Kanser prostat atau barah prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki.
Isi Kandungan
Apa Itu Prostat
Prostat ialah kelenjar bersaiz kacang walnut terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya barah walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan barah prostat.
Kenali Kanser Prostat
Sesetengah membesar secara perlahan-lahan dan pesakit mungkin tidak menyedarinya. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.
Penyebab/Faktor Risiko
Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Namun antara faktor yang mungkin mempengaruhi seseorang mengalami kanser ini adalah:
- Usia : Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Risiko lebih tinggi selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnos pada lelaki berusia lebih 65 tahun.
- Sejarah keluarga : Jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat
- Hormon : Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.
Tanda & Gejala
Gejala kanser prostat yang perlu diberi perhatian:
- Aliran air kencing yang tidak lancar.
- Sering buang air kecil pada waktu malam.
- Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil.
- Kesakitan semasa ejakulasi.
- Terdapat darah dalam air kencing atau air mani.
Diagnosa Kanser Prostat
- Prostate-Specific Antigen (PSA) test :Adalah bahan (sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser , BPH atau Prostatis ( radang prostat).
- Digital Rectal Examination (DRE) : Doktor memakai sarung tangan getah dan jari dimasukkan ke dalam dubur untuk merasa permukaan prostat. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser ini mempunyai DREs yang normal.
- Transrectal Ultrasound (TRUS) : Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan gambar diambil.
- Biopsy : Hanya satu cara untuk memastikan betul-betul barah didiagnosakan adalah dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
- Computed Tomography (CT atau CAT) scan : CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan sinar-x.
- Magnetic Resonance Imaging (MRI) : MRI mengunakan lapangan magnet, bukan sinar-x untuk menghasilkan imej lengkap badan.
Peringkat Kanser Prostat
- Peringkat 1 Barah melibatkan <5% kelenjar prostat.
- Peringkat 2 Kanser melibatkan >5% kelenjar prostat.
- Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
- Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik atau bahagian lain terutamanya tulang
Rawatan
Menurut beberapa kajian, ejakulasi secara kerap sama ada semasa seks, semasa anda melancap, atau semasa tidur, terbukti mengurangkan risiko mendapat penyakit ini! Menurut kajian 2016 yang diterbitkan dalam jurnal Urologi Eropah, ya, ia agak berkesan!
Kajian melibatkan 32,000 lelaki yang direkod sejak tahun 1992 hingga 2010. Mereka mendapati lelaki yang melakukan ejakulasi lebih daripada 21 kali sebulan dalam usia lingkungan 20 tahun, kurang mengalami risiko kanser sebanyak 19%. Peluang mereka untuk mendapat kanser ini lebih kurang daripada mereka yang hanya melakukan ejakulasi sebanyak 7 kali sebulan ataupun kurang.
Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan samada kanser telah merebak dan tahap kesihatan individu.
- Pembedahan : Terdapat dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2: radical prostectomy atau radical radiotherapy.
Radical (open) prostectomy. Melibatkan pembedahan pembuangan kesemua prostate dan vesikel seminal dan kemungkinan nodus limfa di dalam pelvic. Dalam 80-90% kes, cara rawatan ini selalunya selamat selama 10 tahun selepas rawatan. - Transurethral Resection of Prostate (TURP) : kerap kali digunakan untuk mengurangkan gejala kesekatan pada saluran air kencing.
- Radiation therapy : Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser. Terapi Radiasi berguna untuk semua peringkat kanser, samada percubaan untuk menyembuhkan penyakit. Juga digunakan sebagai kaedah mengurangkan gejala sakit yang teruk atau barah yang telah merebak.Beberapa rawatan atau “fraction” mungkin diperlukan.
- Terapi radiasi mungkin menyebabkan kesan sampingan berikut: cirit birit atau gangguan fungsi usus, Meningkatkan perasaan hendak buang air kecil atau kerapkali buang air kecil, Letih lesu, Tidak selesa pada rektum, rasa pedih atau sakit, mati pucuk, Terapi Hormon
- Kimoterapi : Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit yang teruk atau barah prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%. Pesakit perlu dirawat oleh berbagai kepakaran termasuk onkologi, radioterapi dan urologi. Dengan cara ini pesakit dapat diberikan rawatan yang komprehensif.
KKM
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kenali Komplikasi Kanser Ketika Mengandung
Baca juga: Penyakit Ibu ini salahkan diri sendiri kerana anak dilahirkan dengan kanser
Baca juga: Bayi Bakal Buta Kerana Kanser Mata – Ibu Tahu Tanda Kanser Mata Kanak-Kanak?