Bayi dan kanak-kanak sangat terdedah kepada penyakit bawaan makanan kerana sistem imun mereka belum berkembang sepenuhnya. Justeru ibu baharu perlulah mengikuti beberapa langkah keselamatan makanan.
Anak yang masih kecil biasanya sukar melawan jangkitan dan mungkin mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Namun dengan beberapa teknik keselamatan makanan yang betul, dapat membantu mengurangkan risiko mereka jatuh sakit.
Langkah keselamatan makanan bayi
Terdapat banyak cara untuk membantu mencegah penyakit bawaan makanan pada bayi dan kanak-kanak termasuklah:
#1. Menjaga kebersihan
Mencuci tangan, serta membasuh semua peralatan dan permukaan dengan baik, adalah langkah paling berkesan yang boleh anda ambil dalam mencegah penyakit bawaan makanan pada bayi atau anak kecil
Ini termasuklah pembersihan dan pensterilan botol yang betul, cawan sippy, pam susu dan bekalan penyusuan bayi yang lain.
#2. Mengelakkan makanan berisiko tinggi
Makanan tertentu lebih mudah menyebabkan kehadiran bakteria dan tidak boleh diberikan kepada anak yang masih kecil. Ini termasuk:
- Produk tenusu yang tidak dipasteurkan, termasuk susu dan keju
- Telur mentah dan kurang masak serta makanan yang mengandungi telur mentah atau kurang masak
- Daging dan ayam mentah dan kurang masak
- Ikan dan kerang mentah dan kurang masak
- Jus yang tidak dipasteurisasi (kecuali diperah sendiri)
- Taugeh mentah
- Madu: jangan berikan kepada kanak-kanak berumur kurang daripada 12 bulan kerana risiko botulisme, penyakit bawaan makanan
Pengendalian, penyimpanan dan pemanasan semula susu ibu serta penyediaan susu formula yang betul adalah penting untuk membantu mencegah pertumbuhan bakteria.
Risiko yang berkaitan dengan makanan bayi
-
Tercekik
Bayi dan kanak-kanak berisiko tinggi untuk tercekik, jadi adalah penting menyediakan tekstur serta saiz yang sesuai dengan umur si manja.
Memandangkan bayi berusia 6 bulan mengunyah menggunakan gigi, pastikan anda kisar makanan sehingga hancur dan teksturnya sediikit cair.
Sebaik anak semakin membesar dan boleh mengunyah menggunakan gigi, barulah ibu boleh pertimbangkan tekstur makanan yang lebih kental.
-
Merkuri
Ikan adalah sumber protein tanpa lemak yang hebat, dan banyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 bermanfaat untuk kesihatan diri.
Walau bagaimanapun, beberapa jenis makanan laut mempunyai kandungan merkuri tinggi sehingga boleh menjejaskan sistem saraf anak anda yang sedang berkembang.
Antara ikan yang mengandungi tinggi merkuri adalah:
- tuna albacore dalam tin
- tuna mata besar
- ikan todak
- tenggiri raja
- jerung
- ikan tilefish
Ikan rendah merkuri termasuk: Salmon, ikan kod, ikan bilis, sardin, haddock, kerang, trout air tawar, tuna dalam tin, pollock, tilapia dan ikan keli.
Bagi keluarga yang makan daging, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS mengesyorkan makan ikan rendah merkuri 2 hingga 3 kali seminggu sebagai sebahagian daripada diet seimbang.
Panduan keselamatan makanan bayi dan kanak-kanak
- Masak makanan dengan teliti
- Masak daging, ayam dan ikan pada suhu yang disyorkan untuk memastikan bakteria berbahaya dimatikan
Suhu memasak minimum yang selamat:
- Potongan daging lembu dan kambing: 145 darjah
- Daging kisar: 160 darjah
- Ayam: 165 darjah
- Ikan dan kerang: 145 darjah
Jangan “celup dua kali”
Menyuap makanan terus dari bekas boleh memindahkan bakteria dari mulut bayi ke dalam keseluruhan makanan yang ada dalam bekas.
Ibu hendaklah sudukan sedikit makanan ke dalam mangkuk terlebih dahulu sebelum menyuap ke dalam mulut bayi. Jika si manja tidak habis makan, buang lebihan ke dalam tong sampah bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Buang apa-apa makanan dari mangkuk yang bayi anda tidak makan. Jika menggunakan sudu, elakkan menyentuh hujung muncung menggunakan bakteria agar tidak menyebabkan kuman bakteria.
Anda boleh menyimpan semula makanan dalam bekas (yang tidak terkena air liur bayi) ke dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian. Kebanyakan pakar mengatakan sisa ini boleh disimpan selama 1 hingga 2 hari di dalam peti sejuk sebelum dibuang.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bahaya Beri Anak Makan Jajan Dalam Kotak Mainan, Boleh Keracunan Makanan!
Baca juga: Bukan Tak Sedap, Bayi Sembur Makanan Sebab Dia Menguji Mulut Untuk Cepat Bercakap!
Baca juga: Ibu Jangan Cepat Panik Bila Anak Keracunan Makanan, Ini Cara Merawatnya Di Rumah