Bukan Calang-calang Khairul Aming Dapat Pujian Masakan Daripada Gordon Ramsay

Bila sampai Gordon Ramsay memberi pujian, sememangnya itu bukan perkara biasa dan bukan calang-calang orangnya Khairul Aming sekarang ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tidak kenal Gordon Ramsay, chef selebriti antarabangsa terkenal dunia yang merata mempunyai restoran bertaraf Michelin. Terkini, Khairul Aming, pereka digital popular di negara kita ini menerima pujian ke atas masakannya dari Ramsay. Bukan calang-calang orangnya!

Khairul Aming yang terkenal dengan video masakannya serta bisnes terkininya iaitu Sambal Nyet, dilihat telah berkongsi di Instagram miliknya akan Gordon Ramsay yang telah memberikan respon ke atas salah satu video masakannya iaitu pada ketika dia memasak resepi puding kukus gula hangus atau crème brûlée.  Ramsay yang juga merupakan pengusaha rangkaian Restoran Gordon Ramsay di serata dunia antaranya London, Los Angeles, dan banyak lagi. Yang terkini di negara kita ini, terletak di Sunway Resort Hotel & Spa, Ramsay membuka sebuah restorannya di sini buat meluaskan sayapnya di Asia. 

Ramsay boleh dilihat teruja melihat Khairul Aming menunjukkan cara-cara memasak makanan tradisional suku kaum Maori, New Zealand itu. Jelas dilihat pujian itu menerusi video duet mempamerkan reaksinya dan video Khairul Aming yang sedang menunjukkan cara menyediakan puding kukus gula hangus.

@gordonramsayofficial #duet with @Khairulaming Spoons on me for the holidays ! Well done ! Get more recipes like this in my #unchartedcookbook Gx #ramsayreacts ♬ original sound – Khairulaming

Resepi tersebut juga merupakan salah satu resepi yang terkandung di dalam buku masakan Ramsay yang berjudul Gordon Ramsay’s Uncharted: A Culinary Adventure terbitan National Geography. Yang menariknya, Ramsay turut ada memberi teguran ke atas penggunaan sudu kayu ikonik yang gemar digunakan oleh Khairul Aming.

“Beli sudu yang lebih besar sempena Krismas… sudu itu terlalu kecil,” kata chef selebriti terkenal itu di dalam video responnya itu. 

Menerusi video berkenaan yang kini tular di TikTok dengan hampir lebih 747,000 tontonan itu, Ramsay turut mengatakan yang dia sukakan Malaysia, dan katanya dia bakal hadir ke Malaysia pada minggu hadapan, berkemungkinan atas urusan pengendalian restoran barunya di Sunway.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ruangan komen video tersebut boleh dilihat penuh dengan komen-komen daripada netizen Malaysia yang bangga ke atas pencapaian Khairul Aming tersebut. Majoriti netizen meninggalkan ucapan tahniah kepada pereka digital yang gemar memasak itu kerana sudah berjaya menarik perhatian Ramsay yang mana sangat terkenal dengan sifat yang cukup lantang dalam memberikan komen masakan.

Bahkan, ada juga netizen yang mengharapkan supaya mereka berdua boleh dipertemukan dan membuat kolaborasi video masakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
TikTok Gordon Ramsay

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

Baca juga: Resepi Ayam Percik Khairul Aming, Kelantan Style Tanpa Perlu Bakar Guna Arang

Baca juga: Sedapnya! Resepi Daging Harimau Menangis Khairul Aming Pasti Buat Anda Terliur!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad