Kendali Perangai Mengamuk Anak Dengan Cara Drew Barrymore!

Inilah ibu selebriti yang faham perangai mengamuk kanak-kanak. Beliau siap beri gambar bukti! Mari tengok bagaimana Drew Barrymore kendali perangai mengamuk anaknya dengan penuh gaya.

Berapa kerap anda lihat selebriti bercakap tentang bagaimana nak kendali perangai mengamuk anak masing-masing? Kebanyakan majalah selebriti hanya tunjuk imej yang baik saja. Sampai kita ibu bapa biasa ini tertanya-tanya apa salah kita? Kenapa anak kita asyik mengamuk?

Mungkin sebab semua selebriti kaya, cantik dan terkenal, maka semuanya baik saja buat mereka. Anak-anak mereka juga berperangai baik. Jadi perangai 'mengamuk' ini hanya untuk ibu bapa biasa macam kita.

Tapi saya terkejut bila terlihat video Drew Barrymore bercerita tentang bagaimana ingin kendali perangai mengamuk anaknya! Akhirnya! Seorang selebriti berbincang tentang isu tantrum (atau perangai mengamuk) pada anak.

Sebenarnya, kita sendiri tertanya-tanya mengapa si manja akan mengamuk tidak tentu pasal, terutamanya di tempat awam. Sudahlah pada waktu yang tak sesuai pula itu! (mana ada waktu yang sesuai untuk mengamuk, kan?)

Cara mengendali perangai 'mengamuk'

Kan bagus kalau tak ada perangai mengamuk langsung. Tapi itu mustahil! Jadi, apa yang boleh kita lakukan hanyalah bersedia untuk mengendali situasi ini. Berikut ada beberapa tips yang boleh membantu anda:

  • Jangan hirau: Biar anak anda itu mengamuk. Memang anda perlu kesabaran yang tinggi untuk tidak menghiraukan si manja. Tapi, itu saja yang boleh anda buat. Tiada apa yang boleh membantu menenangkan mereka. Hanya mereka saja yang akan tenang sendiri. Tunggu sehingga mereka bertenang, lalu cakap dengannya.
  • Beri dia ruang: Jangan menjerit pada mereka/ atau minta mereka diam dan bertenang. Biar mereka lakukannya sendiri. Biar mereka menangis atau menjerit sekuat hati. Ketika ini, hanya si manja yang boleh membantu dirinya mendapat kembali kawalan.
  • Alihkan perhatian dia: Jika dia menangis kerana bulan, tunjukkan dia matahari, bintang, atau sistem solar lain. Janji anda alihkan perhatiannya. Tahap tumpuan seorang kanak-kanak lebih pendek. Maka, satu alihan yang mampu menangkap mata akan menghentikan amukan.
  • Bertenang: Memang kecewa jika perangai mengamuk ini berlaku di tempat awam. Tapi kekal bertenang! Tak ada faedah untuk tambah kebisingan dan kekecohan. Lagipun, sebarang reaksi daripada anda akan bermaksud anda "memberi perhatian". Lalu si manja akan lebih kerap buat perangai!
  • Jangan malu: Bukan anak anda saja yang sering buat perangai! Semua ibu bapa pasti pernah menghadapi situasi ini sekali seumur hidup. Gelak saja. Lagipun, tiada siapa yang akan menghukum anda atau kebolehan anda.

Walau apa pun yang anda buat, jangan beri mereka inisiatif untuk berhenti buat perangai mengamuk. Nanti mereka akan anggap mereka telah berjaya memanipulasi anda.

Mereka akan fikir dengan 'perangai mengamuk' mereka akan dapat semua permintaan mereka. Tingkah laku yang baik tidak harus dijual beli.

 

Terjemahan: theIndusparent