Bagi ibu yang memiliki anak kecil atau bayi, mungkin anda kena fikir banyak kali jika ingin naik kapal terbang atau travel bersama. Pelbagai perkara hendaklah diambil kira kerana risau anak menangis atau meragam hingga boleh mengganggu penumpang lain.
Seorang ibu, Hanis Athirah Rusli berkongsikan panduan dan persediaan untuk para ibu sebelum memulakan perjalanan jarak jauh menaiki pesawat dengan anak yang masih kecil.
Panduan naik kapal terbang dengan anak kecil
Ada yang pernah tanya, travel jauh-jauh sampai ke negara dekat utara, bawa anak-anak kecil okay ke mereka? Penat tak? Anak buat perangai tak?
Alhamdulillah sebenarnya anak-anak kami Allah bagi rezeki seawal usia setahun lebih dah biasa jalan jauh. Paling jauh perjalanan ambil masa selama 23 jam untuk sampai ke destinasi.
Nak kongsi tips tak pandai sangat, cuma kami hanya mampu kongsi pengalaman persediaan sebelum dan semasa perjalanan jarak jauh bersama anak kecil ini. Kami pun banyak try and error, banyak tak tahu dan dari pengalaman ini, kami belajar.
Persediaan sebelum memulakan perjalanan jauh dengan anak
Jadi saya tulis sini untuk perkongsian bersama ibu ayah yang lain.
1. Seeloknya pilih penerbangan yang bertolak pada waktu malam. Jadi anak akan dapatkan rehat yang cukup semasa penerbangan. InsyaAllah risiko untuk mendapat jet lagged bekurangan. Kalau kena pun maybe tak teruk sangat.
2. Bila ada anak yang masih bayi, boleh pilih tempat duduk yang disertakan dengan basinet untuk kemudahan kita nanti. Barulah kita tak penat nak meriba anak sepanjang penerbangan.
3. Bawa ubat-ubatan extra dalam bag hand carry. Semak kuantiti tak lebih 100ml. Boleh label dan declare. Sebab bila penerbangan international ni strict sangat.
4. Datang awal ke airport. Walaupun flight kami bertolak malam, lepas Zohor kami dah cuba turun dari rumah. Kalau flight domestik takpe lagi, bila melibatkan penerbangan antarabangsa memang tak boleh main belasah je, melayang duit nanti. Nanti dah sampai boleh tenang-tenang, rehat dengan anak. Tidak kelam kabut sangat.
5. Sekiranya boleh, pilih penerbangan yang menawarkan makanan halal. Kalau takde pun boleh request siap-siap semasa nak booking tiket. Even tak sedap mana pun memang kena cuba telan. Paling penting, dalam hand carry bag standy makanan untuk anak lapik perut seperti biskut dan roti. Boleh beli semasa dekat airport atau nak jimat boleh beli awal siap-siap. Bab air takpe, atas flight boleh je minta dengan stewardess nanti.
6. Bawa kelengkapan alat tulis dan mainan untuk hiburan semasa penerbangan nanti. Discuss dengan anak pilihan mainan mereka. Mainan yang lebih kepada imaginasi atau open ended play tapi ringan sangat sesuai untuk dibawa bersama.
7. Bawa sleeping mask dan earplugs, untuk memudahkan anak untuk tidur dan mengurangkan rasa sakit dekat gegendang telinga semasa take off atau landing akibat tekanan udara. Tapi kebiasannya memang dah disediakan pihak airline. Anak-anak juga dibiasakan untuk belajar kawal teknik pernafasan khas untuk meredakan sakit telinga. Dulu masa anak bayi lagi senang, breastfeed je untuk legakan ketidakselesaan anak.
8. Hari nak bertolak, bangun lebih awal dari biasa. Bagi anak main aktif dulu sepuas hati mereka. Nanti atas flight kena duduk diam sebab ruangan pergerakan terhad kan? Sepanjang hari anak aktif, naik flight pula selalu kami jadi orang terakhir atau tunggu dah tak sesak baru masuk. Nanti senang, dah masuk flight, badan dah penat kejap je anak rasa sejuk selesa, mudah je mereka tidur.
Dulu saya pun sama, risau sangat sampai termimpi-mimpi tak yakin kemampuan diri. Alhamdulillah, pengalaman dulu, Allah permudahkan perjalanan yang paling mencabar, solo tanpa ditemani suami, bawa Afraz ketika tu usia 1 tahun lebih ke New Zealand.
Kitalah hurung stroller sorang-sorang, tapi tu takpe lagi sebab usia masa ni tak banyak songeh sangat kecuali bila dia lapar dan mengantuk.
Saya akui agak mencabar juga tapi kalau dah planning awal InsyaAllah senang dan lancar saja perjalanan. Sebenarnya tak susah, tapi ada tricknya kalau nak bawa anak kecil naik kapal terbang ni. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anugerah Di ‘Awan Biru’, Wanita Bersalin Bayi Lelaki Dalam Pesawat 7 Minggu Lebih Awal
Baca juga: Rezeki Bayi Lahir Dalam Pesawat, Dapat Hadiah Tiket Penerbangan PERCUMA Seumur Hidup!
Baca juga: Penumpang Sepakat Nyanyikan Lagu Baby Shark, Tenangkan Bayi Naik Kapal Terbang