Alamak, kuningnya air paip yang mengalir ini, bagaimana nak bancuh susu anak? Ini antara dilema ibu yang memandang kepentingan bekalan air bersih buat si jantung hati. Yalah, risau kalau air tidak bersih boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan!
Ini kerana kira-kira 60% tubuh diliputi air. Ia penting bagi memberi fungsi semua sel, organ dan tisu dalam mengawal suhu dan mengekalkan fungsi tubuh yang lain.
Menurut kajian dari Univeristy of Edinburgh: Tanpa makanan, manusia mampu hidup selama lapan minggu, tetapi jika tiada air manusia akan mati dalam masa tiga hari kerana manusia tidak mampu bertahan hidup lebih lama tanpa air.
Oleh sebab itu, kita memerlukan bekalan air bersih dan halal supaya dapat melindungi tubuh badan dari sebarang penyakit yang merbahaya.
Oleh demikian, SK Magic baru-baru ini menguar-uarkan yang syarikat mereka menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti yang disahkan mengikut piawaian Malaysia.
Dengan pensijilan Halal yang telah dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), maka SK Magic dapat memberikan keyakinan kepada pengguna khususnya yang bergama Islam supaya lebih yakin menggunakan produk tersebut.
Pensijilan itu mengesahkan bahan-bahan dan petak-petak yang digunakan dalam produk SK Magic mematuhi sepenuhnya standard Halal.
Teknologi penulenan air ini juga dapat menghasilkan air bersih yang penuh dengan kandungan mineral seterusnya memberikan manfaat kepada pengguna seperti 10 senarai ini.
10 Kepentingan Bekalan Air Bersih
1. Bantu proses pencernaan
- Air liur bergantung kepada enzim yang membantu memecahkan makanan dan cecair serta membubarkan mineral dan nutrien lain.
- Memudahkan serat dilarut sekaligus membantu usus menghasilkan najis yang lembut.
- Mengelakkan masalah sembelit dan proses pembakaran kalori jadi lancar.
2. Mengelak sebarang penyakit
- Ibu, anda harus memastikan air di rumah dalam keadaan bersih kerana air ini akan memberi kesan dalam sistem pembuangan dan jika gagal, ia akan membuatkan si kecil mengalami masalah sakit perut dan penyakit lain mungkin timbul.
- Pengambilan air bersih membolehkan tubuh membuang hasil buangan melalui peluh, kencing dan air besar.
- Jika air tidak bersih, maka anda sekeluarga berisiko terkena kencing kotor terutama apabila ada ahli keluarga yang tidak mempunyai antibodi kuat.
3. Melindungi tisu, sendi dan tulang belakang
- Memelihara dan melindungi tisu dalam badan anda sekeluarga.
- Apabila minum air bersih, secara automatik tidak ada masalah penyakit tisu, tulang belakang atau sendi disebabkan tulang mudah rapuh dek kerana air kotor.
- Bantu melindungi saraf tunjang dan bertindak sebagai pelincir sendi.
4. Menyembuhkan dehidrasi dan mengelakkan penyakit
- Jika anda kehilangan air disebabkan senaman, berpeluh pada suhu tinggi dan terkena cirit birit atau demam maka anda perlu mengambil air yang bersih supaya dapat memulihkan penghidratan semulajadi dalam badan.
5. Metabolisme & tenaga setiap hari
- Mengurangkan kalori yang berlebihan dalam badan dan membantu membakar lemak sekaligus meningkatkan metabolisme tubuh.
6. Menjaga Kesihatan Kulit
- Khasiat nutrisi dan mineral dalam air bersih mampu menjaga kulit supaya lebih sihat dan segar. Selain dapat merawat masalah kulit seperti jerawat, blackhead dan lain-lain.
- Malah dengan bekalan air bersih ini juga kulit wajah anda lebih muda dan cantik.
7. Mencegah Kanser
- Membantu melindungi organ penting terutama di bahagian pundi kencing dan tisu payudara yang dikhuatiri terdedah dengan kanser.
- Menurut Jurnal Klinik Onkologi mendedahkan, seseorang individu yang minum banyak air lebih kurang cenderung mendapatkan kanser.
- Namun, ramai juga yang minum air terkena kanser kerana bekalan air yang diminum tidak bersih dan mempunyai pelbagai molecules di dalamnya.
8. Dapat menghindari penyakit batuk dan alahan pada bayi
- Jika si kecil kerap alahan dan batuk salah satu puncanya adalah air yang tidak bersih sama ada air mandi atau minum. Maka, anda perlu dapatkan bekalan air bersih supaya bayi terhindar dari masalah tersebut.
9. Mengurangkan masalah pening kepala atau migrain
- Kebanyakan pesakit yang mengalami migrain adalah kerana sumber air dan makanan yang diambil tidak bersih. Air yang diminum akan di bawa ke seluruh otak kemudian berlakunya penyerapan. Jadi, air yang kotor menjadikan anda terdedah kepada risiko pening kepala atau migrain.
10. Membantu keseimbangan cecair dalam badan
- Fungsi cecair dalam badan adalah untuk pencernaan, penyerapan, peredaran, nutrien dan penyelenggaraan suhu badan.
- Melalui kelenjar pituitari posterior, otak anda berkomunikasi dengan buah pinggang untuk memberitahu berapa banyak air yang dikeluarkan sebagai air kencing dan untuk simpanan.
- Tetapi, jika air kurang dalam badan, otak akan memicu mekanisme kekurangan air.
Justeru dapatkan bekalan air bersih untuk kesejahteraan anda sekeluarga dan ibu tidak perlu lagi bimbang untuk membancuh susu anak atau menyediakan makanan buat seisi keluarga. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Prof Hariz
Baca juga
https://my.theasianparent.combahaya-minum-air-dalam-botol-plastik