TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Walaupun Dilayan Buruk Suami, Ramai Isteri Tidak Sanggup Bercerai Kerana Alasan Anak-Anak

4 min bacaan
Walaupun Dilayan Buruk Suami, Ramai Isteri Tidak Sanggup Bercerai Kerana Alasan Anak-Anak

Kesan keganasan rumah tangga boleh memberikan kesan emosi dan fizikal pada pasangan dan anak-anak. Namun ramai memilih untuk bertahan

Perjalanan hidup yang panjang tidak akan sunyi tanpa sebarang ujian. Lebih-lebih lagi bagi pasangan sudah berkahwin. Kesan keganasan rumah tangga yang kerap berlaku menyebabkan ramai wanita tidak berani memilih untuk membuat keputusan sendiri kerana memikirkan masa hadapan anak-anak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kesan keganasan rumah tangga sehingga nyawa menjadi taruhan

Sebab itulah ada isteri yang sudah bertahun menahan sabar dilayan buruk oleh suami tanpa pengetahuan ahli keluarga dan ada juga terpaksa hidup sengsara akibat suami yang bersikap lepas tangan.

Kesan keganasan rumah tangga sehingga nyawa menjadi taruhan

kes keganasan rumah tangga

Menurut perkongsian oleh Firdaus Shakirin, kerana meletakkan kepentingan anak-anak, maka perbuatan tidak berhati perut suami sanggup didiamkan dan tidak dilaporkan kepada pihak polis.

Akhirnya nyawa sendiri telah melayang di hari kedua Syawal akibat beberapa masalah kesihatan tiba-tiba, kesan didera, dibelasah dan diterajang oleh suami ‘tercinta’ ketika masih bersama.

”Meletakkan kepentingan anak-anak”

Bukan hanya arwah ini sahaja, tetapi masih ramai lagi diluar sana yang masih bertahan dengan alasan sama. Tidak mahu anak-anak membesar tanpa seorang bapa, maka biarlah sepak terajang penendangnya dimakan hari-hari sehingga lebam dan patah riuk sana-sini.

Wajarkah? Patutkah?

Seiringkan akal dengan emosi serta perasaan. Kita selalu fikir logik. Tiada kebaikan yang anda akan dapat dengan mengorbankan diri untuk sesuatu yang memudaratkan diri. 

Tiada faedah dan untung jika meletakkan diri dalam kezaliman akibat kesan keganasan rumah tangga. Jiika demi anak, jangan sampai nyawa melayang.

Jika sampai hilang keupayaan diri dan cacat sana sini, maka kepentingan apa yang anak akan dapat apabila si ibu telah pun tiada didunia ataupun tidak berupaya?

masalah rumah tangga

Ketika 1 Syawal tahun lalu, berlaku tragedi yang menggemparkan seluruh negara apabila abang kandung telah ditikam hingga mati oleh bekas suami kerana berebut anak. 

Manakala kes pada hari yang sama, suami pukul anak dengan kerusi hanya kerana tidak tutup pintu. Sebelum-sebelum ini pun sudah banyak kali dipukul oleh suami, namun tidak dilaporkan.

Difahamkan mereka sudah lama menghadapi masalah rumah tangga, namun tetap masih tinggal bersama. 

Sayang itu perlu ada noktahnya, sayang itu perlu berpada-pada. Sayang itu perlu ada logiknya. Sayang diri sendiri adalah keutamaan jika orang lain tidak mampu menghargai kita.

Ingat sampai bila-bila. Jadikan kisah ini iktibar dan ambil pengajaran daripadanya!

Wanita meninggal dunia dalam keadaan tragis ketika Hari Raya Aidilfitri

Tatkala seluruh masyarakat Islam gembira menyambut kehadiran 1 Syawal, negara dikejutkan dengan pemergian Allahyarhamah Siti Khidijah Abd Manaf, 32 tahun akibat kesan keganasan rumah tangga dan penderaan teruk oleh suaminya pada tahun lalu.

Menurut penceritaan oleh abang si mati, kisah penuh derita yang dihadapi oleh arwah telah disembunyikan sejak begitu lama. Ianya kerana dia lebih meletakkan kepentingan anak-anak daripada mengadu tentang perbuatan suami yang tidak berhati perut.

konflik rumah tangga

Difahamkan mangsa berkahwin dengan suaminya atas dasar cinta sejak 8 tahun yang lalu. Namun saat indah berumah tangga hanya dirasai selama dua tahun sahaja sebelum akhirnya suami mula berubah menjadi panas baran dan kaki pukul.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila suspek terlibat dengan dadah. Tubuh isterinya selalu menjadi tempat sepak terajangnya dengan alasan kecil. Di ranjang, dia juga diperlakukan sesuka hati termasuklah dipukul.

Anak-anak hanya menangis kerana ketakutan. Bahkan suaminya membeli sebatang rotak semata-mata untuk belasah anak dan isteri.

”Saya tidak kerja, anak semuanya masih kecil lagi. Jika bercerai, anak-anak nak makan apa. Ibu pula orang susah dan ayah saya pun sudah tiada.”

Kemuncaknya ketika mengandung anak ke-4, arwah telah beranak bersendirian di dalam bilik air. Dia hanya mampu mengagahi diri menelefon abangnya yang kemudian bergegas dan terpaksa memanjat pagar untuk memasuki rumah.

Sehari sebelumnya, arwah telah dibelasah, disepak terajang oleh suaminya walaupun keadaan sarat mengandung dan tunggu masa untuk bersalin. Keadaannya begitu lemah.

Pada jam lebih kurang 2.30 pagi, 14 Mei 2021 (Jumaat/ Raya kedua) arwah akhirnya telah menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Maka terlerai sudah deritanya di dunia ini. Al-fatihah.

Firdaus Shakirin, Natipah Abu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tiada Wanita Inginkan Perceraian, Jika Itu Yang Terbaik Belajarlah Menghargai Diri Sendiri

Baca juga: Tiada Wanita Inginkan Perceraian, Jika Itu Yang Terbaik Belajarlah Menghargai Diri Sendiri

Baca juga:  Ramai Pasangan Tidak Tahan Dengan Ujian Rumah Tangga, Pilih Bercerai Di Usia Muda

Stories Rakan Kongsi
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Spend Wisely When Shopping For Your Baby
Spend Wisely When Shopping For Your Baby
Mums: We Want Resilient Children
Mums: We Want Resilient Children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Walaupun Dilayan Buruk Suami, Ramai Isteri Tidak Sanggup Bercerai Kerana Alasan Anak-Anak
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham