Keputihan Coklat Saat Hamil: Punca Keputihan Ketika Hamil, Cara Mengatasi Dan Rawatan

Keputihan coklat saat hamil adalah normal yang dikaitkan dengan perubahan hormon, tanda implantasi dan juga hubungan seks dengan pasangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalunya, keputihan coklat saat hamil tidak perlu dibimbangkan. Namun kadangkala ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang memerlukan pemeriksaan doktor.

Keputihan coklat adalah keputihan yang diwarnai dengan darah lama. Dalam sesetengah kes, darah dalam rahim anda mengambil masa lebih lama untuk keluar. Kesannya, ia bertukar menjadi coklat dan kelihatan seperti darah.

Adakah Keputihan Coklat Saat Hamil Normal?

Apabila hamil, badan biasanya mengeluarkan lebih banyak keputihan akibat peningkatan hormon estrogen. Walau bagaimanapun, jika keputihan berwarna coklat, ia bmungkin kerana terdapat darah lama. (Darah menjadi coklat apabila ia kering, dan darah kadang-kadang mengambil sedikit masa untuk mengalir.)

Keputihan coklat saat hamil mungkin normal, contohnya jika anda mengalami sedikit pendarahan selepas hubungan seks atau pemeriksaan pelvis. Tetapi ia juga boleh menjadi tanda masalah, seperti jangkitan faraj.

“Keputihan berwarna coklat boleh membimbangkan jika anda hamil, tetapi ia adalah perkara biasa,” kata Layan Alrahmani, pakar perubatan ob-gyn dan ibu-janin di Chicago. “Kebanyakan orang yang mengandung mengalami keputihan coklat cair tidak berdepan sebarang bahaya yang perlu dibimbangkan.”

Penyebab Keputihan Coklat Saat Hamil 

  1. Implantasi: Ini adalah punca paling biasa keputihan coklat awal kehamilan. Jika telur yang disenyawakan tertanam ke dalam dinding rahim, ia boleh menyebabkan pendarahan ringan yang kelihatan seperti keputihan berwarna coklat. Ini biasanya berlaku dalam masa 10 hingga 14 hari selepas persenyawaan.
  2. Perubahan Hormon: Semasa mengandung, terdapat perubahan besar dalam tahap hormon, terutamanya estrogen dan progesteron. Perubahan ini boleh menyebabkan keputihan yang berbeza, termasuk keputihan berwarna coklat.
  3. Kerengsaan Serviks: Apabila serviks merengsa, contohnya akibat hubungan seksual atau pap smear, ia boleh menyebabkan keputihan coklat.
  4. Jangkitan Faraj: Jangkitan seperti kandidiasis atau jangkitan bakteria seperti vaginosis bakteria juga boleh menyebabkan keputihan coklat. Jangkitan ini mungkin memerlukan rawatan dengan ubat-ubatan yang sesuai.
  5. Keguguran: Keputihan berwarna coklat boleh menjadi tanda awal keguguran, terutamanya jika disertai dengan kekejangan perut atau sakit belakang. Dalam kes ini, anda perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.
  6. Plasenta Praevia: Dalam keadaan ini, plasenta menutupi serviks, dan keputihan coklat mungkin berlaku akibat pendarahan kecil dari plasenta. Ini adalah keadaan serius yang memerlukan perhatian perubatan segera.

Adakah Saya Patut Risau?

Keputihan berwarna coklat semasa hamil biasanya tidak membimbangkan, terutamanya jika ia ringan dan berlaku sekali-sekala.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi di mana anda mungkin perlu mendapatkan pemeriksaan doktor. Berikut adalah beberapa situasi di mana keputihan berwarna coklat semasa mengandung mungkin menimbulkan risiko yang lebih tinggi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Banyak atau Berterusan: Jika keputihan coklat banyak atau berterusan, ia mungkin menunjukkan masalah lebih serius seperti pendarahan, pendarahan subkorionik atau masalah plasenta. Anda perlu segera berjumpa doktor untuk penilaian lanjut.
  • Disertai Sakit Perut atau Sakit Belakang: Jika keputihan coklat disertai dengan sakit perut atau sakit belakang yang teruk, ini boleh menjadi tanda masalah seperti keguguran terancam, kehamilan luar rahim atau masalah lain yang memerlukan perhatian segera.
  • Berlaku Selepas Jangkitan atau Trauma: Jika keputihan coklat berlaku selepas anda mengalami jangkitan seperti jangkitan saluran kencing atau hubungan seksual yang menyakitkan, ia mungkin menunjukkan masalah seperti jangkitan atau keradangan di bahagian kemaluan.
  • Disertai Gejala Lain: Jika keputihan coklat disertai dengan gejala lain seperti gatal-gatal, pedih atau bau tidak menyenangkan, ini mungkin menunjukkan jangkitan atau masalah kesihatan lain yang perlu ditangani.
  • Sejarah Kehamilan Berisiko: Jika anda mempunyai sejarah kehamilan seperti keguguran berulang atau masalah plasenta sebelum ini, adalah penting untuk maklumkan pada doktor tentangnya dan memantau keputihan coklat dengan teliti.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Segera berjumpa doktor jika anda mengalami:

  • Sebarang pendarahan atau tompokan(merah terang atau coklat)
  • Sebarang keputihan dengan bau yang kuat, atau berwarna hijau atau kuning dan berbuih
  • Sakit perut atau pelvis atau kekejangan
  • Sakit bahu
  • Loya dan muntah yang teruk

Bagaimana Menghentikan Keputihan Coklat Ketika Hamil

Walaupun pelepasan coklat semasa kehamilan selalunya tidak berbahaya, terdapat langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan.

Walau bagaimanapun adalah penting mendapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor terlebih dahulu. Berikut cara mengatasi keputihan coklat semasa hamil:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kekal Terhidrasi: Minum air mencukupi dapat membantu mengekalkan kesihatan faraj secara keseluruhan dan mengurangkan risiko dehidrasi, yang menyumbang kepada keputihan.
  • Kekalkan Kebersihan Yang Baik: Amalkan mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun untuk memastikan kawasan kemaluan sentiasa bersih. Elakkan douching, kerana ia boleh mengganggu keseimbangan semula jadi flora faraj dan berpotensi memburukkan lagi keputihan.
  • Pakai Seluar Dalam Yang Selesa: Pilih seluar dalam dengan material kapas dan elakkan pakaian ketat untuk membolehkan aliran udara yang betul ke kawasan kemaluan. Ini boleh membantu mengurangkan kerengsaan dan ketidakselesaan.
  • Amalkan Seks Selamat: Jika anda aktif secara seksual semasa hamil, gunakan kondom untuk mengurangkan risiko jangkitan seksual, yang boleh menyumbang kepada keputihan tidak normal.
  • Elakkan Bahan Merengsa: Jauhi produk wanita yang berbau wangi, sabun yang keras dan losyen yang boleh merengsakan kawasan faraj dan memburukkan lagi keputihan.
  • Rehat dan Tinggikan Kaki: Kadangkala, keputihan berwarna coklat boleh dikaitkan dengan peningkatan tekanan pada serviks atau dinding faraj. Berehat dan angkat kaki dapat membantu mengurangkan keputihan.
  • Kawal Stres: Stres yang tinggi boleh memburukkan lagi gejala fizikal, termasuk keputihan. Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, meditasi atau yoga pranatal untuk membantu menguruskan tahap tekanan.

Rawatan Untuk Masalah Keputihan Ketika Hamil

Rawatan keputihan ketika hamil adalah bergantung kepada puncanya. Pastikan anda mendapatkan diagnosis yang betul daripada doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.

Berikut adalah beberapa kaedah rawatan keputihan saat hamil, bergantung kepada punca:

  • Jangkitan Bakteria atau Kandidiasis: Jika keputihan disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti bakteria vaginosis atau kandidiasis, doktor mungkin merawatnya dengan ubat antikulat atau antibiotik yang selamat digunakan semasa kehamilan. 
  • Jangkitan Menular Seksual: Jika keputihan disebabkan oleh jangkitan seksual (STI), seperti klamidia atau gonorea, doktor akan merawatnya dengan antibiotik yang sesuai untuk mengurangkan risiko komplikasi kepada ibu dan bayi.
  • Kerengsaan atau Alahan: Jika keputihan disebabkan oleh kerengsaan atau alahan kepada produk kebersihan diri, tisu atau bahan pakaian, doktor mungkin menasihati anda untuk mengelakkan produk yang merengsa dan menggunakan penjagaan kulit yang lembut.
  • Placenta Praevia atau Keguguran: Jika keputihan disebabkan oleh keguguran atau plasenta praevia, rawatan akan bergantung pada keadaan kesihatan anda dan peringkat kehamilan. Dalam sesetengah kes, rehat dan pemantauan rapi mungkin mencukupi, manakala dalam keadaan lain, rawatan perubatan atau pembedahan mungkin diperlukan.
  • Implantasi: Keputihan akibat implantasi biasanya tidak memerlukan rawatan khas, kerana ia adalah proses semula jadi dalam kehamilan. Walau bagaimanapun, jika anda bimbang atau jika keputihan disertai dengan gejala lain seperti sakit atau pendarahan yang banyak, adalah penting untuk berjumpa doktor.

Kesimpulannya, keputihan coklat saat hamil boleh membimbangkan, tetapi dalam banyak kes, ia adalah kejadian biasa dan tidak berbahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memahami punca yang berpotensi, mengetahui masa untuk mendapatkan rawatan perubatan, mengamalkan kebersihan faraj yang baik boleh membantu mengurangkan kebimbangan dan memastikan kesejahteraan ibu dan bayi.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: Nanas Untuk Ibu Hamil Punca Keguguran? Hentikan Mitos Ini, Ketahui 7 Manfaat Buah Nanas

Baca juga:  Ibu Hamil Merokok Dan Risiko Kelahiran Mati (Stillbirth)

Baca juga: 20 Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil & Garis Panduan Makanan Untuk Ibu Mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan