Telan Air Mani Suami Buat Isteri Awet Muda & Bahagia? Ini Fakta & Risikonya!

Telan air mani dikatakan mempunyai kelebihan seperti melambatkan penuaan dan membantu mencegah kanser, namun ia juga membawa risiko tertentu.

Pernah terlintas di fikiran, adakah selamat telan air mani pasangan? Ada yang mungkin teruja mencuba kerana kehangatan momen bersama, tetapi dalam masa yang sama, rasa ragu-ragu tetap ada.

Sebelum mengetahui sama ada ia selamat atau tidak, perkara paling penting adalah memastikan pasangan anda bebas daripada sebarang penyakit jangkitan seksual (STD). Jika pasangan telah disahkan sihat, teruskan membaca artikel ini.

Adakah Selamat Untuk Anda Telan Air Mani Pasangan Anda?

Ya, secara umumnya, air mani selamat untuk ditelan kerana ia terdiri daripada komponen yang boleh dicerna seperti makanan biasa.

Namun, dalam kes yang jarang berlaku, ada individu yang mengalami alahan terhadap air mani dikenali sebagai human seminal plasma hypersensitivity (HSP).

Apakah Rasa Sebenar Air Mani?

Rasa air mani boleh berbeza bagi setiap individu. ada yang pahit, masin atau sedikit manis.

Walaupun tiada bukti saintifik kukuh yang menunjukkan makanan mempengaruhi rasanya, terdapat banyak pengalaman peribadi yang menyokong teori ini.

Adakah Ia Kaya Dengan Protein Seperti Yang Dikatakan?

Walaupun sering dikatakan kaya dengan protein, hakikatnya kandungan proteinnya sangat sedikit.

Malah, jumlah protein dalam air mani hanyalah sekitar 1/12 daripada keseluruhan komposisinya.

Selain protein, air mani juga mengandungi sperma, air, gula, garam, sitrat, zink, klorida, kalsium, asid laktik, magnesium, urea dan kalium.

Adakah Air Mani Juga Mengandungi Kalori?

Ya, tetapi dalam jumlah yang sangat rendah. Setiap ejakulasi (sekitar satu sudu) mengandungi hanya 5 hingga 7 kalori, jauh lebih rendah berbanding makanan biasa.

Bolehkah Menelan Air Mani Menyebabkan Jangkitan STD?

Seperti seks tanpa perlindungan yang lain, menelan air mani juga boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit seksual (STD). Bakteria seperti gonorrhea dan chlamydia boleh menjangkiti tekak, manakala virus seperti herpes boleh merebak melalui sentuhan kulit.

Oleh itu, penting untuk mengetahui status kesihatan pasangan dan mengelakkan hubungan berisiko tinggi. Walaupun risiko jangkitan melalui seks oral lebih rendah berbanding seks penetratif, ia masih boleh menjejaskan kesihatan anda.

Kelebihan Air Mani Lelaki

Secara umumnya, menikmati air mani dikatakan selamat kerana tidak memberikan risiko yang negatif kerana ia memberikan pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Bukan itu sahaja, menurut beberapa kajian yang telah diterbitkan dalam laman sesawang Psychology Today, kelebihan air mani lelaki mengandungi pelbagai nutrisi yang boleh diserap masuk ke aliran darah individu sama ada ditelan atau dimasukkan dalam rongga badan.

Antara kandungan zat yang terdapat dalam air mani ialah:

  • Zat endorfin, estrone, prolaktin, estrogen, oksitosin, prostaglandin, tirotropin dan serotonin: berfungsi meningkatkan mood seseorang
  • Hormon perangsang folikel dan luteinizing: menghilangkan stres dan menggalakkan ovulasi
  • Imunosupresan: menghalang sistem imun tubuh badan wanita dari membunuh sperma
  • Kortisol berfungsi untuk mengurangkan tekanan
  • Melatonin: memudahkan individu untuk tidur

Tabiat seks oral atau penetrasi sekaligus membantu untuk merawat keadaan kesihatan isteri seperti mudah tertekan atau mengalami kemurungan.

Air mani lelaki turut memberikan manfaat yang lain untuk kesihatan tubuh. Antaranya termasuklah:

1. Melambatkan Proses Penuaan

Pengalaman orang yang telah lama berkahwin ada mengatakan bahawa kerap menyapu air mani lelaki ke seluruh wajah adalah rahsia kulit menjadi awet muda.

Meskipun ia kedengaran sedikit kelakar dan menggelikan, namun ia mungkin berkesan kerana di dalam air mani suami mengandungi lebih 200 jenis protein, vitamin dan mineral dan zink.

Manfaat nutrisi ini sekaligus menjadikan kelebihan air mani sebagai agen antioksidan yang membantu menghalang proses penuaan pada wajah anda yang membuatkan anda kelihatan muda remaja sentiasa. 

2. Mencegah Penyakit Kanser

Selain itu, penyerapan air mani setelah ejakulasi melalui dinding faraj dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser payudara bagi wanita.

Hal ini ni kerana dalam air mani lelaki mengandungi bahan yang boleh melawan kanser seperti glikoprotein dan selenium.

Bukan itu sahaja menurut The Journal of American Medical Association mendedahkan kekerapan ejakulasi sperma mampu mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki.

Sekiranya suami kerap mengeluarkan air mani, risiko mereka untuk menghidapi kanser prostat pada kemudian hari adalah sangat rendah.

3. Menurunkan Tekanan Darah

Khasiat air mani yang seterusnya adalah  mampu menurunkan tekanan darah bagi wanita yang mengambil air mani secara seks oral atau penetrasi.

Bukan itu sahaja, ada juga kajian yang menyatakan ia mampu merendahkan risiko praeklampsia (tekanan darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing ketika hamil)

Namun, ia adalah sekadar penelitian awal dan masih memerlukan kajian lanjutan untuk benar-benar membuktikan kesahihannya.

Jadi, anda perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor bagi memastikan tekanan darah sentiasa berada di tahap yang terkawal.

4. Menyihatkan Rambut

kredit foto: Bukanaku

Air mani suami bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalaman, tetapi juga kesihatan luaran. Ia dikatakan mampu menyuburkan rambut sekiranya anda menjadikan air mani sebagai pengganti syampu

Air mani mengandungi banyak protein yang boleh melengkapkan protein dalam molekul rambut. Rambut boleh menjadi sihat dan berseri.

5. Mencegah Gigi Rosak

Sperma lelaki yang mengandungi beberapa vitamin seperti zink dan kalsium boleh membantu mencegah kerosakan pada gigi anda.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda tidak perlu memberus gigi menggunakan ubat gigi.

Dalam hal ini, air mani suami hanya membantu mencegah kerosakan gigi bukan dapat mengatasi masalah gigi rosak yang sedia ada.

6. Mengelakkan Morning Sickness

Menurut ahli psikologi SUNY-Albany, Gordon Gallup, menelan air mani suami ketika anda mengandung boleh membantu menyembuhkan alahan dan loya tekak.

Gordon mendapati bahawa air mani seorang ayah boleh membina toleransi dan kasih sayang kepada bayi yang berada di dalam perut ibu.

Jadi secara semulajadi akan mengurangkan alahan hamil kerana telah mewujudkan mood yang baik.

7. Membantu Tidur Dengan Lebih Baik

Sperma sebenarnya mengandungi melatonin yang merupakan bahan kimia yang menyebabkan tidur dan rasa yang tenang. Ia sama ada anda menelan air mani atau mendapatkannya melalui hubungan seks, sperma akan memasuki aliran darah anda yang sekaligus menjadikan tidur anda lebih baik. 

Risiko Menelan Air Mani

1. Risiko Penyakit Kelamin

Air mani boleh dicerna seperti makanan biasa, tetapi jika berasal dari individu yang mempunyai penyakit kelamin (HIV, hepatitis B & C, herpes, sifilis, chlamydia), risiko jangkitan tetap ada. Risiko lebih tinggi jika terdapat luka pada mulut, lidah atau gusi.

2. Rasa Loya & Muntah

Bau air mani yang kuat boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Ini boleh merosakkan mood ketika bersama pasangan.

3. Sakit Kepala & Selesema

Ada individu mengalami sakit kepala selepas menelan air mani, terutama jika mereka berasa jijik terhadapnya (reaksi psikosomatis). Reaksi alahan terhadap protein dalam sperma juga boleh menyebabkan simptom selesema.

4. Risiko Trauma

Jika seseorang menelan air mani secara tidak sengaja dan tidak menyukai rasanya, ia boleh menyebabkan trauma. Pengalaman negatif yang berulang boleh memperburukkan perasaan tersebut.

Walaupun menelan air mani secara umumnya selamat, tidak semua orang selesa melakukannya. Rasa dan baunya mungkin menjadi faktor utama yang membuatkan seseorang enggan mencubanya.

Jika anda ingin melakukannya, pastikan pasangan anda benar-benar bebas daripada jangkitan seksual untuk mengelakkan sebarang risiko kesihatan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: Air Mani Perempuan: Fakta, Perbezaan Air Mazi Dan Keputihan Dan Cara Banyakkan Air Mani Wanita

Baca juga: Kuantiti Air Mani Tentukan Kesihatan Anda dan Bantu Lengkapkan Hubungan Pasangan

Baca juga: Pancut Luar Boleh Mengandung Atau Tidak? Ini Kelebihan, Kekurangan & Tips