Resepi Kerabu Maggi Sedap Rasa Sebiji Makan Di Thailand, Wajib Pakai Maggi Jenama Ini!

Resepi dan cara buat kerabu maggi sentiasa menjadi carian dan pilihan ramai terutama di restoran Thai bila dah jemu makan nasi putih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi kerabu maggi pernah viral suatu ketika dahulu namun sehingga kini hidangan ini sentiasa menjadi buruan terutamanya di restoran-restoran Thai atau apabila berkunjung sendiri ke negara jiran tersebut pasti mencari hidangan yang enak ini.

Makanan Thai juga sangat mudah di dapati di negara kita jadi tak susah sebenarnya nak sediakan sendiri sajian kerabu maggi yang rasanya sama seperti yang asli kerana rahsianya terletak pada jenama mi segera yang digunakan iaitu Serda di samping bahan-bahan yang mudah didapati.

Kami kongsikan cara buat kerabu maggi yang sedap dan mudah sahaja kalau nak dimasak sendiri. Selamat mencuba!

Resepi Kerabu Maggi Simple

Resepi Kerabu Maggi Thai Original

Bahan Kerabu Maggi:

  • Mi segera jenama Serda
  • Air untuk mencelur
  • 4 ekor sotong (potong bulat)
  • 4 ekor udang besar
  • 4 batang jejari ketam
  • 2 peket Maggi perasa tomyam
  • 1 biji limau nipis (perah jusnya)
  • 2 sudu besar kicap sotong
  • Gula secukupnya

Bahan Hiris :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4 biji cili padi
  • 4 helai daun kobis
  • 1 biji lobak merah
  • 2 pokok daun ketumbar
  • 1 biji bawang holland
  • 2 biji tomato

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air secukupnya ke dalam periuk.
  2. Masukkan sotong, udang dan jejari ketam. Celur sebentar dan toskan.
  3. Kemudian masukkan Maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur sehingga lembut. Angkat, toskan dan masuk ke dalam mangkuk.
  4. Gaul Maggi bersama sotong dan udang, bahan hiris dan perencah Maggi. Perasakan dengan jus limau, kicap sotong, dan gula secukupnya. Gaul sebati. Siap untuk dihidang!

Resepi Kerabu Maggi Khairul Aming

Bahan-Bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2 paket maggi siam Serda
  • Sotong, udang bebola ikan dan ‘seafood’ lain.
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Bawang besar
  • Cili
  • Sos ikan
  • Gula kabung/gula
  • Pes cili thai

Cara Membuatnya:

  1. Rebuskan udang, sotong (seafood) dan lauk pilihan lain seketika. Tos dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, rebus 2 paket Maggi Siam Serda. Tos.
  3. Dalam mangkuk lain, tuangkan 1 paket perencah Maggi Siam ke dalam pinggan.
  4. Perahkan 1/2 biji limau nipis.
  5. Tambah 1 sudu besar sos ikan.
  6. Masukkan juga 1/2 sb pes cili thai
  7. Tambah 1/2 sb Gula Kabung Thai, boleh juga guna gula biasa. Kacau sebati.
  8. Kemudian, masukkan sedikit air rebusan seafood tadi dan kacau.
  9. Baru masukkan maggi yang dah direbus tadi.
  10. Hiaskan dengan bawang besar, cili padi dan seafood.

Kerabu Maggi Sosej

Bahan-bahan utama:

  • Maggi serda 4 bungkus
  • Filamen ketam
  • Sosej
  • Tomato
  • Bawang merah
  • Cili
  • Limau nipis

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Potong kesemua bahan-bahan seperti bawang, tomato, cili dan limau nipis.
  2. Sediakan air panas dan masukkan ketam dan sosej ke dalam kuali tadi. Rebus seketika.
  3. Rebus maggi siam dan kemudian toskan.
  4. Masukkan sosej dan ketam ke dalam yang berisi maggi.
  5. Masukkan perencah maggi siam. Kacau sebati.
  6. Kemudian, masukkan kesemua bahan potong tadi dan perah limau nipis.
  7. Gaul sehingga sebati dan siap untuk dimakan.

Tips Masak Resepi Kerabu Maggi Thai Original

  1. Hanya pakai mi segera jenama Serda untuk rasa kerabu maggi yang sama seperti di Thailand.
  2. Untuk tahu udang dah masak atau belum, udang akan bertukar warna oren dan kepala bengkok bertemu ekor.
  3. Bilas maggi dengan air sejuk untuk hentikan proses masak, jadi maggi tak kembang sangat nanti.

Rasanya pedas-pedas masam manis dan masin membuatkan sesiapa sahaja terpikat dengan sajian ini. Enak dinikmati untuk minum petang atau anda yang berhajat nak makan ringan sikit pada waktu malam, kerabu maggi ini adalah pilihan terbaik!

Rasa , Sheena, Mingguan Wanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Variasi Resepi Nasi Goreng Yang Mudah Dan Ringkas, Rasa Macam Makan Kat Kedai

Baca juga : Resepi Kuih Jala Yang Lembut, Enak Dimakan Bersama Kuah Kari Atau Kuah Serawa

Baca juga : 3 Variasi Resepi Mee Kari Terbaik! Boleh Jamu Keluarga Atau Tetamu Yang Hadir Ke Rumah, Tengok Je Pun Dah Terliur!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi