5 Kesalahan Yang Dibuat Ibu Menyusu Hingga Boleh Bawa Bahaya

lead image

Mungkin ada yang tahu atau tidak, tapi inilah antara 10 kesalahan yang sering dilakukan tanpa sengaja oleh ibu menyusu dan ia boleh mendatangkan bahaya.

Penyusuan susu ibu

Penyusuan ibu kedengaran seperti sesuatu yang semudah ABC.

Tapi sebenarnya ia lebih dari itu! Para ibu harus menggali ilmu penyusuan bagi menjayakan perjalanan penyusuan mereka.

Kaitan:

8 Tips Penting Untuk Ibu Yang Menyusu

Dari bagaimana cara lekapan yang betul hinggalah ke penjagaan susu ibu yang telah dipam.

Ilmu penyusuan ibu bukan hanya untuk ibu baru. Tapi ia juga untuk ibu-ibu yang sebelum ini pernah melaluinya. 

Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang belum tahu, tetapi inilah ‘kesalahan‘ yang boleh dilakukan tanpa sengaja dan boleh mendatangkan bahaya.

5 Kesalahan Yang Selalu Dibuat Oleh Ibu Menyusu

1. Tidak kerap menyusu atau mengepam

kesalahan ibu menyusu

Jarang mengepam atau menyusu adalah salah satu kesalahan ibu menyusu

Perasan atau tidak – jika anda tak menyusukan atau mengepam untuk suatu jangka masa, payudara anda akan mula rasa penuh?

Ini kerana bukan saja susu, tapi termasuk protein istimewa yang dipanggil FIL atau ‘feedback inhibitor of lactation‘ mula terkumpul. 

FIL akan menghantar isyarat pada badan anda yang anda sedang menghasilkan susu yang terlalu banyak. Jadi badan anda akan perlahan-lahan menghentikan pengeluaran susu.

Jadi badan anda akan perlahan-lahan menghentikan pengeluaran susu!

Secara langsung, pengeluaran susu anda akan semakin sikit. Semakin lama anda tak menyusukan atau mengepam susu, semakin sikit pengeluaran susu.

Jadi, jangan tunggu hingga payudara anda penuh baru nak menyusu atau mengepam. Tapi pilihlah untuk menyusu atau mengepam secara berkala (mengikut jadual).

2. Rasa sedih kerana tidak pandai cara lekapan yang betul

5 Kesalahan Yang Dibuat Ibu Menyusu Hingga Boleh Bawa Bahaya

Ibu menyusu sering melakukan kesalahan berasa sedih ini. Foto ehsan the pump station

Bergelut nak membuatkan bayi anda berjaya mendapat lekapan yang betul memang mengecewakan.

Tapi ketahuilah yang bukan anda seorang melaluinya, hampir semua ibu melaluinya. Jangan terlalu bersedih hingga memberi kesan pada perjalanan penyusuan anda.

Kaitan:

Urutan Oketani Yang Membantu Menambah & Melancarkan Susu Ibu

Memang lekapan yang betul penting untuk penyusuan ibu yang berjaya.

Sebab itulah terdapat kelas dan konsultasi laktasi yang boleh membantu anda. Sedih dan terlalu kecewa boleh menyebabkan bekalan susu berkurang!

Baca juga:

7 Soalan Tentang Penyusuan Susu Badan Yang Dijawab Pakar Laktasi

3. Ponteng shif malam anda

Setelah penat seharian menguruskan urusan rumah dan si kecil, anda sudah terlalu letih dan hanya tidur ada dalam kepala anda. 

Ramai ibu akan menyerahkan tugas menjaga si kecil kepada si bapa pula supaya anda dapat berehat.

Tapi, dengan tidak membuat penyusuan atau mengepam malam, payudara akan jadi terlalu penuh.

Seperti yang dibincangkan di nombor 1, ini akan menghantar isyarat yang badan anda sedang menghasilkan susu yang terlalu banyak.

Kemudian kesannya, badan anda akan mula mengurangkan penghasilan susu.

Solusinya, pam kan susu anda, dan biarkan si bapa uruskan hal yang selebihnya supaya anda dapat lebih rehat.

4. Biar si kecil tidur terlalu lama

5 Kesalahan Yang Dibuat Ibu Menyusu Hingga Boleh Bawa Bahaya

Foto ehsan platypus media

Bayi yang baru lahir memang akan cenderung untuk tidur lebih lama. 

Dan selalunya ibu bapa akan membiarkan sahaja mereka tidur dalam keadaan yang sungguh comel dan aman. Namun sebenarnya, ini akan memberi impak terhadap penghasilan susu.

Amalan yang baik ialah menyusukan si kecil pada setiap tiga jam untuk mengekalkan bekalan susu.

5. Pemakanan yang tidak dijaga

5 Kesalahan Yang Dibuat Ibu Menyusu Hingga Boleh Bawa Bahaya

Sebenarnya, pemakanan ibu memberi impak yang sangat besar terhadap pengeluaran susu.

Memang bukan senang untuk memastikan anda dapat makan pada masa yang tetap sambil menjaga si kecil.

Selalunya anda akan berakhir dengan mengorbankan masa makan supaya dapat menguruskan si kecil atau mendapatkan rehat. 

Tapi sebenarnya sangat penting untuk anda makan makanan yang sihat dan makan mengikut masa yang tetap.

Ini akan membantu pengeluaran susu anda supaya jadi lebih sihat dan meriah. Anda boleh mencuba rutin yang sesuai dengan masa tidur anak supaya dapat makan lebih sihat dan mengikut masa.

Kaitan:

Jangan Makan 10 Benda Ini Jika Anda Sedang Beri Susu Badan Pada Si Manja!

Pasti anda sudah dengar sebahagian atau semua dari senarai tersebut.

Kami di theAsianParent sering berkongsi tip-tip yang boleh membantu menjayakan perjalanan penyusuan ibu anda.

Antaranya ialah:

Sumber: mom junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner