X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

'Orang Nikah Kau Pun Nak Nikah, Tapi Tanggungjawab Ke Mana!', Selebriti Terkenal Tempelak Orang Muda

3 min bacaan
'Orang Nikah Kau Pun Nak Nikah, Tapi Tanggungjawab Ke Mana!', Selebriti Terkenal Tempelak Orang Muda

Tengok orang kahwin, anda pun nak kahwin. Tapi rupanya belum cukup bersedia. Ini cabaran yang mungkin anda akan lalui dengan pasangan.

Kehidupan rumah tangga tentunya ada pasang surut dan bukannya setiap masa dipenuhi kegembiraan. Namun sebagai suami isteri, anda harus bijak menangani setiap permasalahan yang melanda agar hubungan itu kekal mewangi sampai bila-bila.

Berikutan itu, pelakon Noorkhiriah yang popular menerusi Drama rantaian popular Nur memberi nasihat kepada golongan muda tentang persediaan menghadapi cabaran dalam kehidupan rumah tangga.

Menurut Noorkhiriah, keadaan semasa bercinta jauh berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan rumah tangga terutama selepas mempunyai anak. Ini kerana, keadaan semasa bercinta lain, masa bertunang juga lain, masa berkahwin juga sangat berbeza dan bila ada anak juga kehidupan akan berubah.

Noorkhiriah juga menambah, suami isteri tidak boleh lagi berangan untuk tidur sedap sehingga Subuh. Selain itu, kita juga tidak boleh fikir nak seronok saja tapi perlu juga pikul tanggungjawab bersama-sama.

Kehidupan rumah tangga suami isteri harus dikekalkan sepanjang hayat

Kehidupan suami isteri

Pelakon tersebut turut menjelaskan ikatan suami isteri harus dikekalkan sehingga hujung nyawa.

Bagi mereka yang belum berkahwin, usah terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga dan tidak terikut-ikut dengan orang sekeliling.

Ini kerana, ramai orang yang bila lihat orang lain kahwin, dia pun ikut sama nak berkahwin. Tapi lepas nikah rupanya indah khabar dari rupa.

Terdahulu, Noorkhiriah dan suami, Azfaizul telah mendirikan rumah tangga sejak 13 tahun lalu dan dikurniakan dua anak Muhammad Hudhaifah, 10 dan Muhammad Yusooff, 8.

Malah, mereka juga mengambil seorang anak angkat pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, pesanan Noorkhiriah itu adalah secara umum dan tidak ditujukan kepada individu tertentu.

Petua romantis dalam kehidupan rumah tangga 

#1. Selalu bersalaman dan cium tangan suami

Dengan bersalaman dan mencium tangan suami juga menunjukkan isteri menghormati dan menghargai suami. Sekaligus membuatkan isteri rasa bahagia apabila berada di sisi suami.

#2. Cium leher dan peluk erat isteri

Isteri sangat suka bila suami memeluk erat dan mencium lehernya. Ini membuatkan isteri tersenyum dan rasa jiwa berbunga-bunga.

#3. Mandi bersama jika ada masa terluang

Percayalah mandi bersama pasangan dapat mengeratkan lagi hubungan kalian kemudian disulamkan dengan gurauan mesra. Jadi, tak perlu lagi malu-malu untuk mandi bersama.

#4. Tak perlu malu kentut depan pasangan

Menurut Web Save Marriage Forever, ia menyarankan supaya pasangan suami isteri tidak menyembunyikan kentut. Ini kerana apabila kedengaran bunyi kentut, ia pasti diiringi gelak ketawa yang dapat mencetuskan kemesraan antara kalian.

Namun pastikan hanya anda berdua  yang “terhidu” dan lakukannya semasa di dalam rumah saja.

#5. Usap, dukung dan cubit manja isteri 

kehidupan selepas berkahwin

Selain itu, anda juga boleh menambah aksi romantis dengan melakukan aktiviti usik mengusik seperti mencubit punggung isteri, mendukung isteri ke kamar tidur dan mengusap wajah isteri dengan penuh rasa kasih sayang.

Kemudian, pasti perlahan- lahan rasa ingin “bersama” itu hadir secara spontan dan hubungan intim dapat dinikmati dengan sempurna.

#6. Tidur berbantal lengan suami

Jadikan lengan suami sebagai bantal semasa tidur sekaligus membuatkan masa rehat anda lebih mengasyikkan dan tenang. 

#7. Solat dengan suami

Sebelum tidur, solat dan memohon maaf dengan suami supaya setiap tindak tanduk seharian anda dimaafi. Barulah kehidupan rumah tangga bahagia, harmoni dan aman sentosa selama-lamanya.

Apa pandangan anda pula tentang isu ini? kongsikan komen anda di ruangan bawah.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Malaysiakini, Pesona Pengantin 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkunci-rumah-tangga-bahagia

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Start your day with FREE breakfast this October
Start your day with FREE breakfast this October
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • 'Orang Nikah Kau Pun Nak Nikah, Tapi Tanggungjawab Ke Mana!', Selebriti Terkenal Tempelak Orang Muda
Kongsikan:
  • Kajian: Pasangan Berkahwin Kena Sentiasa Tengok Haiwan Comel Untuk Rumah Tangga Kekal Lama

    Kajian: Pasangan Berkahwin Kena Sentiasa Tengok Haiwan Comel Untuk Rumah Tangga Kekal Lama

  • Fizo & Mawar Hadapi Kemelut, Ini 3 Cara Hadapi Masalah Rumah Tangga Dalam Islam

    Fizo & Mawar Hadapi Kemelut, Ini 3 Cara Hadapi Masalah Rumah Tangga Dalam Islam

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Kajian: Pasangan Berkahwin Kena Sentiasa Tengok Haiwan Comel Untuk Rumah Tangga Kekal Lama

    Kajian: Pasangan Berkahwin Kena Sentiasa Tengok Haiwan Comel Untuk Rumah Tangga Kekal Lama

  • Fizo & Mawar Hadapi Kemelut, Ini 3 Cara Hadapi Masalah Rumah Tangga Dalam Islam

    Fizo & Mawar Hadapi Kemelut, Ini 3 Cara Hadapi Masalah Rumah Tangga Dalam Islam

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.