Perubahan fesyen sering berlaku mengikut peredaran masa. Ia tidak hanya berfokus kepada penghasilan busana, tetapi juga rekaan pelbagai kasut tinggi dengan variasi gaya dan bentuk.
Justeru, tidak hairanlah pada setiap tahun jenama fesyen terkenal akan menampilkan idea dan rekaan mereka yang baru mengikut musim untuk diperagakan di pentas dunia.
Idea unik yang tidak terjangkau oleh fikiran semestinya akan menjadi inspirasi oleh pereka fesyen dan jenama pengeluar pakaian di seluruh dunia dalam menghasilkan rekaan bagi butik mereka.
Idea kasut tinggi dari mee segera
Kredit foto: Getty Images
Secara umumnya, trend fesyen boleh dianggap sebagai seni yang kadang-kadang ramai tidak dapat memahami mesej dari idea yang begitu unik.
Seperti kebanyakan fesyen antarabangsa yang mendapat ilham dari seni makanan, tidak ketinggalan juga jenama dari negara Itali ini yang telah melancarkan sepasang kasut tumit tinggi dengan menonjolkan idea mee segera yang belum dimasak.
Jenama mewah Itali, Bottega Veneta mengambil peluang menampilkan kelainan dalam sebahagian koleksi pra musim luruh bagi tahun 2020.
Rekaan kasut yang kelihatan seperti mee Maggi terbungkus pada kaki si pemakai ini telah direka khas oleh pemenang Anugerah Fesyen British 2019 iaitu Daniel Lee.
Rangkaian koleksi ini masih belum tersedia untuk jualan secara atas talian mahupun di stor butik.
Namun, untuk kasut tinggi bercorakkan Maggi ini telah dinyatakan secara awal anggaran harganya bermula dari RM3 000.
Ia adalah sangat berpatutan jika anda melihat kembali purata harga yang dikeluarkan dari jenama-jenama Itali yang lain.
Bagi anda yang bukan pencinta fesyen, pastinya anda menganggapnya seolah-olah seperti idea untuk merosakkan mee segera kegemaran anda.
Ada juga yang memberikan reaksi kelakar dan berasa geli hati melihatkan kasut yang dicipta melalui idea mee dua minit ini.
Kasut dan bentuk kaki
Kredit foto: The Three Tomatoes
Dalam memilih kasut yang terbaik bagi kegunaan harian mahupun kegunaan pejabat, pastinya anda sering menghadapi situasi keliru untuk memilih kerana pelbagai jenis dan gaya kasut yang terdapat dalam pasaran.
Berikut beberapa tips pemilihan kasut yang bersesuaian bentuk kaki yang boleh dijadikan sebagai panduan:
#1. Bentuk kaki kecil
Bagi anda yang memiliki kaki berbentuk kecil dan ingin mengenakan kasut bertali, sebaik-baiknya anda memilih tali kasut yang nipis agar tidak menonjolkan kaki terlalu mungil dan kurus.
Elakkan dari kasut dengan tali yang terlalu lebar kerana ia akan membuatkan kaki anda makin kelihatan kecil.
Sandal juga dapat membantu penampilan bentuk kaki yang kecil akan nampak lebih lebar.
Kasut baji (bertapak tebal) tidak digalakkan untuk anda yang berkaki kecil kerana kasut ini memberi kesan yang terlalu berat pada kaki kecil anda sehingga kelihatan kurang sesuai apabila digayakan.
#2. Kasut untuk bentuk kaki lebar
Jika anda termasuk wanita yang memiliki bentuk kaki lebar, disarankan untuk anda memilih kasut berbentuk tirus dan ramping untuk mengurangkan kaki tampak lebar.
Kasut dengan bahagian depan yang pendek, sehingga belahan jari kaki anda kelihatan akan memberi kesan langsing pada kaki anda.
#3. Kasut untuk bentuk betis besar
Jika anda wanita memiliki bentuk betis yang sangat besar, disarankan memilih kasut bertumit dan bertali yang tidak tertutup penuh.
High heels akan membantu anda untuk memberikan kesan kelihatan lebih tinggi dan langsing pada penampilan anda.
Kasut dengan potongan tali melilit betis akan memberi kesan memotong pada kaki anda dan kaki terlihat lebih pendek. Jika kaki terlihat pendek, ia memberi kesan betis anda besar.
#4. Kasut untuk bentuk kaki jinjang
Mungkin bagi wanita bentuk kaki jinjang memang sangat cantik, namun tidak bermakna anda tidak perlu memberi perhatian terhadap gaya kasut agar penampilan kelihatan lebih sempurna.
Pilihan kasut rata sangat membantu anda yang memiliki bentuk kaki yang jinjang. Bentuk kasut ini akan mengurangkan bentuk panjang kaki anda.
Jangan memilih kasut tumit tinggi seperti stilleto atau tumit kitten kerana ia memberi kesan lebih jinjang untuk kaki anda.
Tips memilih kasut yang sesuai
Kredit foto: Escapeshoes
#1. Saiz kasut
Saiz kasut adalah punca utama kasut ‘makan’ tuan. Jika tersalah memilih kasut dengan saiz yang ketat, anda akan berasa tidak selesa dan kaki akan mudah sakit serta melecet.
Sebelum membuat keputusan untuk membelinya, periksa dahulu saiz kasut yang benar-benar sesuai dengan saiz kaki anda. Jangan memilihnya kerana kasut tinggi cantik di pandangan mata, akhirnya kaki sakit merana!
#2. Tapak kasut
Bagi mendapatkan kasut yang selesa, anda perlu meneliti tapak luar kasut yang tebal berbanding nipis.
Tapak dengan bunga yang tebal akan memberikan cengkaman yang lebih kuat ketika anda melangkah selain melambatkan tapak menjadi haus.
#3. Material kasut
Ada pelbagai material kasut yang dijual dalam pasaran seperti getah, kanvas, suede dan mesh.
Material mesh disarankan kerana kasut akan lebih ringan, selesa dan senang untuk anda cuci.
#4. Kusyen kasut
Kasut yang berkusyen akan memberikan keselesaan untuk anda berjalan terutamanya sekiranya anda dalam mood bercuti.
Pastikan kaki anda selesa sepanjang bercuti kerana kasut yang kurang berkusyen akan menyebabkan belakang buku lali anda mudah melecet. Yang pastinya jika ini berlaku, ia akan menganggu perjalanan anda kerana kaki anda telah pedih kerana terluka.
#5. Berat kasut
Kasut yang berat akan menyebabkan anda akan cepat berasa lenguh dan penat untuk berjalan.
Situasi ini sekaligus akan membuat anda mula sibuk untuk mencari tempat duduk dan membuat keputusan untuk mendapatkan kasut yang baru.
#6. Tahan lasak
Sama ada untuk kegunaan harian mahupun travel, pastikan kasut anda benar-benar lasak dan tahan lama. Takkan lah baru pakai dua, tiga kali kasut sudah mula tercabut tapak atau terkoyak?
Oleh sebab itu, pastikan anda laburkan sedikit wang untuk mendapatkan kasut yang berkualiti tinggi serta tidak mudah rosak biarpun anda berhadapan dalam situasi apa sekalipun.
Sumber: Vitdaily , Libur
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.commati-dihempap-cermin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!