Anda mungkin tertanya-tanya adakah normal jika anak yang sebelum ini aktif tiba-tiba seperti lesu malah bermain pun cepat penat. Jika berlaku sebarang perubahan mendadak pada si manja, segeralah berjumpa doktor kerana dikhuatiri dia mungkin mengalami masalah kekurangan zat besi.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Kekurangan zat besi boleh buat anak cepat penat & kerap demam
- Makanan tinggi kandungan zat bes
Sebagai ibu ayah rasa sudah cukup beri anak makan, namun kadang kala terlepas pandang makanan yang diberikan itu tidak cukup nutrisi bagi menyokong perkembangan si manja ke tahap optimum.
Kekurangan zat besi boleh buat anak cepat penat & kerap demam
Perkongsian Dr Redza Zainol mengenai seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang kekurangan zat besi mungkin boleh dijadikan iktibar kepada semua ibu ayah mengenai pentingnya makanan nutrisi tinggi pada anak.
“Pucat habis muka budak ni. Tapak tangan dan tapak kaki pun hampir putih semuanya.
“Kes severe anemia ni,” kata kawan saya.
“Hb (hemoglobin) tinggal 5 je,”
“Budak perempuan umur 3 tahun ini dah 2 minggu nampak penat. Main sekejap-sekejap, lepas itu duduk. Dulunya aktif berlari, sekarang banyak masa hanya bermain lesu.
“Bila ditanya, dia kata penat sikit je. Lepas berehat dia bangun dan sambung bermain.
“Jujurnya anak kecil ini pun tak faham apa yang berlaku pada diri dia dan paling merisaukan, sekarang dia makin kerap demam dan tak sihat.
“Dulu dalam setahun cuma demam batuk sekali. Beruntung sungguh. Sekarang setiap bulan mesti ada demam 2 kali,” sedih suara ibunya.
Selesai memeriksa adik itu, saya cuba tenangkan ibu ini. Anak puan stabil, cuma kami nak siasat kenapa jadi begini. Kami akan hantar sampel darah ke makmal untuk dapatkan lebih banyak maklumat.
“Hari ini kami akan masukkan darah dalam badan anak ya.
“Ibu mengangguk tanda setuju dengan rawatan kami.”
Hasil ujian anak kekurangan zat besi
Menurut Dr Redza hasil ujian mendapati kanak-kanak berkenaan kekurangan zat besi. Ini adalah contoh kes iron deficiency anemia (IDA) atau kekurangan sel darah merah disebabkn kurangnya zat besi dalam badan.
Kurangnya zat besi ini maksudnya anak itu kurang nutrisi. Walaupun dia diberi makan setiap hari seperti kata ibunya, rupa-rupanya anak itu suka makan mee segera, keropok, jajan, gula-gula dan minum air gas yang mana ia tiada nilai nutrisi untuk anak-anak.
Zat besi adalah bahan mentah untuk membina sel darah merah. Apabila ia sangat sedikit dalam badan, sel darah yang terhasil adalah pucat dan kecil saiznya.
Patutnya sel darah merah ini boleh hidup sehingga 120 hari namun disebabkan ia kecil dan pucat, akan hidup sekejap saja.
Sel darah merah ini akan membawa oksigen ke seluruh badan, tetapi jika ia kecil dan pucat, ia tidak berfungsi 100 peratus seperti yang kita harapkan.
Makanan tinggi kandungan zat besi
Antara makanan yang tinggi kandungan zat besi adalah:
- daging merah
- daging ayam
- kuning telur
- kekacang
- sayur berdaun hijau (sayur bayam/brokoli)
- kismis, apricot
- bijirin yang diperkaya dengan zat besi termasuk roti dan pasta
Kurang zat besi juga membuatkan anak kurang selera makan dan menjadi sangat memilih. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kulit Kentang Antara 20 Makanan Mengandungi Zat Besi Tinggi, Baik Untuk Wanita Hamil!
Baca juga: 5 Resepi Berasaskan Ikan Tenggiri Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas, Tinggi Vitamin & Zat Besi
Baca juga: 5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!