Ibu Kongsi Pengalaman Masuk Kelas Antenatal, Buatkannya Lebih Bersedia & Mudah Bersalin

Pengalaman kelas antenatal menjadi sesuatu yang berharga buat ibu bagi membuatkan anda lebih bersedia menghadapi proses bersalin dan pantang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman kelas antenatal pastinya tidak dapat diperoleh di tempat lain kerana ia mengajarkan anda panduan lengkap tentang proses bersalin, berpantang dan penyusuan bayi dengan betul.

Mungkin ramai yang rasa adakalanya buang masa hadiri kelas ini, tetapi sebenarnya, ramai ibu yang mengakui walaupun sudah hamil beberapa kali, masih ada lagi ilmu yang mereka tidak tahu.

Kelas Antenatal Untuk Ibu Mengandung

Kelas antenatal ini ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Tidak kisah yang mana pun anda pergi yang penting anda selesa. Apa yang penting ilmu yang diperolehi pasti amat berguna untuk anda.

Disebabkan itulah, ibu hamil terutama yang baru pertama kali hamil dinasihatkan hadir ke kelas antenatal untuk menggali sebanyak ilmu yang boleh terutama untuk persediaan bersalin dan berpantang nanti. 

Seperti dikongsikan seorang ibu ini, katanya kelas antenatal memang sangat membantu untuk persediaan bersalin malah persediaan selepas berpantang juga. 

Ikuti perkongsian wanita ini:

Zarith pergi kelas antenatal dulu masa hamilkan Zuyyin tiga tahun lepas. Masa tu dah 35 minggu. Pergi di Hospital Ampang. Zarith dah Mr Hubby ambil cuti semata-mata nak pergi ke kelas tu. Sebenarnya kelas tu ambil masa separuh hari je, dan percuma pulak tu. Jadi memang la tak sabar-sabar nak pergi dan menuntut ilmu.

Sebenarnya kelas antenatal ni sangat penting. Kebanyakan kelas antenatal bukan sahaja menyentuh bab pencegahan kesakitan semasa bersalin tetapi juga tabiat kesihatan yang baik seperti pemakanan seimbang dan senaman yang perlu dilakukan sepanjang tempoh kehamilan, penjagaan baby dan juga penyusuan susu ibu yang betul. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan ibu semasa menunggu hari yang bakal tiba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalunya pihak hospital akan mewajibkan suami untuk menghadirkan diri sekali. Ini akan meningkatkan pengetahuan suami dalam mengendalikan isteri yang mengandung dan semasa di bilik bersalin nanti.

Suami akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang kehamilan dan dapat memberi sokongan kepada isteri untuk menempuhi perjalanan kehidupan sepanjang tempuh kehamilan dan semasa bergelar ibu.

Jadi, bakal ibu dan ayah yang baru pertama kali hendak menerima cahayamata sangatlah digalakkan untuk menghadiri kelas antenatal ini. Kelas ini akan dikendalikan oleh ahli medikal yang mempu memberikan informasi dan pengetahuan yang lengkap kepada kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara Yang Dipelajari Dalam Kelas Antenatal

1. Cara Mengatasi Perubahan Kehamilan

Terutama sekali semasa beberapa minggu akhir kehamilan bila ibu banyak melalui kesukaran

2. Senaman Berterusan Ketika Hamil

Ibu hamil digalakkan untuk melakukan senaman sepanjang kehamilan untuk menguatkan otot, kekuatan dan ketahanan. Ia juga dapat menghindari ketidakselesaan fizikal seperti sembelit, kaki bengkak, dan sakit belakang. 

3. Penjagaan Bahagian Belakang Untuk Elak Rasa Sakit

Ibu harus mempelajari bagaimana cara untuk melindungi belakang kerana bila kita hamil ia akan mengubah postur dan hormon akan membuatkan pelvis longgar dari biasa.

4. Pemakanan Ibu Mengandung

Ibu perlu menjaga pemakanan dan meningkatkan pengambilan zat besi dan folat. ibu juga pelu mengambil makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit. Boleh juga ambil supplement bagi yang tidak mampu mencapai jumlah yang dikehendaki.

5. Mengatasi Sakit Bersalin

Ibu perlu tahu tentang sakit nak bersalin. Ia sangat penting bagi memastikan kita dapat melahirkan baby dalam keadaan yang selamat. 
Selain itu, apa yang penting adalah dapat membezakan antara sakit bersalin sebenar dengan yang palsu yang dipanggil Braxton Hicks.

6. Perubahan Ibu Selepas Bersalin  

Kebanyakan ibu yang bersalin akan tinggal dengan keluarga sendiri, namun ada juga yang berpantang bersendirian bersama suami dan ibu mertua. 

7. Senaman Lantai Pelvis

Ia mestilah diteruskan selepas kelahiran kerana ia akan membantu memulihkan luka dengan meningkatkan pengaliran darah.

Penjagaan episiotomi ataupun ceaserean perlu dipelajari, supaya boleh tahu sendiri keadaan luka tersebut agar luka cepat sembuh dan tahu sekiranya ada jangkitan pada luka tersebut

8. Kehilangan Berat Selepas Bersalin

Ia adalah satu proses semulajadi. Ibu tidak perlu tergesa-gesa untuk turunkan berat badan terutamanya buat ibu yang menyusukan baby. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9. Penjagaan Bayi Baru Lahir

Penyusuan susu ibu akan dititik beratkan dalam kelas ini. Ibu akan diajar cara menyusukan anak dengan betul agar tidak berlaku kecederaan seperti melecet dan sebagainya.

10. Cara Penafasan Yang Betul

Teknik urutan akan diajar dalam kelas antenatal untuk membantu ibu bersalin. Suami boleh membantu untuk mengurut bahu, belakang, kaki dan tangan dan urutan yang baik akan mengeluarkan endorphin, iaitu tahan sakit yang semulajadi. Ibu akan rasa lebih tenang dan selesa.

Cara pernafasan yang betul juga akan diajar semasa dikelas entenatal. Ibu akan diajar untuk tarik nafas dalam-dalam untuk rilekskan diri. Pernafasan yang dalam membolehkan lebih banyak oksigen masuk ke dalam peredaran darah di mana ianya sangat baik untuk baby dalam rahim

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Kemurungan Tak Boleh Lari Dari Wanita, Jangan Malu Dan Salahkan Mereka!

Baca juga:  Bolehkah Makan Durian Ketika Hamil? Ini Yang Para Ibu Perlu Tahu

Baca juga: 15 Manfaat Buah Peach Untuk Ibu Hamil, Bukan Sekadar Mencegah Anemia Yang Anda Perlu Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar