Buang air kecil setelah berhubungan seks, mengapa ia penting dilakukan?

Buang air kecil setelah berhubungan seks, mengapa ia penting dilakukan?

Anda mungkin sudah ada tabiat kencing selepas melakukan seks, tapi tahukah anda kencing sebelum seks juga boleh membantu mencegah jangkitan?

Perlu kencing sebelum atau selepas berhubungan seks?

Kebanyakkan wanita ada tabiat suka menahan kencing hingga selepas melakukan seks untuk mengelak dari mendapat jangkitan saluran kencing atau kencing kotor.

Tapi tahukah anda, menurut pakar, wanita patut kencing sebelum melakukan seks juga?

Pakar wanita Jessica Shepherd memberitahu Cosmo yang seks boleh menyebabkan wanita menahan rasa kencing.

Akibat ini, wanita lebih cenderung mendapat spasme pundi kencing atau kencing kotor.

Wanita sering lupa untuk kencing kerana rasa macam potong stim pulak kalau terpaksa berhenti semasa aksi panas di bilik, kan?

Buang air kecil setelah berhubungan seks, mengapa ia penting dilakukan?

Tapi anda tidak harus mengabaikan kesihatan Ms V anda!

Hubungan antara kencing kotor dan hubungan intim

Antara gejala-gejala kencing kotor adalah rasa sakit semasa kencing, sakit belakang dan kejang perut.

Walaupun kencing kotor boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain, namun hubungan seks adalah punca yang paling biasa.

Menurut EverydayHealth.com, hubungan intim ini boleh meningkatkan risiko bakteria dari dubur atau kawasan genital masuk ke dalam saluran kencing, pundi kencing atau ginjal.

Wanita lebih cenderung untuk mendapat jangkitan ini sebab saluran kencing yang lebih pendek.

Bakteria boleh masuk ke dalam badan wanita dengan senang dan membawa jangkitan ke bahagian lain. Setiap kali wanita melakukan seks, dia akan menghadapi risiko jangkitan.

Dr. Hilda Hutcherson, OB-GYN dan profesor obstetrik di Columbia University College of Physicians and Surgeons menasihatkan wanita yang selalu terkena kencing kotor untuk kencing sebelum dan selepas bersetubuh.

"Apabila pundi kencing anda penuh dengan air kencing semasa bersetubuh, bakteria yang masuk ke dalam badan boleh bertambah, terutamanya jika anda tidak membuang air kencing selepas itu."

Buang air kecil setelah berhubungan seks, mengapa ia penting dilakukan?

Tapi ramai wanita tidak mahu kencing sebelum seks kerana mereka mengatakan seks akan rasa lebih oomph jika anda tahan kencing!

Okaylah... kalau anda betul-betul tak suka potong stim, bergembiralah dengan pilihan anda itu, kerana Dr. Hutcherson berkata hanya wanita yang sering kena kencing kotor perlu mengamalkan kencing sebelum melakukan seks.

Yang penting semua wanita harus mengamalkan membuang air kencing selepas bersetubuh. INI WAJIB, Ya!

Kencing sebelum "bersama" sebenarnya ada kebaikan tersendiri.

Apabila seorang wanita klimaks, mereka akan rasa seperti perlu kencing dan fokus mereka akan bertukar ke bahagian pundi kencing.

Ini boleh menghalang wanita dari mencapai klimaks sebenar yang dinanti-nantikan.

Cara lain untuk mengelak kencing kotor

Jika anda takut terkena masalah kencing kotor, jangan sesekali lupa untuk buat amalan ini:

  • Bersihkan kemaluan dan dubur sebelum dan selepas bersetubuh
  • Sentiasa kekal hidrat. Pastikan anda minum air yang banyak untuk membantu mengurangkan bakteria dalam saluran kencing
  • Elakkan penggunaan diafragma atau spermisida sebagai kawalan kelahiran

Kebanyakan sistem imun wanita yang sihat boleh menghapuskan bakteria yang menyebabkan jangkitan ini.

Kalau masih kurang pasti amalan yang anda perlu ikut, kencing selepas "bersama" dengan suami adalah pilihan yang lebih baik.

Sumber: She Knows

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/5-makanan-kesihatan-faraj/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner