Mereka kemudiannya mendapat tahu, Gabriel Fernandez telah dipukul berulang kali, dibiarkan kelaparan, diikat, dikurung di dalam kabinet dan ditembak dengan pistol BB dan pernah sekali, giginya patah akibat dipukul dengan kayu pemukul.
Budak malang ini juga patah tulang rusuk, tengkorak retak dan mempunyai kesan terbakar pada badannya. Dia hanya berusia lapan tahun. Bayangkan…
Ibu bapa mana yang tidak risau jika anda mengesyaki anak mengalami kekeliruan jantina pada kanak-kanak. Namun, jangan bertindak melulu seperti kedua ibu bapa di atas.
Seorang ibu bapa yang rasional akan melakukan 4 perkara ini jika mereka mengesyaki anak homoseksual.
Orientasi seksual bukan perkara mudah atau sesuatu yang anda boleh betulkan dengan berjumpa doktor atau kaunselor. Ini hanya akan membuatkan anak fikir yang mereka melakukan kesilapan.
Jika anak anda berterus-terang dan lebih selesa untuk berjumpa dengan kaunselor, silakan.
Tapi jangan fikir ada sesuatu yang tidak normal pada mereka dan rasa yang mereka patut berjumpa kaunselor untuk memperbetulkan mereka.
3. JANGAN berkelakuan pelik pada anak anda
Tak ada siapa yang suka dilayan dengan cara berlainan, lebih-lebih lagi atas sebab yang mereka sendiri tidak faham, apatah lagi untuk mereka mengawalnya.
Jika anda fikir anak anda gay atau lesbian, adalah penting untuk anda sentiasa menyokong mereka. Jangan terus menghukum atau menolak mereka.
Sebaliknya, sentiasa ada untuk bimbing mereka lebih-lebih lagi semasa mereka perlukan pertolongan anda.
4. Bertindak dengan waras
Tidak perlu beritahu seluruh keluarga tentang kekecewaan anda. Ini hanya akan membuatkan hubungan anda dan anak bertambah tegang.
Walaupun ia sukar untuk diterima, jangan putuskan hubungan. Sentiasa tenang dan cuba untuk berfikiran terbuka. Jadi seseorang yang mereka boleh rujuk bila mereka mempunyai masalah.
Bagaimana untuk mengetahui kekeliruan jantina pada kanak-kanak?
Menurut Dr Greene, ada beberapa faktor yang anda boleh lihat apabila apabila anda ingin mengetahui tengan kekeliruan jantina pada kanak-kanak.
Antaranya dengan menjawab persoalan ini:
- Adakah anak anda masih keliru dengan jantina mereka pada hari lahirnya yang ke-tiga?
- Adakah anak anda sering berkata yang mereka lebih ingin menjadi jantina lawan?
- Adakah anda pernah mendengar anak bercakap perkara yang tidak elok tentang jantina sendiri?
Jika anak anda menunjukkan tiga faktor ini, ada kemungkinan yang mereka mungkin menghadapi masalah kekeliruan jantina.
Walau bagaimana pun, tak ada sebab untuk anda percaya yang kekeliruan jantina adalah sesuatu perkara yang buruk hingga membuatkan anda rasa anda ada hak untuk memukul atau mendera mereka apatah lagi membunuh mereka!
Menjalinkan hubungan sesama jenis di dalam Islam adalah haram. Jika anak anda cenderung menghadapai masalah kekeliruan jantina, anda perlu tahu yang ini adalah salah satu dari ujian Allah.
Jangan sesekali menolak, menyisih atau menghina mereka, berikan sokongan dan bimbing mereka supaya mereka kuat untuk menghadapi ujian ini.
Sama-samalah kita menjadi ibu bapa yang rasional, bijak dan tidak pernah berputus asa dengan ujian dan segala cabaran yang dilemparkan pada kita sebagai seorang ibu bapa.