Menu minum petang biasanya menu yang lebih santai yang boleh dinikmati bersama keluarga. Jika kita biasa makan pisang goreng, keropok goreng, cucur, dan sebagainya apa kata kali ini cuba kuih jala atau roti jala yang enak dimakan bersama kuah serawa atau kuah kari.
Jom tengok resepi di bawah jika ada yang mahu mencuba membuat sendiri kuih jala yang lembut dan enak ini. Mudah sahaja, selamat mencuba!
Resepi Kuih Jala
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur.
- 1 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair/ santan sederhana pekat
- 6 sudu besar/ 1/2 cawan mentega cair
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
Cara Penyediaan:
1. Bancuh tepung dengan susu, garam, mentega cair dan telur sehingga sebati dan tuangkan air . elakkan dari adunan menjadi berketul samada menggunkan blend atau menapis terlebih dahulu
2. Panaskan kuali leper, disarankan menggunakan non stick pan untuk tidak melekat, dan letakkan sedikit minyak
3. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing, angkat dan gulungkan seperti di dalam gambar
Resepi Kuah Kari
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan tumbuk halus:
- 4 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 2 inci halia
- Rempah 4 sekawan:
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- Bahan-bahan lain:
- ½ cawan minyak masak
- 1 tangkai daun kari
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 1 sudu besar serbuk cili
- sedikit air
- ½ – 1 ekor ayam saiz sederhana
- ½ – 1 batang lobak merah
- 2-3 cawan santan cair
- 2 biji kentang
- 2-3 sudu besar jus asam jawa
- 1 cawan santan pekat
- 2-3 sudu besar kerisik
- garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Kemudian tumbuk hancur bahan-bahan tadi (nak cincang halus pon boleh).
3. Carrot potong dadu. Potong kentang ikut cita rasa anda.
4. Bancuh rempah kari daging, serbuk cili dan air.
5. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan.
6. Masukkan rempah 4 sekawan, daun kari, bancuhan rempah dan air (air dari bekas bancuhan rempah dan lesung batu). Masak sehingga rempah kering kemudian tambah air. Ulang 3-4 kali.
7. Bila rempah dah masak, masukkan ayam. Masukkan carrot dan tutup sekejap supaya masak sedikit. Kemudian masuk air asam jawa secukupnya.
8. Masukkan pula kentang dan santan cair (santan perahan kedua). Kalau guna santan kotak, masukkan air putih je untuk langkah ini.
9. Teruskan masak sehingga kentang empuk.
10. Masukkan santan pekat (untuk yang guna santan kotak boleh masukkan sekarang).
11. Masukkan kerisik. Tambah sedikit air mengikut kepekatan kuah. Kemudian masukkan garam.
12. Renehkan sehingga semua masak sebati.
Resepi Kuah Serawa Durian
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan :
1. Masukkan isi durian, santan, air dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
2. Selepas itu, masukkan gula pasir, gula melaka dan garam. Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati.
3. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah
Baca juga : Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan
Baca juga : Resepi Kuih Badak Berendam, Cukup Rasa Lemak Berkuah, Pemanis Mulut Paling Simple Untuk Minum Petang
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!