Kanser Payudara (Breast Cancer): Punca, Tanda Kanser Payudara & Cara Mengesan

Kanser payudara adalah kanser nombor 1 dalam wanita. Di Malaysia, dianggarkan satu daripada 19 wanita berisiko mengalaminya setiap tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanser payudara adalah salah satu jenis kanser paling biasa yang menyerang golongan wanita di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser payudara menyumbang kepada hampir satu perempat daripada semua kes kanser dalam kalangan wanita.

Walaupun ia lebih lazim di kalangan wanita, lelaki juga berisiko mengalaminya, walaupun dalam peratusan yang jauh lebih rendah. 

Apa Itu Kanser Payudara

Kanser payudara berlaku apabila sel-sel dalam tisu payudara mula tumbuh secara tidak terkawal. Kanser ini boleh bermula di bahagian berbeza payudara, termasuk saluran susu (kanser duktal) atau lobul, iaitu kelenjar yang menghasilkan susu (kanser lobular).

Jika tidak dirawat, sel kanser boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui darah atau sistem limfa, yang dikenali sebagai metastasis.

Tanda Kanser Payudara 

1. Ketulan Baru Di Payudara Atau Bawah Ketiak

Kemunculan ketulan baru di payudara atau bawah ketiak adalah salah satu tanda awal kanser payudara yang perlu diberi perhatian.

Mengesan gejala ini pada peringkat awal sangat penting untuk mendapatkan rawatan yang berkesan dan meningkatkan peluang pemulihan.

Ketulan ini sering dirasai sebagai benjolan keras atau lembut di bawah kulit dan mungkin tidak menyebabkan kesakitan. Ketulan ini boleh berada di mana-mana bahagian payudara atau kawasan bawah ketiak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Bengkak Bahagian Payudara

Bengkak berterusan pada payudara adalah tanda yang patut diambil serius, walaupun ramai wanita mengalami bengkak sementara semasa haid.

Jika bengkak tidak hilang selepas beberapa waktu, ia mungkin menunjukkan kehadiran sel kanser yang sedang berkembang dan menyebabkan tisu payudara menjadi tegang. Walau bagaimanapun, pembengkakan juga boleh disebabkan oleh jangkitan atau ketidakseimbangan hormon.

3. Sakit Bahagian Payudara

Rasa sakit atau ketidakselesaan yang berterusan pada payudara boleh menjadi salah satu tanda awal kanser payudara. Ia mungkin melibatkan satu atau kedua-dua belah payudara, atau rasa sakit boleh merebak ke puting atau kawasan sekitarnya.

Kesakitan ini boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti perubahan hormon, kecederaan, atau jangkitan, namun jika ia berlanjutan tanpa sebab jelas, ia perlu diperiksa oleh doktor.

4. Pengeluaran Cecair Dari Puting Termasuk Darah

Pengeluaran cecair dari puting, terutamanya jika melibatkan darah, adalah tanda yang tidak boleh diabaikan. Walaupun sesetengah wanita mengalami pengeluaran cecair semasa mengandung atau menyusukan anak, pengeluaran cecair yang luar biasa, seperti darah, adalah isyarat awal kanser payudara.

Jika cecair berwarna merah, coklat, atau kelabu keluar dari puting, segeralah mendapatkan nasihat perubatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Kulit Payudara Merah Dan Panas

Kulit payudara yang merah dan panas mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius seperti kanser payudara. Gejala ini selalunya disertai dengan rasa sakit dan ketidakselesaan. Walaupun tanda ini tidak selalu merujuk kepada kanser, ia perlu dipantau dengan teliti.

Ada beberapa keadaan lain yang boleh menyebabkan simptom serupa, tetapi perbincangan dengan doktor adalah penting untuk mendapatkan diagnosis tepat.

6. Puting Tenggelam Dan Gatal

Puting yang tertarik ke dalam (tenggelam) atau rasa gatal di sekitar kawasan payudara boleh menjadi tanda awal kanser. Perubahan ini mungkin disebabkan oleh pertumbuhan sel abnormal dalam tisu payudara yang mengubah struktur puting.

Walaupun gatal juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti alahan, ia wajar diperiksa untuk menolak kemungkinan kanser.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Perubahan Saiz Payudara Menjadi Lebih Besar atau Kecil

Perubahan saiz payudara yang berlaku tanpa sebab yang jelas, seperti kitaran haid atau kehamilan, mungkin menandakan masalah kesihatan yang lebih serius seperti kanser payudara.

Payudara boleh menjadi lebih besar atau mengecil kerana pertumbuhan sel kanser yang mengganggu tisu payudara. Jika perubahan ini berlaku secara tiba-tiba dan berterusan, adalah penting untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

8. Ulser Pada Kulit Payudara

Ulser pada kulit payudara ialah luka terbuka yang mungkin timbul akibat kanser payudara. Ia biasanya disebabkan oleh aliran darah yang tidak mencukupi ke sel-sel kulit payudara, yang boleh berlaku akibat pertumbuhan kanser.

Ulser ini mungkin lebih besar dari 2 cm dan sukar sembuh. Walaupun jarang dibincangkan, ulser boleh menjadi petanda awal kanser dan perlu diperiksa oleh doktor.

9. Kedutan di Sekitar Bahagian Payudara

Kedutan pada kulit payudara yang tidak normal boleh menjadi tanda awal kanser payudara. Kedutan ini boleh muncul akibat tisu di bawah kulit yang ditarik oleh sel-sel kanser yang berkembang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika kedutan atau tekstur kulit berubah secara mendadak, pemeriksaan lanjut oleh doktor amat disarankan, kerana ini boleh menjadi petunjuk kehadiran kanser.

10. Urat Biru Pada Payudara

Urat yang kelihatan jelas berwarna biru atau ungu pada permukaan payudara boleh menjadi tanda awal kanser. Ini mungkin terjadi kerana sel-sel kanser yang berkembang mengganggu aliran darah di kawasan payudara, menyebabkan urat kelihatan lebih jelas.

Jika urat ini muncul tanpa sebab jelas seperti senaman atau tekanan, ia wajar diperiksa oleh pakar untuk memastikan kesihatan payudara.

Bagaimana Kanser Terjadi

Hospital Gleneagles mengatakan bahawa kanser payudara berlaku apabila terdapat kelainan pertumbuhan tisu yang membawa kepada benjolan.

Sel yang terletak di dalam payudara berkembang dengan pantas dan menghasilkan tisu tambahan. Terdapat dua jenis tumor iaitu benigna yang tidak menyebabkan kanser atau malignan yang menyebabkan kanser.

Sel-sel kanser boleh menyebar ke dalam kawasan payudara, ke nodus limfa (kelenjar) di ketiak anda dan ke kawasan lain di dalam badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca Kanser Payudara

Breast cancer adalah penyakit kompleks yang boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk genetik, persekitaran dan gaya hidup.

Terdapat beberapa punca kanser yang perlu diperhatikan:

  • Faktor Genetik dan Keluarga: Barah payudara boleh berkait rapat dengan faktor genetik. Individu yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai sejarah kanser payudara terutamanya ibu atau saudara terdekat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini. Mutasi dalam gen BRCA1 dan BRCA2 adalah contoh gen yang jika terjejas, boleh meningkatkan risiko barah payudara dengan ketara.
  • Pemakanan Tinggi Lemak Tepu: Diet tinggi lemak tepu, terutamanya lemak tepu yang diperolehi daripada sumber-sumber haiwan seperti daging merah, produk tenusu berlemak, dan makanan segera, telah dikaitkan dengan peningkatan risiko barah payudara.
  • Umur: Risiko barah payudara meningkat dengan ketara mengikut usia. Kanser payudara adalah lebih biasa di kalangan wanita berumur lebih 50 tahun.
  • Hormon: Hormon seperti estrogen dan progesteron memainkan peranan penting dalam pertumbuhan barah payudara. Mengalami haid pertama anda pada usia yang sangat awal atau menopaus pada usia lanjut, serta menggunakan terapi penggantian hormon selepas menopaus, boleh meningkatkan risiko.
  • Obesiti: Berat badan yang berlebihan atau obesiti adalah faktor risiko yang dikaitkan dengan barah payudara. Lebih banyak tisu lemak dalam badan boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran estrogen, yang seterusnya boleh meningkatkan risiko barah payudara.

Statistik Kanser Payudara Di Malaysia

Memetik statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada tahun 2022 mendedahkan seorang daripada sembilan wanita di Malaysia berkemungkinan menghidap penyakit kanser. 

Daripada kalangan wanita itu 33.9 peratus mengidap kanser payudara, kanser kolorektal (10.7 peratus) dan kanser serviks (6.2 peratus).

Pakar Perunding Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Aqilah Othman, menerusi Berita Harian berkata keadaan itu semakin membimbangkan berikutan trend penghidap breast cancer sudah berubah apabila lebih ramai wanita bawah 40 tahun didiagnosis menghidap kanser.

“Secara umumnya, sekarang ini ramai pesakit barah payudara berusia antara 20 dan 40 tahun sudah didiagnosis kanser, malah ada pesakit saya menghidap barah payudara walaupun beliau baru berusia awal 20-an,” katanya

Cara Mengesan Kanser

Ada beberapa cara mengesan kanser payudara dengan lebih awal iaitu:

1. Saringan Mamogram Berkala

Mamogram dan ultrasound adalah prosedur yang perlu dilakukan bagi mengesan sesuatu gejala sebelum disahkan barah payudara.

Bagi individu yang berusia 20 hingga 30 tahun, tidak memerlukan saringan pengimejan. Jika anda ada salah satu tanda awal barah payudara selepas pemeriksaan, barulah ultrasound digunakan.

Hal ini kerana ketika biasanya lingkungan umur sebegini, gumpulan yang terasa adalah tumbuhan dan bukannya kanser atau tekstur payudara.

2. Pemeriksaan Payudara Di Depan Cermin

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan payudara sendiri di hadapan cermin. 

Pastikan pencahayaan adalah baik ataupun dapat merasakan secara sistematik semasa berbaring. Untuk panduan atau cara pemeriksaan sendiri payudara (PSP) boleh tekan di sini.

Rawatan Kanser

Ada beberapa jenis rawatan kanser yang akan dipertimbangkan oleh petugas kesihatan sewaktu merawat anda. Walau bagaimanapun ia adalah bergantung pada faktor biologi kanser setiap individu. Antaranya:

  1. Pembedahan

  2. Chemotherapy

  3. Targeted treatment

  4. Immunotherapy

  5. Radiotherapy

  6. Rawatan hormon

Setiap pesakit mempunyai pelan rawatan tersendiri bergantung kepada keadaan kesihatan yang diperiksa oleh doktor.

Ubat Kanser Payudara Tradisional

Sesetengah pesakit tidak tahan dengan kesan sampingan perubatan moden, jadi mereka juga berikhtiar kepada rawatan tradisional bagi melawan penyakit yang dihidapi.

Berikut beberapa ubat kanser payudara tradisional yang dikatakan tidak menyebabkan kesan sampingan melampau yang boleh anda cuba di rumah:

  1. Daun Rerama – Bersifat anti-kanser dan anti-keradangan, herba ini banyak digunakan untuk pesakit kanser dan juga SLE.
  2. Pecah Beling – Menurunkan kolesterol dan melancarkan pembuangan air kecil.
    Halia – Melancarkan penghadaman, dan membuang lebihan angin dalam usus besar dan kecil.
  3. Daun Belalai Gajah – Mencegah penyakit seperti kanser, sakit buah pinggang, dan gout. Juga sangat berkesan untuk membuang toksin dalam badan.
  4. Mengkudu – Terbukti sejak sekian lama untuk mengawal tekanan darah tinggi dan menurunkan kadar kolesterol.

Tak kira apa pun ubat kanser yang anda pilih, paling penting adalah ikhtiar dan berdoa agar diberikan kesembuhan.

 
Kesimpulannya, kanser payudara adalah kanser yang paling banyak meragut nyawa wanita di Malaysia. Walaupun kanser ini sangat berbahaya, ia juga boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.
 
Jangan takut untuk melakukan pemeriksaan awal dan mengambil langkah pencegahan bagi membolehkan anda mendapat rawatan sepatutnya dengan kadar segera.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sebab Kenapa Wanita Malaysia Banyak Kena Kanser Payudara, Salah Satunya Dari Makanan Ini!

Baca juga: Wanita Terkejut Lihat Tanda Kanser Payudara Yang Dia Tak Sedar Selama Ini!

Baca juga: Deodoran & Minyak Wangi Punca Kanser Payudara? Awas, Ia Pembunuh No.1 Wanita!