6 punca anak boleh tercedera akibat kelalaian ibu bapa sendiri

lead image

Ibu bapa harus lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan anak lebih dari segalanya jika tak mahu apa-apa kemalangan berlaku pada si kecil.

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa memantau keselamatan anak tak kira di mana si kecil berada. Kita akan pesan supaya berhati-hati ketika bermain dan sebagainya. Namun dalam pengawasan itu, tetap ada kesalahan dalam keselamatan anak yang anda terlepas pandang hingga mendatangkan kecederaan!

Apabila kita menyebut berkaitan keselamatan tentu ia membabitkan peraturan. Contohnya seperti tidak membenarkan si kecil bermain di kawasan yang berbahaya, tidak bermain alatan tajam dan sentiasa tak lupa mengenakan seat belt pada anak tiap kali keluar. 

Tapi tetap ada kesalahan dalam keselamatan anak yang kita tak sangka akan terjadi walaupun keselamatan anak sudah diperhalusi. 

Antara kesalahan dalam keselamatan anak itu seperti…

6 kesalahan dalam keselamatan anak  

1. Biarkan bayi tidur dalam  car seat

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/150818 F FC116 075.jpg 6 punca anak boleh tercedera akibat kelalaian ibu bapa sendiri

Kredit: Dover AFB

Kesalahan dalam keselamatan anak  point pertama adalah anda sering beranggapan begini…

“Ibu nak masuk ke kedai sekejap saja dalam 5 minit.  Asya tidur dalam kereta sekejap ya. 

Kemudian apabila masuk ke kedai tersebut, ternampak pula kawan lalu bersembang sampai tak ingat anda ada anak dalam kereta. 

Kembali semula ke dalam kereta, anak sudah kebiruan dan sesak nafas! 

Apabila anda memandu dengan bayi, keselamatan anak harus diutamakan. Ia seperti memakaikan tali pinggang keselamatan dan meletakkan bayi dalam keadaan yang selesa.

Selepas pulang ke rumah, biarkan si kecil berehat di atas katil bayi supaya dia tak berasa lenguh selepas duduk dalam baby car seat itu.

2. Tidak pasang brek stroller baby 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/shutterstock 382143319 1024x683.jpg 6 punca anak boleh tercedera akibat kelalaian ibu bapa sendiri

Pernah tak bila anak duduk dalam stroller, tapi anda tidak pasang brek stroller? Ini ialah contoh kesalahan dalam keselamatan anak yang sering kita buat dan kadang-kadang ‘terlupa’.

Ada bahaya yang kita tak sedar seperti bayi boleh tergelincir jatuh dan ada orang tak sengaja tertolak stroller tersebut. Ia boleh berlaku tanpa kita duga. 

3. Makan dalam kereta 

Benar, bila nak bagi anak diam dari menangis, ramai ibu bapa yang beri anak makan seperti keropok, gula-gula atau coklat dalam kereta. Tapi sebenarnya anda sudah melakukan kesalahan dalam keselamatan anak. 

Apabila anak menangis kemudian makan, risiko untuk anak tercekik tinggi. Jadi sebaik-baiknya, kalau nak beri anak makan, berhenti dulu kereta di tempat yang sesuai dan pujuknya perlahan supaya berhenti menangis. 

4. Bermain dekat dengan arus elektrik

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/cegah anak cedera dirumah.jpg 6 punca anak boleh tercedera akibat kelalaian ibu bapa sendiri

Dalam banyak-banyak benda, wire elektrik juga si kecil anda nak main seperti suka gigit pengecas telefon, bermain dengan wayar tv dan sebagainya.

Walaupun suis dah tutup, tapi tetap ada bahaya yang kita tak sangka seperti suis meletup atau terbakar. 

Sebaiknya, anda letakkan barangan elektrik jauh-jauh dari pandangan anak. Jika tidak dia akan terus bermain di kawasan tersebut. 

5. Bermain dengan haiwan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/blog cili.jpg 6 punca anak boleh tercedera akibat kelalaian ibu bapa sendiri

Kredit: Blog cili

Kanak-kanak secara naturalnya sukakan haiwan berbulu seperti hamster dan kucing. Mereka suka membelai tubuh haiwan berbulu itu dan berkejar ke sana sini.

Tapi anda tak duga haiwan juga ada yang agresif dan boleh mendatangkan bahaya pada si kecil. Misalnya kalau anak tarik bulu ekor kucing, sudah tentu haiwan itu marah lalu mencakar tubuh anak.

Jadi ini bukanlah idea yang baik untuk biarkan anak bermain dengan haiwan. 

Tapi dalam masa yang sama, anda terangkan pada anak bagaimana bermain dengan haiwan berbulu. Ingatkan anak supaya minta izin dari anda terlebih dahulu sebelum bermain. 

6. Stroller bayi dengan pelindung matahari

Bila membawa anak keluar berjalan-jalan makan angin dalam suasana terik matahari, anda akan menggunakan pelindung stroller untuk melindunginya dari pancaran matahari.

Ini merupakan kesalahan dalam keselamatan anak yang membahayakan menurut kajian dari Sweden.

Ia boleh menyebabkan udara terkumpul dan suhu panas naik. Kemudian bayi boleh terkena strok haba, lemas dan SIDS (kematian secara mengejut)

Adalah lebih bagus anda duduk saja dalam rumah atau menggunakan payung untuk lindungi kepanasan bayi atau pergi ke tempat yang berhawa dingin kerana bayi lebih selesa. 

Semoga anda tidak berbuat kesilapan yang sama seperti di atas. Jangan lupa kongsi artikel di laman Facebook anda. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

7 kesilapan yang selalu ibu bapa buat hingga meningkatkan risiko anak lemas