TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kanak-kanak 9 tahun maut terlanggar jet ski ibu sendiri di Batu Ferringhi

15 Jun, 2018
Kanak-kanak 9 tahun maut terlanggar jet ski ibu sendiri di Batu Ferringhi

Sayu hati membaca kes kemalangan di Batu Ferringhi ini ketika semua umat Islam sedang bersuka ria menyambut Hari Lebaran. Semoga keluarga mangsa tabah di sana.

Pilunya hati membaca kisah kemalangan di Batu Ferringhi ini.

Ketika umat Islam di seluruh Malaysia menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri dengan gembira, sebuah keluarga terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada anak mereka.

Inilah yang berlaku pada keluarga dari Petaling Jaya ini yang pergi bercuti di Batu Ferringhi pada 12 Jun lalu. 

Menurut laporan media Utusan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun maut selepas jet ski yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi jet ski yang ditunggangi ibunya.

Kemalangan di Batu Ferringhi itu berlaku pada lewat petang 12 Jun tempoh hari. 

Kemalangan di Batu Ferringhi – seorang kanak-kanak maut

kemalangan di batu ferringhi, batu feringghi, kemalangan di batu feringghi, kemalangan jet ski, jet ski, kanak-kanak mati jet ski

Kredit: Grupon

Ketika kejadian, mangsa dikatakan membonceng jet ski itu bersama seorang tenaga pengajar. Manakala ibunya pula menaiki jet ski yang berasingan secara sendiri.

Kedua-duanya disewa daripada sebuah syarikat pengendalian sukan air di kawasan Batu Ferringhi tersebut. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, tidak lama selepas itu, angin kuat muncul tiba-tiba hingga menyebabkan jet ski yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum meluncur laju dan terus melanggar serta bergesel dengan jet ski ibunya.

Akibat kemalangan di Batu Ferringhi itu, kanak-kanak malang terbabit jatuh ke dalam laut. Mangsa terus dibawa ke kawasan tepi Hotel Hard Rock untuk diberi rawatan kecemasan.

Namun mangsa disahkan meninggal dunia selepas pegawai perubatan dan ambulans dari Hospital Pulau Pinang tiba. 

Kematian mangsa dipercayai berpunca daripada kecederaan otak dan saraf tunjang pada tulang belakang. Ia disebabkan oleh hentakan benda tumpul. 

Datuk Bandar, Yew Tung Seang berkata, lembaga siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian kemalangan di Batu Ferringhi ini. 

Pihak berkuasa tempatan kini sedang berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dalam sukan air rekreasi. 

Kemalangan di Batu Ferringhi ini bukan kemalangan sukan air pertama

kemalangan di batu ferringhi, batu feringghi, kemalangan di batu feringghi, kemalangan jet ski, jet ski, kanak-kanak mati jet ski

Kredit: portnet.gr

Sebenarnya, terdapat banyak kemalangan yang melibatkan sukan air terjadi di Malaysia sejak beberapa tahun lalu. 

Pada November tahun 2016, seorang wanita Arab telah tercedera apabila skuter air yang dinaikinya berlanggar skuter air yang lain. 

Pada Februari 2016 juga, dua orang warga Jordan telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan saraf tunjang apabila terjatuh 10m ketika melakukan parasailing.

Langkah keselamatan jika nak bawa anak main sukan air

Related image

Hal ini membuatkan lebih ramai ibu bapa yang risau. Bagaimana ingin melindungi anak daripada bahaya sukan air ini? 

Perkara pertama yang harus dipertimbangkan ibu bapa setiap kali ingin membenarkan anak bermain sukan air ialah dengan melihat had umur yang dibenarkan. 

Fikir adakah anak anda mampu mengendali jika sesuatu situasi terjadi pada mereka. Adakah mereka tahu berenang? 

Kedua, pastikan anda memilih jurulatih atau petugas yang benar-benar berkelayakan untuk membimbing anda dalam aktiviti sukan air. 

Jangan lupa jaket keselamatan. Pakaikan anak jaket ini walaupun mereka tahu berenang. Periksa cuaca sebelum melakukan sebarang aktiviti. 

Stories Rakan Kongsi
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Early Nutrition Is Vital for Your Child’s Digestive System! Here’s How To Ensure Your Child Absorbs As Much As Possible
Early Nutrition Is Vital for Your Child’s Digestive System! Here’s How To Ensure Your Child Absorbs As Much As Possible
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice

Kami mengucapkan ribuan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga kejadian seperti ini dijadikan pengajaran dan peringatan untuk kita semua.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber rujukan: Utusan, Asia One

Kredit gambar: www.jetsetmarine.com

Baca juga:

Jangkitan Rotavirus Boleh Tersebar Bukan Saja Dari Air, Tapi Juga Dari Makanan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kanak-kanak 9 tahun maut terlanggar jet ski ibu sendiri di Batu Ferringhi
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham