Kenaikan berat badan bayi sering menjadi isu yang popular di kalangan ibu bapa kerana kita selalu risau dengan pertambahan berat badan anak yang agak perlahan berbanding kanak-kanak yang lain.
Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak ini tetap aktif dan normal seperti bayi lain, malah perkembangan dan kebolehan mereka lebih cepat berbanding bayi seusianya!
Sebelum itu, anda perlu tahu: normal di awal kelahiran, anak kehilangan 5 hingga 7% berat kerana bayi banyak membuang mekonium melalui najis hitam dan kehilangan air dari badan.
Oleh sebab itu, penyusuan susu ibu dapat membantu bayi hilang sedikit berat badan berbanding bayi yang diberi minum air kosong.
Hal ini kerana, bayi yang diberi minum air kosong mengalami penurunan berat badan lebih banyak. Namun, keadaan akan kembali normal apabila bayi mencecah umur 10 hingga 14 hari.
Akan tetapi, anda tidak digalakkan memberi air masak kepada bayi bawah 6 bulan kerana ia mengundang bahaya!
Purata kenaikan berat badan bayi untuk anak yang menyusu badan
Perkembangan fizikal dan kadar kenaikan berat badan bayi menyusu susu ibu dan anak yang minum susu formula sememangnya berbeza.
Berikut panduan tentang pertambahan berat badan anak yang minum susu ibu bagi tahun pertama kehidupannya:
- Bayi 0-4 bulan adalah 170 gram seminggu atau di antara 150-240gram ( min 600 gram sebulan )
- Bayi 4-6 bulan adalah 110 – 140 gram seminggu ( min 440 gram sebulan )
- Bayi 6-12 bulan adalah 60 – 110 gram seminggu ( min 240 gram sebulan )
- Bayi 0-6 bulan adalah 2.5cm/bulan dan 1.27cm/bulan bagi bayi 6-12 bulan
- Ukur lilit bayi 0-6 bulan pula adalah 1.27cm/bulan atau 64mm/bulan untuk bayi 6-12 bulan
Perbezaan kenaikan berat badan bayi susu badan dan susu formula
Sekitar tahun 1992, Dr. Katherine Dewey dari Universiti of California melakukan kajian perbezaan pertumbuhan bayi yang sihat dan normal di antara bayi yang menyusu susu ibu dan bayi susu formula. Berikut keputusan yang diperoleh:
- Di bulan pertama bayi, kadar pertumbuhan adalah sama untuk kedua-dua kategori
- Namun selepas empat ke enam bulan, bayi minum susu formula cenderung mendapatkan berat badan lebih cepat berbanding bayi yang minum susu ibu. Walau bagaimanapun ukuran lilitan kepala dan panjang masih sama.
- Selepas enam bulan, bayi susu ibu jadi lebih kurus berbanding bayi susu formula.
Bayi susu formula mengalami pertambahan berat badan disebabkan pengekalan air yang berlebihan dan komposisi lemak badan yang berbeza.
Jadi sebaiknya anda tidak membuat sebarang perbandingan antara berat anak susu ibu dengan anak susu formula kerana yang penting anak sihat dan aktif setiap hari!
Sikap bayi mempengaruhi kenaikan berat badan
- Bayi kurang aktif akan menyebabkan pembakaran kalori perlahan sekaligus penambahan berat badan jadi lebih cepat.
- Bayi yang sangat aktif akan sentiasa membakar kalori dan cenderung menjadi lebih kurus.
Cara membantu menaikkan berat badan anak
- Bayi minum susu ibu mengikut permintaan dan ditawarkan penyusuan tanpa had lebih mudah naik berat badan.
- Bayi tidur di sebelah ibu dan disusukan kerap di waktu malam tanpa had boleh membantu menaikkan berat badan.
- Bayi yang hanya disusukan ketika menangis lapar sering menunjukkan pertumbuhan berat yang perlahan kerana bekalan susu yang kurang.
- Bila di rumah, sebaiknya menyusu anak sekerap mungkin dan jangan tunggu sampai payudara penuh kerana lebih banyak foremilk malah kandungan kalori dan lemak lebih rendah.
- Jika bayi disusukan lebih kerap mereka dapat lebih banyak kandungan kalori dan lemak tinggi secara tak langsung bantu menaikkan berat badan dengan cepat.
Sebab itulah penyusuan dari kecil melatih bayi minum mengikut keperluan badan dan kebiasanya minum 4 oz sahaja walaupun berumur lebih satu tahun.
Ini juga petunjuk susu ibu mempunyai kemampuan luar biasa bagi mengawal diri dalam pengambilan kalori mengikut keperluan badan.
Oleh sebab ini juga, bayi yang minum susu ibu kurang mempunyai masalah obesiti apabila menginjak ke usia kanak-kanak.
Justeru, susukan anak dengan tenang dan gembira selain berusaha mencukupkan bekalan susu untuk si kecil itu.
Semoga artikel ini membuatkan anda bersemangat dan tersenyum untuk terus menyusukan anak dengan susu badan hingga umurnya dua tahun. Good Luck!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Noorfazila Abdul Rahman
Baca juga:
Berat Normal Bayi Mengikut Umur & Jantina, Penting Pantau Perkembangan Si Manja