X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kehamilan Selepas Usia 40 Tahun: Bukti Usia Bukan Penghalang Untuk Kehamilan Yang Sihat

5 min bacaan
Kehamilan Selepas Usia 40 Tahun: Bukti Usia Bukan Penghalang Untuk Kehamilan Yang Sihat

Fahami bagaimana penjagaan kesihatan moden dan rawatan kesuburan boleh membantu wanita untuk menjadi ibu mengikut fasa dan perancangan mereka sendiri.

KUALA LUMPUR (10 Januari 2025) – Menjadi seorang ibu merupakan sebuah pengalaman yang tidak ternilai harganya, dan bagi kebanyakan wanita Malaysia, trend untuk menjadi ibu di kemudian hari dan di usia yang lebih matang kini menjadi semakin normal.

Peralihan ini mencerminkan keutamaan masyarakat yang lebih fokus kepada pembangunan kerjaya, kestabilan kewangan, dan aspirasi peribadi, di samping faktor seperti keadaan kesihatan dan juga perkahwinan kedua.

Data terkini menunjukkan bahawa peratusan wanita Malaysia yang melahirkan anak selepas umur 35 tahun telah meningkat daripada 20.8% pada 2017 kepada 23% pada 2022, menjadikan Malaysia negara kedua tertinggi di Asia Tenggara dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu dengan usia yang lebih lanjut[1].

Tuntutan kewangan untuk membesarkan anak-anak juga telah memainkan peranan dalam membentuk trend kehamilan lewat usia ini. Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), anggaran kos untuk membesarkan anak di Malaysia sejak lahir sehingga universiti, boleh mencecah sehingga RM1.37 juta[2]. Realiti ini, ditambah pula dengan peningkatan kos penjagaan dan pendidikan kanak-kanak telah mendorong ramai wanita merancang untuk menjadi ibu di kemudian hari untuk memastikan kehidupan dan persekitaran yang lebih stabil untuk keluarga mereka.

Memahami Hamil Lewat Usia

Walaupun semua kehamilan mempunyai risiko tertentu, wanita yang hamil selepas berumur 40 tahun mungkin menghadapi cabaran mereka tersendiri.

Kehamilan Selepas Usia 40 Tahun: Bukti Usia Bukan Penghalang Untuk Kehamilan Yang Sihat

Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Janin Ibu daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Gayathri Mariappa menjelaskan, “Wanita berusia 40 tahun ke atas lebih berisiko untuk mendapat komplikasi perubatan dan obstetrik, termasuk penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, dan penyakit jantung yang boleh meningkatkan risiko untuk ibu dan bayi semasa kehamilan.”

Dr Gayathri juga menekankan bahawa kehamilan lewat usia mempunyai kemungkinan untuk mengalami janin dengan keabnormalan kromosom yang boleh membawa kepada penyakit seperti sindrom Down. “Kajian terbaru menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lebih kuat antara keabnormalan kromosom dan potensi kecacatan kongenital pada kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita lebih 40 tahun, dengan risiko ini turut meningkat apabila usia ibu meningkat,” tambahnya.

Selain daripada komplikasi berkaitan kehamilan, wanita lebih 40 tahun mungkin menghadapi kesukaran untuk hamil secara semula jadi.

Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Kesuburan daripada SMCV, Dr Farah Leong Rahman menjelaskan, “Wanita dilahirkan dengan bilangan telur yang tetap dalam ovari mereka, dan kuantiti ini akan beransur-ansur berkurangan dari semasa ke semasa. Menjelang usia 40 tahun, kuantiti dan kualiti telur wanita akan menurun dengan ketara, menjadikan peluang untuk hamil semakin mencabar.”

Kehamilan Selepas Usia 40 Tahun: Bukti Usia Bukan Penghalang Untuk Kehamilan Yang Sihat

Inovasi Perubatan Untuk Menyokong Kehamilan Lewat Usia

Cabaran untuk hamil dan kehamilan selepas 40 tahun kini boleh dibantu dengan kemajuan dalam teknologi dan rawatan perubatan. Bagi wanita yang mengalami kesukaran untuk hamil, pilihan seperti persenyawaan in-vitro (IVF) dapat membantu untuk menyelesaikan masalah mereka. “IVF melibatkan proses untuk merangsang telur untuk membesar, mengeluarkan telur dari wanita, dan melakukan persenyawaan telur dan sperma dalam persekitaran yang sesuai, lalu memindahkan embrio kembali ke dalam rahim. Keseluruhan proses ini mengambil masa kira-kira 2 minggu,” jelas Dr Farah.

Pilihan rawatan kesuburan lain termasuk ubat hormon untuk merangsang pertumbuhan telur atau inseminasi intrauterin (IUI). Namun begitu, kaedah ini biasanya mempunyai peratusan kejayaan yang lebih rendah berbanding IVF.

Dr Farah menekankan bahawa masalah ketidak suburan boleh berpunca daripada faktor lelaki dan wanita, menjadikannya penting bagi pasangan yang cuba mendapatkan bayi untuk turut menjalani ujian sperma. Dalam kes di mana kualiti sperma tidak optimum, IVF selalunya merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk hamil.

Akhir sekali, ujian pranatal tidak invasif (NIPT) yang juga dikenali sebagai pemeriksaan kromosom tidak invasif (NICC), adalah sejenis ujian yang disyorkan untuk ibu mengandung lakukan seawal 10 minggu kehamilan. Dr Gayathri menjelaskan, “NIPT ialah ujian genetik berasaskan darah yang dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan kromosom dengan menganalisa serpihan kecil DNA janin yang mengalir dalam darah ibu.” Pemeriksaan awal dan tepat ini dapat membantu ibu bapa membuat untuk keputusan tentang kehamilan mereka dan menjadikan mereka bersedia untuk rawatan atau campur tangan perubatan yang mungkin diperlukan mereka.

Persediaan Untuk Kehamilan Sihat

Kehamilan Selepas Usia 40 Tahun: Bukti Usia Bukan Penghalang Untuk Kehamilan Yang Sihat

Penjagaan sebelum mengandung dan perubahan gaya hidup adalah penting bagi setiap bakal ibu untuk mendapat kehamilan yang sihat. Dr Farah menasihatkan supaya semua wanita mengekalkan gaya hidup sihat, termasuk mencapai indeks jisim badan (BMI) yang optimum, mengambil makanan seimbang yang ditambah dengan asid folik, bersenam dengan kerap, dan menjauhi tabiat berbahaya seperti merokok dan pengambilan alkohol.

Dr Gayathri juga menekankan kepentingan menjalani pemeriksaan kehamilan awal dan berkala, serta peranan bapa dalam memastikan isteri mengalami kehamilan yang sihat. “Wanita hamil perlu menjalani pemeriksaan semasa trimester pertama (semasa kehamilan berusia 10-12 minggu), untuk mengetahui risiko mereka untuk mendapat preeklampsia, masalah kekurangan serviks, diabetes semasa hamil (GDM), dan penyakit yang tidak didiagnosis seperti penyakit buah pinggang atau penyakit jantung,” jelasnya. Beliau juga memberitahu bahawa terdapat semakin banyak bukti yang menunjukkan faktor daripada faktor termasuk merokok dan komposisi badan yang memainkan peranan penting dalam memastikan kehamilan dan keadaan janin yang lebih baik.

Menjadi Ibu Mengikut Fasa dan Kemahuan Anda Sendiri

Kemahuan untuk menjadi ibu adalah keputusan yang sangat peribadi tanpa mengira sama ada anda mahu ia berlaku sebelum atau selepas 40, dan dibentuk oleh nilai, aspirasi, dan keadaan individu itu sendiri. Dengan kemajuan dalam rawatan perubatan, sistem sokongan yang betul, dan penjagaan proaktif, wanita Malaysia kini mempunyai lebih banyak peluang untuk hamil berbanding sebelum ini dan untuk menikmati pengalaman yang berharga ini. Daripada pemeriksaan kepada pelbagai rawatan kesuburan, usia bukan lagi penghalang untuk mencapai kehamilan yang sihat dan keibuan yang berkembang maju.

Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunwaymedicalvelocity.com.my/ (Facebook: Sunway Medical Centre Velocity).

[1] https://subangjayamedicalcentre.com/blog-content/more-women-are-choosing-to-rock-the-cradle-later#:~:text=From%2020.2%25%20in%202017%2C%20the,by%20women%20aged%20below%2035.

[2] https://www.akpk.org.my/estimated-cost-raising-child

 

Stories Rakan Kongsi
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu
Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Kehamilan Selepas Usia 40 Tahun: Bukti Usia Bukan Penghalang Untuk Kehamilan Yang Sihat
Kongsikan:
  • Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

    Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

  • Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

    Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

  • Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

    Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

  • Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

    Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

  • Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

    Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

  • Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

    Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham