Setiap pasangan mendirikan rumah tangga tidak akan sunyi tanpa hadirnya pelbagai ujian. Ada yang diuji dengan anak dan ada juga berdepan ujian ketidakserasian sehingga akhirnya berlaku perpisahan. Kesan perceraian ini boleh menjejaskan kehidupan masa akan datang.
Mahu ataupun tidak, jodoh adalah ketentuan Yang Maha Esa. Sekiranya ini terjadi adalah lebih baik anda dan pasangan elakkan dari bergaduh di hadapan anak kecil kerana ia boleh memberikan kesan trauma dalam diri mereka.
Kesan perceraian boleh menyebabkan isteri dan anak hilang tempat bergantung
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @imaranmarcella, dia berkongsi beberapa rakaman yang memaparkan pasangan bergaduh di hadapan anak kecil mereka sehingga kanak-kanak tersebut menangis.
Difahamkan mereka sudahpun berpisah. Namun hubungan dalam fasa pemulihan untuk bersatu kembali. Walau bagaimanapun, wanita yang merakam video berkenaan mengatakan bahawa dirinya telah tertipu.
Bekas suaminya masih sanggup berlaku curang dan seronok ‘berdating’ dengan perempuan lain di belakangnya.
Kejadian berkenaan berlaku di salah sebuah parkir kereta. Anak perempuan pasangan ini juga ada bersama ketika mereka berselisih faham yang membuatkannya menjadi ‘mangsa’ keadaan kerana perlu menyaksikan ibu ayah bergaduh mulut dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
Punca sebenar mereka bergaduh masih tidak dapat dipastikan. Namun yang menjadi perhatian warganet adalah keadaan anak kecil yang menangis kuat ketika berada dalam keadaan tersebut.
Warganet menasihati agar tidak bergaduh di hadapan anak
Mereka juga meninggalkan beberapa komen mengatakan berasa kasihan melihat wanita berkenaan telah dipermainkan oleh bekas suami yang berpura-pura mahu membina semula hubungan baru dengannya.
Warganet turut memberikan nasihat kepada pasangan malang ini agar berhenti bergaduh di hadapan anak-anak kerana ia boleh memberikan kesan yang cukup besar terhadap emosi mereka.
Tolong jangan marah atau bergaduh depan anak-anak. Aku pernah alami pengalaman macam ni dan sampai sekarang masih trauma dengan orang. Lepas tu bila dah besar pun jadi takut nak bersosial dengan orang. Entah la nak cakap, tapi selagi boleh.. elakkan bergaduh depan anak-anak.
Aku paling kesian dekat anak dia. You have no idea how traumatize the kids can get just to watch this. Dengan bahasa dia, dan aku keliru mereka berdua ni betul-betul dah bercerai ke?
Ya Allah, kesian budak tu. Dia ketakutan 🙁
Aku yang dah besar panjang ni pun bila ibu ayah bergaduh depan aku, rasa terganggu emosi, tekanan jiwa tahu! Tak boleh bayangkan budak kecil ni macam mana. Risau dia membesar dengan persekitaran hidup yang macam ni.. Haishh
Kesan perceraian terhadap emosi anak-anak
Kesan perceraian antara suami isteri adalah perkara yang sangat menyakitkan kerana ia boleh melukakan hati pelbagai pihak. Menurut pakar psikologi dalam kajiannya membuktikan banyak kesan negatif bakal dialami oleh anak-anak mangsa perceraian.
Antaranya ialah:
- Kanak-kanak yang lebih muda usianya berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam menangani tekanan
- Keupayaan kanak-kanak dalam menghadapi kesan perceraian adalah berbeza mengikut peringkat umur
- Walaupun mereka faham apa yang berlaku, namun masih terlalu muda untuk mengawal keadaan
- Tekanan dan kepedihan yang dialami oleh kanak-kanak usia 6 hingga 9 tahun sukar digambarkan kerana mereka sudah memahami apa yang sedang berlaku
- Anak kecil mangsa perceraian ini biasanya tidak tahu bagaimana menunjukkan reaksi terbaik terhadap kedukaan yang dialami
- Mereka juga cenderung mengalami masalah kemurungan
- Anak-anak mempunyai perasaan malu yang sukar ditafsirkan selepas ibu ayah mereka berpisah
- Mempunyai perasaan berbelah bagi terhadap kesetiaan sama ada ibu atau ayah
- Mudah terasa mereka dibenci atau disisihkan oleh kedua ibu ayah yang meninggalkan mereka
- Memiliki perasaan marah yang begitu mencengkam jiwa
- Perkembangan otak terjejas. Menurut kajian yang dilakukan oleh Eamon McCrory dari Universiti College London, anak yang sering melihat ibu ayah mereka bergaduh berupaya meniru setiap tingkah laku terbabit
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Walaupun Dilayan Buruk Suami, Ramai Isteri Tidak Sanggup Bercerai Kerana Alasan Anak-Anak