kawan memuatnaik gambar susu ibu lemak berkrim yang berjaya dikumpul hari itu. Anda rasa hairan lalu cuba pam keluar juga. Namun, lemak yang terkumpul di atas nampak sedikit sahaja. Bagaimana ya? 

Perbezaan kandungan lemak dalam susu ibu

kandungan lemak dalam susu ibu

Susu ibu mengandungi kira-kira 22 kalori untuk setiap auns.

 
Susu ibu mengandungi kira-kira 22 kalori untuk setiap auns. Tapi jika ibu-ibu pernah lihat susu ibu lain atau pernah menggunakan susu penderma, ramai ibu lain mempunyai susu yang sangat lemak dan berkrim. Ada juga yang menghasilkan kandungan lemak dalam susu ibu yang lebih rendah.
 
Jika susu anda tidak nampak berkrim pasti anda akan mula meragui keupayaan diri… “bayi saya cukup susu tak?”.. “bayi saya cukup kalori ke tidak?”

Susu awal dan susu akhir

Biarpun anda mencuba pelbagai makanan penambah susu, ia tidak semestinya akan meningkatkan kandungan lemak dalam susu ibu. Ini hanya akan menukar jenis lemak yang akan dibekalkan kepada bayi anda.

Selain itu, kita tahu susu awal adalah lebih cair dan kurang lemak kerana fungsinya adalah untuk mengurangkan rasa dahaga bayi anda. Susu berlemak untuk mengenyangkan bayi, semuanya terdapat dalam susu akhir.

Jadi apa cara untuk menambahkan kandungan lemak dalam susu ibu?

kandungan lemak dalam susu ibu

Lecithin adalah suplemen yang boleh menjadikan susu ibu menjadi lebih “licin,” dengan menggalakkan pengemulsian lemak dengan susu badan.

Saya hanya dapat tahu trick ini selepas anak kedua saya. Badan saya telah menghasilkan terlalu banyak susu dan saya sering mengalami masalah saluran susu yang tersekat.

Walaupun saya tidak mencuba cara yang pelik ini untuk melegakannya, sebaliknya saya telah mengambil suplemen Lecithin. Ia tidak hanya membantu melancarkan susu dan menghalang saluran susu dari tersekat, saya perasan susu yang dipam keluar nampak lebih berlemak. 

Apabila anda mengambil Lecithin ia boleh membantu mengelak saluran susu dari tersekat dengan cebisan-cebisan lemak dalam susu ibu. Suplemen ini akan menjadikan susu anda menjadi lebih “licin” dengan menggalakkan pengemulsian lemak dengan susu badan.

Dr. Jack Newman, pakar perubatan dan penyusuan susu ibu dari Kanada berkata –

“Lecithin adalah suplemen makanan yang boleh membantu ibu untuk mengelak saluran susu dari tersekat. Lecithin mengurangkan kelikatan (melekat) susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak tidak tepu dalam susu.“

Hasilnya ialah susu ibu yang mempunyai peratusan asid lemak yang lebih tinggi.

“Ia selamat untuk diambil, agak murah, dan berkesan untuk ibu menyusu. Dos sesuai diambil oleh ibu menyusu yang ingin menambahkan kandungan lemak adalah 1200 mg, 4 kali sehari.“

Cuba tengok lapisan lemak yang berkumpul di atas! Hebat bukan?

Cara menambahkan kandungan lemak dalam susu ibu, iaitu dengan mengambil suplemen Lecithin

Cara menambahkan kandungan lemak dalam susu ibu, iaitu dengan mengambil suplemen Lecithin

Bentuk pil suplemen Lecithin agak besar tapi ia tidak susah untuk ditelan. Jika anda ingin menambahkan kandungan lemak dalam susu ibu, cubalah cara ini.

Kongsi dengan kami jika ia telah memberi kesan yang positif untuk ibu-ibu sekalian. Selamat mencuba dan semoga ia berkesan untuk anda.

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?

Gambar diambil dari Biomarkers & Milk

Sumber: Joyfulabode

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.com8-cara-untuk-meningkatkan-susu-badan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Tambah kandungan lemak dalam susu badan anda untuk kebaikan si manja
Kongsikan:
  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham