Keputihan Ketika Hamil, Ibu Waspada Risiko Bacterial Vaginosis

Keputihan semasa hamil adalah perkara yang biasa berlaku. Namun jika keputihan banyak dan luar biasa, ia mungkin tanda bacterial vaginosis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi sesetengah ibu mengandung, anda mungkin mengalami pelbagai perubahan pada diri seperti gangguan pada vagina, rasa gatal serta masalah keputihan ketika hamil.

Keputihan adalah perkara biasa semasa kehamilan. Perubahan hormon semasa hamil boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran lendir faraj.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memahami perbezaan antara keputihan normal ketika hamil dan jangkitan yang mungkin memerlukan rawatan.

Keputihan ketika hamil 

Bacterial vaginosis (BV) adalah jangkitan vagina yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria berlebihan.

Untuk pengetahuan ibu, setiap vagina yang sihat mengandungi bakteria ‘baik’ dan bakteria yang jahat’. Kebiasaannya, bakteria ini mengimbangi antara satu sama lain.

Kadangkala, bakteria “jahat” tumbuh terlalu banyak dan mengatasi bakteria “baik”. Keadaan ini boleh menghilangkan keseimbangan bakteria dalam faraj anda dan membawa kepada masalah bacterial vaginosis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila ia terjadi, anda akan mengalami masalah keputihan berwarna kelabu, berbau hanyir seperti bau ikan mentah (fishy odor). Ianya juga boleh menyebabkan kerengsaan dan kegatalan pada sesetengah wanita. 

Ada juga menyatakan rasa sakit ketika membuang air kecil atau rasa gatal pada kemaluan, manakala wanita lain pula langsung tidak mempunyai sebarang gejala.

Perbezaan jangkitan kulat vagina dan bacterial vaginosis

Bakteria vaginosis tidak sama dengan jangkitan kulat vagina. Berikut beberapa perbezaan yang boleh anda lihat:

  • Gejala: Jangkitan yis pada vagina boleh menyebabkan kegatalan pada faraj, manakala bakteria vaginosis kerap dikaitkan dengan keputihan yang lebih likat.
  • Punca: Jangkitan yis disebabkan oleh kulat, manakala bakteria vaginosis pula disebabkan oleh bakteria
  • Keputihan: Jangkitan kulat vagina biasanya tidak menyebabkan masalah keputihan berbau kuat, tetapi bakteria vaginosis menyebabkan keputihan berbau hanyir dan warna keputihan warna kelabu
  • Ketidakselesaan: Biasanya, jangkitan yis menyebabkan ketidakselesaan pada vagina. Namun bakteria vaginosis tidak menyebabkan kerengsaan atau kegatalan vagina

Kadar ibu hamil dijangkiti vaginosis bakteria

Vaginosis bakteria adalah masalah keputihan yang paling biasa bagi wanita dan ibu mengandung berumur 15 hingga 44 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, kira-kira 35% wanita dijangkiti BV. 

Faktor risiko jangkitan bakteria vaginosis

Setiap wanita boleh mendapat vaginosis bakteria. Kebiasaannya berlaku pada orang yang aktif secara seksual.

Ia amat jarang berlaku pada orang yang tidak pernah melakukan hubungan seks. Sesetengah wanita secara semula jadi dijangkiti terlalu banyak bakteria yang menyebabkan BV.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bacterial vaginosis jika:

  • Sedang hamil
  • Tidak guna kondom ketika seks
  • Mempunyai alat intrauterin (IUD)
  • Mempunyai banyak pasangan seks
  • Mempunyai pasangan seks baru
  • Sedang mengambil antibiotik

Simptom dan punca

Kira-kira  84% kes wanita yang mengalami vaginosis bacteria tidak mempunyai gejala. Berikut adalah simptom dan tanda sekiranya anda berdepan masalah ini:

  • Warna keputihan putih pudar, kelabu atau kehijauan.
  • Keputihan berbau hanyir, terutamanya selepas hubungan seks.
  • Gatal-gatal atau kerengsaan faraj.
  • Rasa terbakar apabila anda kencing.

Adalah penting mendapatkan nasihat doktor bagi menentukan sama ada vagina dijangkiti bacterial vaginosis atau  jangkitan faraj yang lain.

Cara jangkitan vaginosis bakteria (BV)

Vagina adalah rumah kepada pelbagai jenis bakteria (dipanggil mikrobiom). Perubahan dalam keseimbangan bakteria menyebabkan BV.

Khususnya, vaginosis bakteria berlaku apabila bakteria “jahat” (anaerobes) tumbuh lebih cepat daripada bakteria “baik” (lactobacilli). Terlalu banyak satu jenis bakteria membawa kepada ketidakseimbangan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian menunjukkan bahawa apa-apa yang boleh mengubah ”natural chemistry”  faraj boleh menjejaskan bakteria dalam faraj anda.

Itulah sebabnya aktiviti tertentu seperti seks tanpa perlindungan boleh membawa kepada BV. Anda tidak boleh mendapat jangkitan bacterial vaginosis ini daripada tab mandi panas, kolam renang atau tempat duduk tandas.

Anda juga tidak dijangkiti jika menyentuh permukaan yang telah disentuh oleh penghidap bacterial vaginosis.

Adakah ia berjangkit?

Vaginosis bakteria tidak merebak dari orang ke orang, tetapi aktiviti seksual boleh meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan.

Rawatan vagina bakteria ketika hamil

Doktor mungkin menggunakan antibiotik, biasanya metronidazole atau clindamycin. Ubat-ubatan ini datang dalam gel atau krim yang perlu dimasukkan ke dalam faraj anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah antibiotik berbentuk pil yang boleh anda ambil secara telan.

Adalah penting untuk menghabiskan antibiotik dan mengambilnya seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Berhenti awal kerana gejala anda hilang meningkatkan risiko anda untuk mendapat BV semula.

Bolehkah bakteria vaginosis hilang dengan sendirinya?

Sesetengah kes vaginosis bakteria sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang ubat. Walau bagaimanapun, jika mempunyai simptom, anda harus mendapatkan rawatan perubatan.

Mempunyai BV menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan seksual dan boleh menjejaskan kehamilan.

Kesan dan risiko bacterial vaginosis

Vaginosis bakteria biasanya tidak menyebabkan komplikasi yang serius. Tetapi jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan:

  • Komplikasi semasa kehamilan: Jika anda hamil dan menghidap BV, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang.
  • Jangkitan menular seksual (STI): BV meningkatkan risiko anda untuk STI seperti klamidia dan gonorea. Jika anda menghidap HIV dan menghidapi BV, anda berisiko tinggi untuk menularkan HIV kepada pasangan anda.
  • Penyakit radang pelvik (PID): BV boleh menyebabkan PID, jangkitan pada organ pembiakan anda. Jika tidak dirawat, PID boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil.

Cara mencegah vaginosis bakteria

Anda tidak boleh menghalang keputihan ketika hamil atau jangkitan vaginosis bakteria. Walau bagaimanapun, mengambil langkah berjaga-jaga ini boleh mengurangkan risiko. Antaranya:

  • Elakkan douching (prosedur di mana faraj dibasuh dengan air atau pencuci wanita). Ia mengubah keseimbangan semula jadi bakteria dalam faraj anda. Sebaliknya, amalkan penjagaan faraj dan vulva yang sihat.
  • Elakkan sentuhan faraj dengan apa-apa yang telah menyentuh dubur anda. Perkara seperti tisu tandas dan alat mainan seks boleh memindahkan bakteria yang terdapat dalam najis ke faraj anda.
  • Elakkan ramai pasangan seks. Penyelidikan menunjukkan anda lebih berkemungkinan mendapat BV jika anda mempunyai banyak pasangan seks.
  • Gunakan kondom. Walaupun tidak jelas sebabnya, penyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti seksual dikaitkan dengan BV.
  • Pakai seluar dalam kapas. Bakteria membiak dalam persekitaran lembap. Kapas membantu menghilangkan kelembapan.

Perkara yang perlu dielakkan

Terdapat perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu melegakan gejala dan mencegah keputihan ketika hamil berlebihan atau bakteria vaginosis kembali iaitu dengan gunakan air dan sabun biasa untuk mencuci bahagian sulit.

Elakkan dari melakukan perkara di bawah ketika anda menghidap bakteria vaginosis:

  • jangan gunakan sabun wangi, mandian buih, syampu atau gel mandian di dalam tab mandi
  • jangan gunakan deodoran faraj, pencuci atau douch
  • jangan letak cecair antiseptik di dalam tab mandi
  • jangan gunakan detergen yang kuat untuk mencuci seluar dalam anda
  • jangan merokok

Bila perlu jumpa doktor

Buat temujanji untuk berjumpa doktor penjagaan kesihatan jika:

  • Keputihan berbau luar biasa dan anda mengalami ketidakselesaan. Doktor boleh membantu mencari punca simptom anda.
  • Anda pernah mengalami jangkitan vagina sebelumnya tetapi keputihan anda kelihatan berbeza kali ini.
  • Anda mempunyai pasangan seks baharu atau pasangan seks yang berbeza. Kadangkala, simptom jangkitan seksual (STI) adalah sama seperti vaginosis bakteria.
  • Anda fikir mempunyai jangkitan yis tetapi masih mempunyai simptom selepas rawatan diri.

Walaupun bakteria vaginosis (BV) adalah jangkitan ringan, ia boleh menyebabkan anda terdedah kepada keadaan yang lebih serius.

Jangan bertangguh untuk berjumpa dengan doktor jika anda melihat sesuatu yang luar biasa tentang keputihan anda. 

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Keputihan Semasa Hamil: Kenali Jenis Keputihan, Punca & Cara Rawatan Yang Berkesan

Baca juga: Keputihan Berketul Keluar Dari Faraj? Ini Punca & Cara Penjagaan Mudah Perlu Wanita Tahu

Baca juga: Keputihan Wanita Yang Berlebihan Penyebab Vagina Berbau, Ini Cara Berkesan Mengatasinya!