Apakah Kebaikan Tidur Bersama Anak (Co-Sleeping)?

lead image

Co-sleeping atau tidur bersama anak yang masih kecil, banyak manfaatnya dan memang sudah lama diamalkan oleh nenek moyang kita.

Co-sleeping atau tidur bersama anak yang masih kecil, banyak manfaatnya dan memang sudah lama diamalkan oleh nenek moyang kita.

Walaupun terdapat ramai yang berpendapat ia adalah lebih selamat jika anak kecil tidak tidur sekatil, tetapi ada cara untuk melakukannya dengan selamat yang kita akan bincangkan nanti.

Membantu anak tidur dengan nyenyak

Apabila ibu tidur bersama dengan anak mereka, ini sebenarnya akan membantu anak untuk tidur lebih baik. Terutamanya bayi baru lahir yang perlu berasa selamat dan berdekatan dengan ibu mereka.

Deria bau bayi baru lahir sebenarnya sangat peka, kalau tak percaya cuba tengok artikel ini.

baby Apakah Kebaikan Tidur Bersama Anak (Co Sleeping)?

Ibu pun boleh tidur dengan lebih baik

Kalau anak tidur dengan nyenyak, ibu pun boleh tidur dengan lebih baik. Co-sleeping juga boleh membantu ibu menyelaraskan diri dengan rutin dan corak tidur anak.

Setiap ibu bapa pasti tahu tip ini: jangan biarkan bayi terjaga di tengah-tengah malam terlalu lama. Nanti tak mahu balik tidur pulak si kecil tu. 

Ibu yang tidur dengan anak boleh menenangkan anak yang menanggis dengan serta-merta. Corak tidur ibu dan anak tidak akan terganggu dengan banyak dan kedua-dua boleh kembali tidur dengan selesa.

Senang untuk ibu menyusu dan ibu cesar

Co-sleeping telah banyak membantu saya sebagai ibu menyusu, terutamanya apabila menyusukan anak pada waktu malam. Pada pendapat saya, inilah manfaat terbaik co-sleeping.

Memang benar, ibu tetap kena bangun kerana bayi kecil perlu disendawakan selepas minum. Tetapi apabila anak sudah besar dan tidak perlu disendawakan lagi, mereka boleh “self-service” minum susu, dan ibu boleh kembali tidur.

Di samping itu, anak yang tidur berdekatan juga boleh merangsangkan penghasilan susu ibu yang lebih banyak.

Co-sleeping juga tak kurang manfaatnya untuk ibu-ibu yang telah melalui pembedahan cesar. Ibu yang mengamalkan praktik ini, tidak payah bersusah payah tahan sakit dan boleh menyusukan anak dalam keadaan berbaring.

Menjalin ikatan batin ibu dan anak

ikatan Apakah Kebaikan Tidur Bersama Anak (Co Sleeping)?

sumber: Internet

Semua orang tahu ikatan antara ibu dan anak tiada bandingannya. Ikatan ini penting dan boleh menyumbang kepada perkembangan anak yang positif.

Orang tua suka cakap jangan terlalu lekat pada anak, nanti susah di jaga orang lain. Tetapi saya rasa pertua ini tidak begitu tepat, dan ia bergantung kepada keadaan dan anak itu sendiri. 

Sebaliknya, anak yang mendapat perhatian yang secukupnya akan lebih cepat berdikari.

Cara selamat untuk mengamalkan co-sleeping

IMG 0836 Apakah Kebaikan Tidur Bersama Anak (Co Sleeping)?

sumber : mommyroxi.com

Untuk ibu bapa yang khuatir tentang keselamatan anak, bolehlah cuba gunakan First Year’s Close and Secure Sleeper ini. Ia boleh dilipat, mempunyai pemegang yang senang di bawa, dan sesuai untuk diletakan di atas katil.

Close and Secure Sleeper ini dilengkapkan dengan lampu kecil yang menggunakan bateri, agar ibu bapa boleh tengokkan bayi mereka jika lampu bilik dipadamkan.

Bahagian tepi Close and Secure Sleeper ini juga diperbuat daripada jaring yang membolehkan aliran udara yang mudah. Mungkin ada diantara ibu bapa yang akan fikir ia tidak berbaloi untuk membeli barangan bayi mahal yang hanya akan digunakan untuk tempoh masa yang singkat. Tetapi secara jujur, boleh anda meletakkan harga pada keselamatan anak-anak anda?

Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu ibu bapa untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai co-sleeping dan memilih yang terbaik untuk anak.

Sumber: Mom Junction