Walaupun semua orang tahu akan bahaya rokok, namun masih lagi banyak orang yang merokok. Diharap kisah seorang suami ini yang meninggal akibat kerana kanser lidah kerana merokok ini dapat membuka mata kita bagi menjaga kesihatan.
Isteri Kongsi Kisah Sayu Menjaga Suaminya Yang Sakit Kanser Lidah
Seorang ibu dengan akaun Facebook Rezy Selvia Dewi menulis perjuangannya mengurus suami yang menghidap kanser lidah akibat merokok. Status ibu yang berasal dari Tasikmalaya ini kini viral dengan 175K perkongsian di media sosial.
Berikut perkongsiannya:
Selamat Jalan Suamiku
“Mii, ulser ni buat Abbi tak lalu makan…”
Sebaik pulang dari kerja, suamiku menolak masakan aku hari itu. Padahal aku memasak ayam goreng kesukaannya.
“Esok lusa masak sayur saja ye…”
Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan.
Setiap hari suami selalu mengeluh tentang ulser di lidahnya yang masih tidak sembuh walaupun setelah 2 minggu. Aku tidak kisah sangat kerana aku anggap itu cuma ulser biasa.
“Mii, tadi di tempat kerja ada medical check up, ini keputusannya…”
Suami menghulurkan kertas hasil pemeriksaan. Aku ingat betul masa itu bulan April 2016.
“Kesihatan Abbi tak ada masalah. Cuma kata doktor, Abbi kurang nutrisi. Abbi kurang gizi la ni, sebab Ummi tak jaga Abbi…asyik berzumba saja hehehe…”
Anak aku baru berusia 1 tahun ketika itu, jadi pastinya aku agak sibuk menguruskan si kecil yang sangat aktif. Terlalu sibuk sampai tidak perhatikan kesihatan suami.
Arwah bersama anak pertama, Zuma.
Aku diam saja ketika suami kerap merokok. Aku tak pernah marah ketika suami menolak sarapan pagi yang sudah disiapkan, aku tak pernah marah ketika suami berjaga pada waktu malam dan aku tidak ambil tahu tentang pemakanannya di tempat kerja.
Makanan sihat kah? Atau bukan… Ya… Itulah kesalahan terbesarku… Abbi bersukanlah, jalan-jalan dalam mall.”
“Tak mahulah…Abi tak sedap badan. Sakit kepala..”
Masa tu hujung minggu, jadi suami hanya tidur seharian sambil menonton TV.
“Huh pemalas betul suami aku ni…suruh berjalan pun susah,” aku cakap dalam hati.
3 minggu kemudian, ulser di lidahnya masih belum sembuh. Malah bertambah pula sakitnya di kepala dan telinga.
“Abbi…esok jumpa doktor ya…harap ulser tu boleh sembuh.”
Suami mengangguk. Keesokan harinya, suami ke hospital berdekatan tempat kerjanya. Doktor memberitahu dia hanya kurang makan sayur dan buah, dan memberinya ubat sapi.
“Kalau dua minggu belum sembuh, periksa lagi ya,” kata doktornya.
2 minggu kemudian suami periksa lagi kerana ulser masih ada. Doktornya hanya menambah antibiotik, namun setelah ubat habis dia masih belum sembuh.
Kembalilah lagi hospital untuk pemeriksaan, “Mungkin awak ada masalah di gigi, saya rujuk ke doktor bedah mulut ya…”
“Oh… ulser encik ni sebab nak tumbuh gigi bongsu, tetapi posisi tak normal. Mungkin itu encik ada ulser dan sakit kepala. Gigi kena cabut ya cik.”
Bulan Jun 2016, awal bulan Ramadhan, suami tidak berpuasa kerana baru selesai pembedahan gigi. Namun walaupun gigi sudah dicabut, masih ada lagi ulser dan sakit kepala semakin menjadi-jadi!
“Mi, Abbi sakit sangat, sakit kepala semakin kerap. Kenapa ya, padahal gigi sudah dicabut, lidah pun dah tak boleh gerak ke kiri.”
“Gigi encik sudah tidak ada masalah. Kalau encik sakit kepala, baik ke doktor saraf.” kata doktor bedah mulut.
Maka suami berjumpa doktor saraf pula dan hanya diberikan ubat tahan sakit. Dia turut menjalankan fisioterapi lidah namun setelah 6 kali masih tiada perubahan. Doktor menyarankan pemeriksaan MRI, namun kos mahal dan tidak ditanggung insurans.
Hari Raya Aildilfitri, suami memilih untuk tidur di bilik dan tidak ikut ke rumah sanak saudara kerana semakin kerap sakit kepala. Setelah selesai hari lebaran. kami bersiap ke bandar semula.
Keputusan Medikal Yang Mengejutkan
“Mii, kenapa lidah Abbi ada benjolan. Cuba tengok ni mii..”
Benar… ada benjolan kecil sebesar biji jagung di lidah yang ada ulser itu.
“Esok kita ke doktor lagi”
“Sejak bila ada benjolan ye encik?” tanya doktor.
“Baru 3 hari doktor…”
“Sakit tak?” sambil memicit benjolan tersebut.
“Tidak doktor, tak sakit. Tapi ulser masih sakit, nak telan makanan pun sakit, kepala pun makin kerap sakit.”
“Sebaiknya encik periksa MRI supaya kita boleh tahu sakit asalnya dari mana. Benjolan ni mungkin tumor yang tidak berbahaya, kita perlu lakukan pembedahan dan cari tahu keputusannya.”
Suamiku hanya mengangguk, tanda setuju..
Awal Ogos 2016, aku menemankan suamiku menjalani pembedahan. Zuma aku minta bantuan mama untuk menjaganya, dan mama terus berangkat datang ke Jakarta.
Pembedahan berjalan lancar, 3 jam lamanya.
“Ini isteri Encik Adrie? Pembedahan sudah selesai, ini benjolan yang sudah diambil akan dikaji dalam masa 10 hari lagi.”
Tanggal 13 Ogos 2016, kami kembali menemui doktor.
Doktor menghela nafas panjang, ada perasaan kurang enak semasa itu.
“Hasil pemeriksaannya tidak baik, encik disahkan menghidap kanser lidah.”
Seolah detak jantungku berhenti.
“Kanser… doktor?”
Tiba-tiba mataku jadi gelap, sebuah beban berat terasa menindih badanku. Aku diam dan tak boleh berkata apa-apa, lama aku terdiam.
“Kanser..?” tanyaku.
Tapi kalimat itu tak mampu terucap hanya bersarang di kepalaku. Sebuah penyakit yang selama ini hanya aku ketahui menerusi maklumat dan berita, kini terjadi kepada orang terdekat yang aku sayangi, suamiku sendiri.
Kutatap wajah suamiku, suamiku hanya terdiam, pucat…
“Saya sarankan encik jalani rawatan di hospital Dharmais, kerana di sana ada rawatan khusus bagi menangani penyakit encik, harus cepat ya encik, sebelum sel kenser merebak.”
Aku segera mengambil surat rujukan doktor dan menuju ke Hospital Dharmais.
Aku tidak pernah terfikir sedikitpun sebelum ini, yang kami berada di kalangan penderita kanser yang menunggu di ruangan pesakit. Kebanyakkan orang kelihatan risau dan berputus asa.
Walaupun ini yang aku rasanya, namun aku kena sembunyikan raut wajah risau depan suaminya. Aku perlu tetap kuat untuk memberikan semangat kepadanya.
Serangkaian pemeriksaan kami lakukan, lab, USG, rontgen, CT Scan, bone scan.
“Dari hasil pemeriksaan, 3/4 lidah encik sudah terkena sel kanser, jadi encik perlu lakukan pembedahan untuk membuang lidah.” kata doktor.
Ya Allah… apa lagi ini? Dibuang lidah? Kenapa harus suamiku yang mengalaminya? Kami pun pulang dengan perasaan yang tak tentu.
“Nanti kita periksa ke hospital lain ya Bii, kita cari second opinion.”
Esoknya kita periksa ke Hospital Siloam. Doktor melakukan endoskopi, memasukkan kabel kecil yang ada kameranya melewati lubang hidungnya, terlihat jelas kamera menangkap gambar di monitor.
“Wahh, kansernya sudah menyebar ke tekak encik…”
Memang terlihat banyak benjolan merah di dekat pita suara.
“Kalau boleh tahu sudah tahap berapa doktor?”
“Kalau seperti ini sudah tahap 4.”
“Jadi bagaimana ya doktor?” aku bertanya.
“Nanti encik harus menjalani kemoterapi 3 kali, dan radiasi sebanyak 30 kali.”
Wajah suamiku putih pucat, dia hanya terdiam. Terbayang beratnya derita dan kelelahan yang harus dialami suamiku.
Belum lagi dengan kombinasi pengubatan kemoterapi yang melemahkan fizikal. Setelah keluar dari bilik doktor seolah semuanya jadi gelap, rasanya aku tak kuat menahan segala beban ini.
Aku segera memberitahu keluarga dan rakan terdekat tentang keadaan suamiku, dan minta doa dari mereka. Tanpa aku sedari, air mata aku mengalir…
Dengan langkah lemas tak bertenaga seolah aku melayang, tulang-tulang terasa tak mampu menyangga badanku yang kecil ini. Aku melihat anakku yang masih berusia 1 tahun, dia tersenyum ceria.
Dia tak mengerti beban berat yang menimpa orang tuanya, aku pun memeluknya erat sambil menangis sepuasnya. Ketika kami di rumah, kami minta pendapat dari pihak keluarga tentang rawatan yang akan kami lakukan.
Dengan berbagai pertimbangan dan alasan pihak keluarga menyarankan agar kami tidak menempuh rawatan kemo dan radiasi. Kami disarankan untuk menjalani pengubatan dengan cara alternatif dan rawatan tradisional.
Aku Didapati Positif Hamil
Awal September 2016 kami membuat keputusan pulang kampung ke Tasik, oleh kerana keadaan suami yang tidak lagi boleh bekerja. Nasib baik pihak majikan memberi izin cuti sakit sehingga sembuh.
Sejak itu kami melakukan banyak ikhtiar merawat dengan cara alternatif dan tradisional. Namun pada masa itu suami sudah tidak mampu untuk menelan ubat berupa kapsul, melainkan ubat minuman sahaja.
“Bii, Ummi sudah lama tak datang bulan.”
Suamiku hanya tersenyum. Aku terlalu sibuk mengurus suamiku yang sedang sakit, sampai tak sedar 2 bulan lamanya aku tak datang bulan”
“Positif Bii…”
“Alhamdulillah, Zuma ada adik, harap perempuan pula kali ini. Mudah-mudahan lepas baby lahir, Abbi sudah sihat.”
“Abbi pasti sihat sayang…”
Terlihat senyumnya yang mengembang dan bersemangat.
Semangatnya untuk sembuh begitu besar. Doa pun tiada henti kupanjatkan siang dan malam dan malam-malamku selalu ku habiskan dengan bersujud padaNya.
Aku mulai rajin mencari semua informasi yang berhubungan dengan kanser lidah. Mulai dari makanan, cara rawatan, bahkan alamat klinik pengubatan alternatif.
Berat badan suamiku mulai turun mendadak kerana tidak makan, dari 65kg ke 40kg sahaja. Keadaannya semakin parah apabila muntah darah dan kelihatan sangat pucat.
“Kanser itu cara rawatannya ada 3 peringkat, kemoterapi, radiasi dan pembedahan. Tanpa itu kanser susah ditangani, apatah lagi dengan rawatan tradisional dan herba yang belum ada kajian.” kata doktor.
“Mii, Abbi mahu berubat moden saja, mahu menurut kata doktor…mungkin jalan peyembuhan Abbi. ” kata suamiku.
Aku tak boleh berkata-kata. Baiklah kalau ini sudah keinginannya, aku hanya boleh mengiyakan, semoga Allah memberikan kesembuhan untuk suamiku dengan kaedah ini.
Hari aku jalani, keluar masuk hospital menghantar suami untuk rawatan. Zuma aku tinggalkan ke rumah ibu ayah kerana kebanyakkan masa dihabiskan untuk menguruskan suamiku.
Penat rasanya. Hari-hari dihabiskan dengan perjalanan dari ke sana ke mari, rasanya melelahkan, apalagi dengan keadaan perutku yang semakin membesar.
Doktor mengatakan, “Kita hanya boleh melambatkan pertumbuhan kansernya bukan mengubati.”
“Ya Allah… begitu berat cubaan ini Kau timpakan pada kami.”
“Ma’afkan ummi, ummi tak mampu menjagamu selama ini…”
Serangkaian rawatan moden dilakukan, 7 kali kemoterapi, sampai kemo ke 3, keadaan suami meningkat baik, kemo ke 4,5,6,7… keadaan kesihatannya menurun semula.
“Aku ingin ketenangan aku perlu pertolonganMu ya Robb. Kutumpahkan segala permohonan ini dihadapanMu yaa Allah. Boleh saja doktor memberi analisanya, tapi Engkaulah yang maha kuasa atas segala sesuatunya. Engkau maha menggenggam semua takdir, sakit ini dariMu ya Allah dan padaMU juga aku mohon ubat dan kesembuhannya.”
Segala ikhtiar dan doa tiada lelah kulakukan untuk kesembuhan suamiku. Malam-malamku kulalui dengan solat Tahajud. Kubenamkan wajahku diatas sajadah lebih dalam lagi, tiba-tiba aku merasa tidak memiliki kekuatan apapun, aku berada dalam kepasrahan dan penghambaan yang lemah.
“Robb…Engkau maha mengetahui, betapa segala ikhtiar telah kami lakukan. Tiada menyerah kami melawan penyakit ini, kini aku serahkan segalanya padaMu, tidak ada kekuatan yang sanggup mengalahkan kekuatannMu yaa…Robb. Tunjukkan pertolonganMu, beri kesembuhan pada suamiku Ya..Allah.”
Rangkaian kemoterapi sudah selesai suamiku disarankan melakukan rawatan lanjutan, sinar radiasi di hospital Santosa Bandung, semasa itu kehamilanku sudah masuk usia 9 bulan.
“Bii, maaf ummi tidak boleh hantar Abbi ke Bandung, Abbi pergi dengan mama ya. Risau bersalin di jalan pula..” izinku.
Akhirnya suami pergi melakukan serangkaian pemeriksaan untuk radioterapi.
Kelahiran Bayi Perempuan
6 Jun 2017, hari ke 11 bulan Ramadhan, anak yang kedu ku lahir tanpa kehadiran Abbi nya. Proses melahirkan yang kedua sangatlah mudah dan cepat.
Alhamdulillah Allah telah memberikan kemudahan dan kelancaran. Segera aku video call suamiku, dia pun gembira kerana tiba-tiba aku memperlihatkan bayi kecil padanya.
“Ummi sudah bersalin Bii!”
“Abbi pulang ke tasik sekarang juga Mii, pemeriksaan simulator sudah selesai. Abbi dijadualkan radiasinya nanti selepas hari raya.”
Pulanglah dia ke Tasik, datang dengan raut wajah ceria. Alhamdulillah perempuan.
“Abbi mahukan nama Zahabiya Assyifa Farid,” ujarnya. Maksud nama itu adalah emas permata yang menyembuhkan. Insyaallah dengan lahirnya Biya, Abbi diberi kesembuhan oleh Allah.
25 Jun 2017, masa itu Hari Raya Aidiilfitri…tiba-tiba suami mengeluh sakit kepala, dan esoknya mengeluh susah menelan dan sesak nafas. Aku segera bawa dia ke hospital bersama-sama bayi yang berusia 2 minggu.
Pihak hospital walau bagaimanapun tidak membenarkan aku menemani suami kerana membawa bayi. Tetapi oleh kerana aku tidak boleh meninggalkan keduanya, aku menandatangani surat bahawa pihak hospital tidak bertanggungjawab jika sesuatu terjadi pada bayiku.
Kanser Lidah: Suami Menjalani Pembedahan
Saat itu, suami masih boleh bercakap walaupun kurang jelas. Kerongkongnya sudah sempit akibat tersumbat kanser, menyebabkan kesukaran bernafas.
Oleh kerana minum air pun sudah menjadi sukar untuknya, doktor menyarankan pembedahan gastrostomi bagi memudahkan menyalurkan nutrien dantracheostomy dileher suami bagi memudahkan dia bernafas.
Aku pun menyetujuinya walaupun aku tak sanggup, tapi hanya ini cara yang boleh diambil. Suamiku pasrah, dia minta aku menemaninya sepanjang masa, dan aku mengerti.
Aku selalu mendampinginya dan tidak pernah jauh darinya. Sebenarnya aku tak sanggup melihatnya seperti ini Bii, leher ditebuk, perut juga tebuk, tapi inilah yang terbaik untukmu saat ini.
Selesai pembedahan, bicaranya sudah tak bersuara lagi. Sejak itu cara komunikasi kami hanya dengan isyarat atau terkadang suamiku menulisnya di hp, dan dihantar melalui whatsapp. Tentu saja hal ini terasa letih baginya, namun aku tidak pernah dengar dia mengeluh.
Sel Kanser Merebak Ke Otak
Sepanjang proses pengubatan tak hentinya kupanjatkan do’a dan dzikir dibantu dengan beberapa anggota keluarga. Saat itu keadaannya sudah sangat menurun, sakit kepala hebat makin sering terjadi… hasil pemeriksaan ct scan didapatkan, kansernya sudah menyebar ke otak.
“Ya Allah beri kekuatan pada suamiku…! Beri kesembuhan melalui ikhtiar selama ini ya Allah…”
Doktor yang merawatnya sudah angkat tangan, dia menyarankan suamiku untuk secepatnya pergi ke bandung untuk melakukan tindakan radiasi, tapi oleh kerana keadaan yang semakin menurun, rencana itu kami tangguh dan menunggunya untuk baik dahulu.
Namun ternyata seminggu setelah pembedahan, selang di perutnya mengalami kebocoran, keluar cairan hitam pekat dari lubang di parut bekas pembedahan.
“Kenapa lagi ini?”
“Mii, Abbi mahu minta dirujuk ke Hospital Jakarta. Di sini Abbi tidak sembuh-sembuh,” kata suamiku.
Saat itu pun aku meminta doktor untuk membuatkan surat rujukan ke Hospital Jakarta. Doktor mengizinkan lalu jam 1 pagi, ambulan hantar kami berdua menuju Jakarta.
Ya, hanya aku sendiri yang menghantar suamiku… Hari mulai siang apabila kami tiba di sana…
Semasa pemeriksaan dilakukan… Kesihatannya semakin menurun, tapi masih boleh diajak komunikasi. Dia pun mengambil hp dan menaip sesuatu.
“Mii, si Jupe meninggal di RSCM kan?”
“Iya”
“Terus si Yana Zain juga meninggal Mii, Nanti giliran Abbi ya Mii…”
“Abbi pasti sembuh sayang.”
“Mii, kalau Abbi meninggal, Abbi teringin dikuburkan dekat dengan anak-anak.”
“Apa ni Bii, cakap bukan-bukan.”
Tak lama kemudian keadaannya semakin para, pegang hp pun ia tak mampu. Dia hanya boleh menahan kesakitan yang dirasa sambil melirik sesekali ke arahku sambil berkata, “sakit Mi…”
“Sabar sayang… Cuba Abbi dzikir dalam hati, “lailahailallah…”
Kuhampiri suamiku yang tergolek lemah. Jururawat memasang semua peralatan pada tubuh suamiku, entah alat apa saja ini.
Aku usap perlahan keningnya, dingin sekali. Tangan dan kakinya pun sangat dingin. Sehingga Asar, aku tidak bergangjak dari suamiku, tanganku dia genggam erat. Aku tidak berhenti berdoa.
Kanser Lidah: Keadaan Semakin Kritikal
Tekanan darahnya sangat tinggi, nadi pun cepat, menunjukan angka 200 di layar monitornya. Berkali-kali doktor menyuntikkan ubat tahan sakit namun hasilnya tetap sama tak berubah, suamiku masih mengeluh kesakitan.
Doktor memanggilku, perasaan aku gelisah tak menentu, campur aduk antara cemas, bimbang dan ketakutan yang amat sangat. Dugaanku benar, doktor pun sudah menyerah.
Rezy bersama Zuma dan Biya.
Melihat keadaan kesihatan suami yang semakin lemah, malah pihak perubatan juga mengatakan suamiku duah tidak dapat dibantu lagi.
“Lebih baik kita doakan saja,” kata doktor.
Aku benar-benar lemas mendengarnya. Seluruh badanku gementar merinding.
“Benarkah tak ada lagi harapan?”
Tiba-tiba aku merasakan ketakutan yang luar biasa. Aku tak mau menyerah, aku tetap membisikan ke telinga suamiku, bahawa dia jangan menyerah, dia pasti sembuh.
“Aku tak mau kehilanganmu Bii…”
Aku pegang kuat jemarinya, “Buka matamu Bii…” kubisikkan lembut ditelinganya. Suami hanya tersenyum lemah…
Pukul 16.00, aku dihulur surat penyataan. Kata doktor ini adalah surat persetujuan untuk tidak dilakukan tindakan apapun jika terjadi apa-apa sama suamiku.
Aku pun pasrah, “Tak sanggup rasanya hati ini kehilanganmu, aku ingin tetap menatap wajahmu, aku ingin tetap mendampingimu meski dalam ketidakberdayaanmu.”
“Abbi… Inilah yang terbaik yang diberikan Allah buat kita. Maafkan ummi, tak bisa menjagamu selama ini. Ummi ikhlas abbi pergi, ummi terima semua dengan ihklas. Jangan khawatir Bii, Ummi akan menjaga dan merawat anak-anak kita,” kubisikan lirih ditelinga suamiku.
Dalam setiap rangkaian doaku tak pernah aku mengucapkan kata-kata menyerah“kalo memang hendak Engkau ambil maka mudahkan,” tak pernah aku menyebut kata-kata itu.
Aku selalu minta kesembuhan, kesembuhan karena aku memang menginginkan suamiku benar-benar sembuh. Sepertinya kini aku harus menyerah dan pasrah…
“Ya.. Robb jika memang Engkau menentukan jalan lain aku ikhlas ya Allah…. Mudahkan jalan suamiku untuk menghadapMu dengan khusnul khotimah.”
Kubimbing suamiku menyebut kalimat “LAAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR ROSULULLAH… Aku ulang hingga berkali-kali.
Dua bulir bening tersembul dari sudut matanya. Aku merasakan dia sanggup mengikuti kalimat ini.
Pukul 16.40 suami menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Puan, tuan sudah tidak ada,” ujar doktor.
Aku tahu maksudnya tapi aku masih tak percaya. Aku tengok layar monitor yang terhubung ke tubuh suamiku. Tak ada lagi yang bergerak disana.
Kudekap tubuh lemas suamiku… Aku kucup bibirnya dan aku usap matanya… “INNA LILLAAHI WAINNA ILAIHI ROOJIUUN.”
Aku termenung disampingnya tapi tak ada lagi air mata yang keluar. “Ummi ikhlas melepasmu Bii, Allah telah memilihkan jalan terbaik buat kita.”
Selamat Jalan suamiku Andrie K Farid. Jemput aku dan anak-anak nanti di pintu SyurgaNya.
Semoga keluarga yang ditinggalkan tetap tabah dan berjuang. Semoga almarhum memperoleh kebahagiaan sejati di surga.
Mari kita ikut menjaga kesihatan orang-orang sekitar yang kita cintai.
Benarkah minum soya boleh menggalakkan kanser?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Syahar Banu dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Makanan Punca Kanser Yang Kita Makan Setiap Hari – Jom Kurangkan!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!