X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sayunya, Selepas Czer, Wanita Ini Ditidurkan, Bila Sedar Mayat Suami Di Sebelah Katil

26 Aug, 2021
Sayunya, Selepas Czer, Wanita Ini Ditidurkan, Bila Sedar Mayat Suami Di Sebelah Katil

Selepas Czer kemudian ditidurkan. Isteri ini meraung apabila tersedar dari koma, mendapati mayat suaminya terbungkus kaku di sebelah katil.

Ternyata COVID-19 sekarang bukanlah main-main. Setakat ini sebanyak 14, 818 kes kematian COVID-19 telah dicatatkan. 

Sedih memikirkan masih ada yang menganggap ini hanya ‘flu’ biasa dan berdegil untuk tidak mengambil vaksin. 

Ambillah iktibar dari kisah pasangan suami isteri ini, yang mana seorang wanita yang terkena jangkitan COVID-19 ketika hamil, dan terpaksa ditidurkan selepas menjalani pembedahan C-Section bagi mengeluarkan bayi.

Apabila dia sedar, dia menyedari ada sebungkus mayat di katil bersebelahannya, dan tidak langsung menyangka ia adalah suaminya sendiri.

Cerita ini dikongsi oleh seorang hamba Allah di portal IIUMC.

Kematian COVID-19 disebabkan paras oksigen rendah

kematian covid-19

Assalamualaikum admin dan para pembaca. Terima kasih andainya coretanku ini disiarkan.

Serba sikit pasal aku. Aku doktor dekat klinik kesihatan. Husband pula doktor dekat hospital kerajaan. Dua dua kerja dekat area lembah Klang. Ye, sarang C19 terbesar di bumi Malaysia ni.

Kadang kadang kitaorang bertukar tukar cerita pasal pesakit yang kitorang encounter di tempat kerja masing masing.

Tapi selalunya, kisah kisah dari husband aku selalu buat aku rasa murung. Itu baru aku, yang setakat tukang dengar. Husband aku yang dok hadap pesakit tu semua, taktau la macam mana.

At one time, waktu dia balik kerja, aku tengok dia banyak termenung. Setelah aku korek korek, dia pon bukak cerita.

“Tadi saya dapat tau, ada sorang patient yang saya pernah ambil drah 2 hari lepas, dah meninggal. Tapi saya rasa terkesan dengan patient ni..

Actually bukan saya yang incharge patient ni, saya tolong kawan ambikkan ABG dengan blood c&s.

Time saya datang dekat dia, saya tengok tangan dia dah menggeletar. Dia kata dia takut jarum. Saya pon cakapla dekat dia, “jomla sembang sembang”.

Boleh distract rasa anxi0us dia.

Sayunya, Selepas Czer, Wanita Ini Ditidurkan, Bila Sedar Mayat Suami Di Sebelah Katil

Patient ni laki, muda lagi dalam 30 an, badan agak berisi.

Patient tanya dekat saya, “doktor, doktor rasa saya ni macam mana? Ada harapan tak?”

Saya pon tengok bacaan machine yang monitor bacaan 0ksigen dan tekanan darah. Bacaan 0ksigen 88% sahaja, walaupun dah kene support dengan machine supply 0ksigen yang tinggi.

Saya terdiam. Saya tau outcome patient macam ni selalunya tak bagus.

Saya tanya patient, “awak rasa macam mana?”

Patient jawab: “Saya rasa masa saya pon dah tak lama. Rasa lemas. Macam paru paru kena rendam dalam air.

Doktor hari tu ada cakap saya dalam waiting list untuk dapat ventilator. Tapi tulah, tak tau sempat dapat ke tak.

Wife saya pregnant, dia pon kene C19. Semalam kene operate nak lahirkan baby. Dia ada kat ICU, dah ditidurkan semalam. Doktor cakap paru paru dia teruk.

Redup mata pesakit tu. Percakapannya tercungap, dada sedikit berombak.

Saya cakap kat patient tu, “jangan berhenti berdoa ya, dan jangan putus harap”. Lepastu saya pun pergi.

Pagi ni saya dapat tau, patient tu dah dapat ventilator dekat ICU. Dapat katil bersebelahan dengan wife dia. Tapi organ dia semua dah rosak, last last patient tu meninggal dunia.

Tidak tahu mayat di sebelah adalah arwah suami sendiri

kematian covid-19

Wife patient tu pulak keadaan dia improve, doktor dah cabut tiub pernafasan, and dia dah bangun.. Dan sebelah katil dia, ada mayat yang dah dibungkus dengan kain putih.

The sad part is, wife tu taktau pon mayat sebelah katil tu sebenarnya aruwah husband dia… sampailah doktor break the bad news.. wife patient tu meraung..”

Air mata aku da bergenang. Allah sedihnya rasa. Berat ujian wife patient tu.

“Saya tak taulah wak. Saya tak boleh emotionally attach sangat dengan patient. Kalau saya buat macam tu hari hari, saya rasa boleh jadi giila.”

Betul, aku faham sangat. Sebab setiap kali pesakit mati depan kita, secebis dari hati ni turut sama melayang pergi.

“Dah wak, jom la tidur”.

Esok masih ada lagi peperangan yang perlu ditempuhi..

Sadis kisahnya, jadi sementara kita masih dilindungi ini, biarlah kekal begini. Anda tentu tidak mahu diri sendiri, suami atau isteri serta keluarga kita sendiri terkena jangkitan wabak merbahaya ini. Lindungi diri dengan vaksin, jaga SOP dan kuarantin di rumah sekiranya punyai gejala, sentiasa monitor tahap oksigen dengan Oximeter. Lakukanlah yang terbaik dalam melindungi diri dan keluarga.

Andainya tersingkir jua, ingatlah kita dah berusaha sehabis baik, yang lain itu semua urusan yang maha Esa. Sesungguhnya kematian COVID-19 ini boleh dielakkan dengan usaha kita, melainkan sudah tertulis di luh mahfuz.

Sumber – Noradrenaline (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu, Ayah, & Adik Meninggal Sebab COVID-19 Kini Menantu & Bayinya di Dalam ICU

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sayunya, Selepas Czer, Wanita Ini Ditidurkan, Bila Sedar Mayat Suami Di Sebelah Katil
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.