Kebaikan Pisang Untuk Bayi, Ia Mencegah Serangan Asma & Masalah Tulang Rapuh

Kebaikan pisang amat penting dalam perkembangan kesihatan anak kecil. Kandungan nutrisi didalamnya mungkin dapat dijumpai pada buah-buahan yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah ibu terlalu yakin bahawa makanan pejal pertama yang paling terbaik untuk si manja adalah bubur? Padahal sebenarnya tidak menjadi masalah jika anda memberikan mereka sayur, buah-buahan atau daging. Kebaikan pisang dikatakan mampu membekal pelbagai nutrisi untuk perkembangan anak-anak.

Tidak dinafikan bahawa pisang adalah buah yang disukai ramai dan baik untuk setiap usia, sama ada bayi, kanak-kanak atau golongan berusia.

Baca juga: 9 Manfaat Buah Stawberi Untuk Si Manja, Ia Merawat Kulit & Menambah Daya Ingatan

Kebaikan pisang untuk bayi

Di sebalik rasanya yang manis, buah pisang turut mengandungi nutrisi untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya ialah karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin B, vitamin C, serat, kalium dan magnesium.

Bagi ibu yang mempunyai anak masih kecil, amat disaran memberikan mereka buah pisang kerana:

#1. Membekalkan sumber tenaga yang baik

Anak yang sedang membesar memerlukan tenaga mencukupi untuk melalui pelbagai aktiviti meneroka dunia dengan aktif. Dalam hal ini, kebaikan pisang mengandungi komponen pektin dapat membuatkan si manja kekal berasa kenyang.

Kandungan mineral dan karbohidrat dalam buah pisang amat mudah dicerna. Ini sekaligus mampu menjadikannya sebagai sumber tenaga baik, terutamanya sebagai snek bagi anak yang cergas dan aktif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Melancarkan proses pencernaan

Mungkin sebelum ini ada segelintir ibu mengatakan bahawa pisang untuk bayi boleh menyebabkan sembelit. Namun sebenarnya ia membantu untuk melawaskan pencernaan kerana mengandungi sumber serat optimum.

Bagi pengetahuan anda, setiap 120 gram pisang mengandungi lebih kurang 3 gram serat. Keperluan serat bagi anak yang berumur 3 hingga 5 tahun adalah 8-10 gram sehari. Jadi dengan mengambil dua atau tiga biji pisang setiap hari adalah sudah memadai.

#3. Mengelakkan tulang menjadi rapuh dan menjaga kesihatan jantung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah pisang turut mengandungi kalium, iaitu mineral yang membantu dalam mengawal tekanan darah serta mengelakkan kerapuhan tulang.

Bukan itu sahaja, pisang turut mengandungi potasium iaitu elektrolit mineral yang mampu mengalir ke seluruh tubuh dan diperlukan dalam menjaga degupan jantung si manja.

Kandungan potasium dan sodium yang tinggi dalam buah ini dapat membantu melindungi fungsi jantung dan mencegah dari penyakit kardiovaskular.

#4. Mencegah serangan asma

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah ibu, menurut kajian yang dijalankan oleh Imperial College of London, pakar menemui bahawa anak-anak yang makan pisang setiap hari dapat mengurangkan risiko terkena asma sehingga 34 peratus.

Tabiat mengambil pisang dalam menu harian membantu si manja untuk bernafas lebih mudah. Hal ini kerana pisang adalah salah satu sumber terbaik pyridoxine atau lebih dikenali sebagai vitamin B6. Ia memainkan peranan yang besar dalam pengeluaran adenosine triphosphate (ATP) dan cylclic adenosine monophosphate (cAMP), molekul yang mampu merehatkan tisu otot bronkus (saluran udara di kerongkong).

#5. Meningkatkan kesihatan mata dan kulit

Pisang mengandungi antioksidan, karotenoid serta mineral sihat lain yang dapat meningkatkan kesihatan mata si manja. Antaranya ialah masalah rabun, kurang fokus dan daya penglihatan kurang tajam.

Antioksidan yang terkandung dalam si kuning ini dapat mengurangkan kerosakan kulit dari radikal bebas dan menjadi risiko penyakit.

Panduan memilih pisang yang manis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Memilih tandan

Ketika ibu ingin membeli pisang, tumpukan perhatian pada keadaan tandannya. Pasikan anda memilih tandan yang masih berwarna hijau menunjukkan ia masih segar. Jangan beli yang sudah bertukar coklat kerana sudah diperam terlalu lama.

#2. Lihat bahagian kulit

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pilih pisang yang berwarna kuning dan cerah untuk memastikan ia elok dan berkualiti. Jika ia memiliki bintik hitam pada kulit, ini menunjukkan pisang tersebut manis serta sudah masak.

#3. Perhatikan tekstur

Sekiranya ingin mendapatkan pisang yang bagus, pastikannya lembut dan bukannya lembik. Cuba tekan perlahan-lahan bahagian isi pisang. Jika ia lembut dan tidak terlalu keras atau lembik, ini adalah petunjuk bahawa pisang tersebut berkualiti.

Dalam aspek penyimpanan buah pisang pula, ia akan menjadi lebih cepat masak ketika musim panas dan perlahan pada suhu sejuk. Buah yang sudah dibuka kulitnya perlu dimakan sertaa-merta.

Pendedahan terhadap udara akan menyebabkan berlaku perubahan warna. Untuk lebih tahan lama, ibu disaran untuk meletakkan pisang dalam peti sejuk agar proses matangnya menjadi perlahan.

Sumber: Pop Mama, Hiloved

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Sering Mengalami Sembelit? Ibu Ayah Perlu Kerap Beri Mereka Makan Buah Epal