TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Budak Koma Lepas Lintah Masuk Punggung Masa Banjir, Ini 6 Fenomena Banjir Yang Gemparkan Malaysia!

24 Dec, 2019
Budak Koma Lepas Lintah Masuk Punggung Masa Banjir, Ini 6 Fenomena Banjir Yang Gemparkan Malaysia!

Antara kesan banjir seperti kemusanahan harta benda dan gangguan kesihatan seperti yang terjadi pada kanak-kanak ini yang koma kerana lintah masuk punggung!

Hampir setiap tahun negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengalami kesan banjir seperti kehilangan harta benda, kemusnahan alam sekitar, penyakit taun, demam, selsema dan banyak lagi.

Lebih mendukacitakan, setakat ini kesan banjir yang melanda negara kita telah mengorbankan dua nyawa.

Kesan banjir, budak lelaki koma lintah masuk punggung

banjir teruk

Terbaru yang tular di laman sosial ialah seorang budak lelaki kritikal dan berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan lintah masuk ke dalam lubang punggungnya ketika bermain air banjir di sekitar rumahnya.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Terengganu dan perkara itu disedari ahli keluarga apabila kanak-kanak berkenaan mula muntah darah lalu dikejarkan ke hospital.

Walau bagaimanapun, pihak hospital berjaya mengeluarkan lintah tersebut. Namun kanak-kanak itu masih berada di bawah pemantauan doktor kerana koma.

Diharap adik ini cepat sembuh dan sekaligus ia memberi peringatan kepada kawasan yang terlibat agar memantau tingkah laku anak semasa musim banjir ini supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Sejarah banjir paling teruk di Malaysia

Jom kita imbas balik kejadian banjir yang teruk dan pernah berlaku di Malaysia.

#1. Banjir kuning di Kelantan

banjir teruk

Kredit: Mina News

Boleh dikatakan hampir setiap tahun banjir akan terjadi di Kelantan terutama di hujung tahun. Pada tahun 2014, ia merupakan kejadian banjir paling teruk yang dialami negeri ini dan ia dinamakan sebagai Banjir Kuning.

Kerugian yang dialami juga mencecah RM200 juta secara keseluruhannya.

Ia berlaku disebabkan ketika itu adalah musim monsum yang akan menurunkan hujan yang lebat dengan kelajuan angin 50 ke 60 KM sejam sekaligus menyebabkan paras air laut naik.

Kesan banjir ini telah menyebabkan kerosakan berjumlah ratusan juta dan kematian seramai 10 orang. Bahkan rumah juga turut rosak dilanggar kayu balak yang besar.

#2. Banjir Termenung di Johor

Negeri selatan seperti Johor juga tidak terkecuali dari masalah banjir. Puncanya adalah air naik dan tak mengalir yang dipanggil sebagai banjir termenung. Ia berlaku disebabkan pertembungan air laut dan hujan turun yang berterusan sehingga air lambat nak surut.

#3. Banjir Kedah & Perlis 2010

Kawasan utara juga adalah tempat yang mudah dilanda banjir kilat. Pada tahun 2010, banjir terburuk telah berlaku di Kedah dan Perlis hingga membabitkan pemindahan lebih 50,000 mangsa ke kawasan penempatan dan enam orang mati akibat lemas.

Jabatan Meteorologi Malaysia, mengatakan punca banjir itu adalah kerana Fenomena La Nina yang merupakan angin kencang dan hujan dengan lebat. Malah hujan yang turun itu luar biasa dari yang selalunya.

#4. Banjir kilat di KL & Selangor

Ha, jangan tak percaya banjir kilat juga berlaku di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Pada tahun 2015, kawasan yang terlibat banjir meningkat dari 57 ke 77 tempat.

Puncanya adalah kerana peningkatan air laut atau air pasang besar yang menyebabkan limpahan air melebihi benteng yang sedia ada dengan setinggi 5.5 meter. Tapi air laut yang naik itu setinggi 5.6 meter.

#5. Banjir Sarawak & Sabah

Stories Rakan Kongsi
4 Things Every Parent Should Know About Their Child's 12-Month Checkup
4 Things Every Parent Should Know About Their Child's 12-Month Checkup
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Supporting Strong Bodies and Curious Minds, Every Day
Supporting Strong Bodies and Curious Minds, Every Day
banjir di negeri negeri

Kredit: BH

Sabah dan Sarawak juga pernah mencatat banjir teruk pada tahun 2009 dengan kerugian yang dialami mencecah RM300 juta ringgit.

#6. Banjir Pulau Pinang

Pulau Pinang juga pernah mengalami banjir yang teruk hingga mengorbankan lima nyawa termasuk warga emas. Lebih menggemparkan, Feri turut dipukul ombak setinggi tiga meter hingga terlanggar terminal.

Ia berpunca dari Fenomena Fujiwara iaitu dua taufan berbeza yang berlaku berdekatan negeri tersebut iaitu Taufan Damsey Vietnam dan Taufan kecil di Teluk Siam. Fenomena ini menyebabkan hujan turun dengan berterusan.

Bagaimanapun diharap semua ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga bila tibanya musim hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir besar. Selain, menjaga kebersihan diri dengan baik supaya bebas dari sebarang penyakit berbahaya. 

Budak Koma Lepas Lintah Masuk Punggung Masa Banjir, Ini 6 Fenomena Banjir Yang Gemparkan Malaysia!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Vitdaily, Soscili 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comvagina-berdarah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Budak Koma Lepas Lintah Masuk Punggung Masa Banjir, Ini 6 Fenomena Banjir Yang Gemparkan Malaysia!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham