Ibu Yang Kerap Menyusu Badan Lebih Mudah Kurus & Kelihatan Awet Muda- Kajian

Manfaat menyusui bagi ibu dikatakan mampu membakar kalori dan mengurangkan berat badan. Justeru usahakanlah untuk memberi susu badan kepada si manja anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saat paling indah apabila bergelar seorang ibu adalah ketika anda mampu melahirkan cahaya mata dan memberinya susu badan. Setiap bayi memerlukan nutrisi yang cukup bagi membolehkannya membesar dengan sihat. Namun tahukah anda manfaat menyusui bagi ibu?

Meskipun perlu berdepan banyak cabaran ketika tempoh penyusuan, anda adalah ibu yang hebat kerana berusaha menyusu bayi dengan sempurna.

Manfaat menyusui bagi ibu mampu membakar kalori dalam tubuh

credit to sources

Menurut American Pregnancy Association menganggarkan wanita yang baru menjadi ibu dapat membakar kalori dalam tubuh antara 425 hingga 700 sehari semasa menyusu! Pelik? Sebenarnya, dalam setiap auns susu badan ada lebih kurang 20 kalori.

Secara purata, bayi yang menyusu badan sepenuhnya minum lebih kurang 25 auns sehari untuk 6 bulan pertama hidupnya. 

Cuba anda kira, 20 kalori darab dengan 25, ia bersamaan dengan 500 kalori. Dan ini hanyalah secara purata. Ini bermakna, lagi banyak si kecil menyusu, lagi banyaklah kalori anda terbakar!

Terdapat satu kajian mendapati ibu yang memilih untuk menyusu badan kepada bayinya berupaya mengalami penurunan berat badan 2 kali lebih banyak berbanding dengan ibu yang tidak menyusu badan.

Manakala dalam satu kajian lain pula mendapati ibu menyusu mendapat berat asal seperti sebelum hamil dalam tempoh hanya 6 bulan!

Manfaat menyusui bagi ibu, baik untuk meningkatkan tahap kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#1. Mengetatkan bahagian abdomen

Bukan itu sahaja selain membantu bakar kalori, menyusu badan juga dapat mengetatkan bahagian abdomen si ibu. Hal ini kerana oksitoksin menyebabkan rahim mengecut ke bentuk asalnya semula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Mengurangkan risiko kanser dan kencing manis

Malah terdapat bukti menunjukkan ibu yang kerap memberi susu badan mempunyai tahap risiko yang rendah untuk menghidap penyakit kardiovaskular, kanser peranakan dan juga diabetes berbanding mereka yang tidak menyusu.

#3. Merapatkan hubungan dengan si manja

Apabila ibu memberi susu badan kepada bayi, hormon oksitoksin dan prolaktin akan dihasilkan oleh tubuh. Kedua-dua hormon ini membantu ibu menjadi lebih bertenang serta menyerlahkan lagi sifat keibuan.

Bukan itu sahaja, ia turut berperanan menurunkan tahap stres yang dirasai oleh anda ketika mengharungi setiap perjalanan membesarkan bayi dan sekaligus mengelakkan masalah tekanan perasaan (postnatal depression).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Membuatkan ibu kelihatan lebih awet muda dan menawan

credit to sources

Meskipun segelintir ibu mengakui perlu mengorbankan waktu tidur dan rehat, tapi sebenarnya manfaat menyusui bagi ibu untuk jangka masa panjang ialah membantu wajah kelihatan awet muda.

Dengan hanya menyusu badan kepada bayi sahaja, ia mampu menjadikan wanita awet muda tanpa perlu mengambil sebarang produk atau suplemen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Memudahkan kerja ibu

Kajian mendapati ibu yang menyusu badan dapat memudahkan bayi tidur berbanding dengan si manja menyusu susu formula. 

Hal ini kerana sentuhan antara ibu dan anak ketika proses penyusuan berupaya memberikan hubungan kuat antara anda serta bayi. 

Dakapan dan bau badan ibu juga membuatkan si manja berasa lebih tenang. Keadaan ini sekaligus memudahkan mereka tidur dengan lena tanpa meragam.

Untuk pengetahuan ibu, pakar pemakanan mencadangkan agar anda menyusukan bayi sehingga si manja mengambil makanan pejal. Biasanya ia bermula ketika usia 6 bulan.

Meskipun begitu, susu ibu masih lagi menjadi sumber nutrien penting bagi si kecil dalam menyokong proses tumbesaran dan perkembangan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah bayi mula serasi dengan mengambil makanan dalam bentuk pepejal, adalah lebih baik ibu kekal menyusukan mereka sehingga sekurang-kurangnya usia si manja setahun. Selepas tempoh ini, terpulang kepada anda sama ada ingin menghentikan susu badan atau teruskan penyusuan sehingga umur 2 tahun.

Kesimpulannya, susu ibu tidak hanya baik untuk perkembangan bayi sahaja. Tetapi ia turut memberi manfaat kepada kesihatan tubuh ibu.

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Cara Banyakkan Susu Badan Yang Mudah & Berkesan, #5 Wajib Para Ibu Cuba!

Baca juga: Bukan Mudah Nak Dapat Banyak Tu! Ibu Menangis Stok Susu Badan Tertumpah Dalam Beg

Baca juga: Elak Susu Kambing Untuk Bayi Kuning, Si Manja HANYA Perlukan Susu Ibu Yang Mencukupi!

 

 

Penulis

Aqma