Khasiat Avocado Untuk Perkembangan Otak, Kesihatan Jantung & Banyak Lagi Manfaatnya Untuk Si Manja!

Khasiat avocado termasuk vitamin, mineral dan lemak sihat yang ada dapat membantu tumbesaran dan perkembangan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Khasiat avocado sememangnya menjadi penyebab mengapa buah ini walaupun mahal namun tetap menjadi pilihan ramai. Buah avocado ini merupakan makanan berkalori tinggi yang mengandungi sehingga 160 kalori dalam setiap 100 gram. Dan 75 sehingga 80% daripada kalorinya adalah berasal daripada lemak.

Untuk mereka yang sedang diet/mengurangkan pengambilan kuantiti makanan pada ketika ini, buah avocado ini sangatlah sesuai untuk menjadi pelengkap sarapan dan dimakan bersama roti bakar, salad, mahupun jus minuman.

Buah avocado ataupun nama saintifiknya 'Persea Americana' boleh dioleh di dalam hidangan pasta dan juga makanan lain mengikut kepada kreativiti seseorang itu dalam penyediaan hidangan amalan 'eat clean'.

Tambahan pula, buah avocado ini dikenali sebagai makanan unggul oleh kerana kandungan nutrisi yang terdapat boleh membantu mengekalkan kesihatan tubuh seseorang itu.

Sejarah Tentang Buah Avocado

Avokado berasal dari Mesoamerika, di mana ia disediakan dan dimakan oleh Aztec dalam pelbagai bentuk, termasuk guacamole yang kini terkenal di dunia (asalnya dipanggil ahuaca-mulli).

Penjajah membawa tanaman itu kembali ke Eropah bersama mereka, dan sejak itu ia telah merebak ke seluruh dunia. Walaupun alpukat disangkakan berkait rapat dengan hidangan Mexico dan Amerika Tengah yang lazat, budaya lain telah menyesuaikan buah avocado ini untuk kegunaan berbeza.

Ini termasuk minuman Indonesia yang dipanggil Jus Alpukat - iaitu diperbuat dengan campuran sejuk alpukat dan kopi, dan pencuci mulut ringkas yang menggabungkan alpukat, ais, dan susu pekat (atau susu dan gula) yang terdapat di seluruh Asia, dari Filipina hingga Vietnam.

Memang sedap, rugi tak cuba!

Isi alpukat hijau cerah yang cantik itu terkenal dengan warna coklat selepas terdedah kepada udara. Walaupun tidak berbahaya, anda boleh mencegahnya dengan menambahkan sesuatu yang berasid (seperti kapur atau jus lemon) atau dengan membungkus alpukat menggunakan filem plastik (plastic film).

Khasiat Avocado

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Avocado ini memang sejenis buah yang wajib ada di rumah jika sedang diet. Kenyang pun kenyang, sedap pun sedap. Pendek kata, sentiasa kena 'stock up' buah avocado ini di rumah.

Sebelum itu, kami akan menerangkan serba sedikit tentang khasiat dan kebaikan avocado ini:

#1. Khasiat Avocado: Sumber Nutrien Yang Sangat Baik.

Untuk pengetahuan anda, satu hidangan 201 gram buah avocado mengandungi:

  • Kalori: 322
  • Lemak: 30 gram (g)
  • Protein: 4g
  • Karbohidrat: 17g
  • Serat: 14g
  • Vitamin C: 22 peratus daripada keperluan nilai harian (DV)
  • Vitamin E: 28 peratus daripada DV
  • Vitamin K: 35 peratus daripada DV
  • Roboflavin (B2): 20 peratus daripada DV
  • Niasin (B3): 22 peratus daripada DV
  • Asid pantothenik (B5): 56 peratus daripada DV
  • 'Pyridoxine' (B6): 30 peratus daripada DV
  • Folat: 41 peratus daripada DV
  • Magnesium: 14 peratus daripada DV
  • Potasium: 21 peratus daripada DV
  • Tembaga: 42 peratus daripada DV

Nutrien yang tinggi menjadi pelengkap kepada anda yang sering kekurangan nutrien semasa berdiet termasuk magnesium, B6, vitamin C, vitamin E dan folat.

Kajian terhadap 4,730 individu golongan dewasa di Amerika Syarikat (AS) mendapati kurang 3% individu mengambil zat potassium lebih banyak daripada jumlah ditetapkan iaitu 4,700 miligram (mg) sehari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk pengetahuan anda, potassium (kalium) diperlukan untuk beberapa fungsi badan yang kritikal termasuklah tekanan darah dan juga fungsi sistem saraf. Oleh itu, pengambilan jumlah kalium yang disarankan setiap hari boleh membantu melindungi diri daripada tekanan darah tinggi dan angin ahmar.

Buah avocado mempunyai nutrien penting untuk kesihatan sistem imun termasuk vitamin C, B6 dan E.

#2. Khasiat Avocado: Memberi Manfaat Kepada Kesihatan Usus.

Kebaikan avocado lain adalah buah ini memiliki serat yang tinggi iaitu kira-kira 14 gram dalam setiap biji. Ia juga boleh melengkapkan hampir separuh daripada keperluan DV semasa untuk nutrien penting ini.

Setiap hari, ia adalah penting untuk seseorang mendapatkan serat yang mencukupi dalam diet seharian untuk penjagaan kesihatan sistem pencernaan. Ini kerana ia dapat membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Satu kajian ke atas 163 individu golongan dewasa yang dianggap mempunyai berat badan berlebihan mendapati, mengambil 175 gram (lelaki) atau 140 gram (wanita) buah avocado setiap hari selama 12 minggu, mempunyai kepekatan asid hempedu najis lebih rendah dan meningkatkan kepelbagaian bakteria.

Kepekatan asid hempedu tinggi menyebabkan keradangan usus dan mempunyai kaitan dengan pertumbuhan mikrob dikaitkan dengan masalah kesihatan negatif seperti barah usus besar.

#3. Khasiat Avocado: Bantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung.

Kebaikan buah avocado yang lain pula adalah jika anda mengambil makanan nutrisi tinggi seperti buah avocado secara kerap, ia boleh membantu melindungi jantung anda. Ini kerana vitamin, mineral, lemak sihat dan serat yang terdapat dalam avocado memainkan peranan dalam memastikan sistem kardiovaskular sihat.

#4. Khasiat Avocado: Diperkaya Dengan Sebatian Antioksidan & Keradangan.

Vitamin, mineral, lemak sihat dan serat yang terdapat dalam buah avokado memainkan peranan untuk memastikan sistem kardiovaskular sihat. Bahan ini terbukti mengandungi aktiviti antioksidan, 'neuroprotective' dan 'cardioprotective' yang ketara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Khasiat Avocado: Baik Ketika Mengandung Dan Menyusu.

Ibu hamil pasti mengetahui bahawa keperluan nutrien akan meningkat dengan ketara ketika mengandung dan juga menyusukan bayi. Contohnya, ketika hamil, keperluan folat meningkat daripada 400 miligram (mg) kepada 600mg. Manakala, potassium pula meningkat kepada 85mg daripada 75mg.

Keperluan folat meningkat ketika hamil, walau bagaimanapun ramai wanita hamil di seluruh dunia sememangnya kekurangan pengambilan folat yang disyorkan. Perkara ini juga boleh meningkatkan risiko komplikasi kehamilan.

Untuk rekod, satu biji buah avocado memberikan 27% daripada pengambilan folat yang disyorkan ketika mengandung. Pengambilan avokado juga mampu membantu mencapai tahap pengambilan nutrien yang disyorkan dalam jumlah yang lebih besar dalam tempoh berkenaan seperti vitamin c, potassium (kalium) dan juga B6.

Manfaat lainnya adalah avocado boleh membantu mencegah sembelit yang selalunya dialami oleh wanita hamil.

Avocado Untuk Bayi

Buah avocado juga sering menjadi pilihan para ibu ketika ingin memperkenalkan buah-buahan kepada si manja, terutamanya untuk makanan solid pertama mereka.

Disebabkan manfaat dan kebaikan avocado ini begitu banyak, memperkenalkan buah ini kepada bayi anda adalah idea yang terbaik.

Antara khasiat avocado untuk bayi adalah seperti:

#1. Perkembangan Otak Dan Kesihatan Jantung Bayi.

Majoriti lemak di dalam buah ini adalah asid oleik iaitu sejenis lemak yang tak tepu (monounsaturated fat). Ia memainkan peranan penting dalam proses pembentukan, fungsi, serta perkembangan otak dan juga sistem visual bayi.

Oleh kerana dua tahun pertama kelahiran si manja merupakan waktu pertumbuhan intelek utama sedang berlaku, avokado menjadi salah satu sumber makanan paling penting untuk ditambah di dalam menu diet mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Meningkatkan Imuniti.

Buah ini juga sarat dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral, menjadikannya salah satu sumber makanan terbaik bagi meningkatkan sistem imuniti badan seseorang. Tambahan pula, dalam satu hidangan avocado ini, si manja anda akan menerima:

  • 60 miligram folat (15% daripada keperluan harian): Folat penting untuk fungsi sel normal dan pertumbuhan tisu. Diet ibu hamil kaya dengan folat akan mengurangkan risiko janin mendapat kecacatan tiub neural
  • 14 miligram vitamin K (19% daripada keperluan harian): Vitamin K penting untuk pembekuan darah, pembentukan protein dalam hati, serta perkembangan tulang sihat. Sekiranya bayi tidak mendapat vitamin K mencukupi dalam diet harian, si manja berisiko mengalami keadaan yang dikenali sebagai pendarahan disebabkan kekurangan vitamin K di mana mereka tidak dapat sembuh daripada luka.
  • 6 miligram vitamin C (12% daripada keperluan harian): Vitamin C membantu menguatkan gusi, tulang, serta saluran darah bayi. Ia juga menyumbang kepada pembentukan sel darah merah dan penyerapan zat besi efektif.
  • 343 miligram kalium (10% daripada keperluan harian): Potassium (kalium) mengawal keseimbangan air tubuh, mengekalkan tekanan darah sihat dan mengurangkan risiko osteoporosis serta batu karang dalam ginjal. Buah ini mengandungi lebih banyak kalium daripada pisang iaitu lebih terkenal sebagai makanan kaya kalium.

#3. Menyingkirkan Toksin.

Avocado boleh berfungsi menyingkirkan toksin dalam tubuh badan seseorang kerana buah ini mengandungi lebih banyak serat larut air dan bersifat antioksidan.

Jumlah serat yang tinggi boleh mengalakkan pergerakan usus teratur sementara sebatian antioksian dan antimikrob yang ada di dalam avokado telah terbukti boleh meneutral dan menghapuskan radikal bebas, serta bahan kimia beracun daripada tubuh.

Resepi Avocado Untuk Bayi

Untuk bayi berusia enam (6) bulan dan ke atas, ibu ayah boleh mencuba resepi bayi dengan buah avocado ini untuk mereka:

#1. Avocado Pisang.

  • 1/2 biji avokado (yang dah masak atau lembik).
  • 1/2 biji pisang.

Cara penyediaan:

  • Ambil isi avocado dan buang kulitnya.
  • Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan pisang.
  • Kemudian lenyekkan menggunakan garfu sehingga hancur dan sebati.
  • Siap!

#2. Avocado + Blueberry + Pisang.

  • 1/2 biji avocado.
  • Sedikit blueberi.
  • 1 biji pisang.

Cara penyediaan:

  • Ambil isi avokado dan dipotong dadu.
  • Hiris pisang.
  • Masukkan kesemua bahan hirisan termasuklah blueberi ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga hancur dan sebati. Tak perlu tambah air.
  • Siap! Ibu juga boleh terus hidangkan pada bayi ataupun boleh disimpan di dalam bekas kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk beku.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bagus Untuk Sembelit, Ini 10 Manfaat Makan Buah Nanas Untuk Ibu Mengandung Ramai Tidak Tahu!

Baca juga: Boleh Cegah Komplikasi Kehamilan, Ini 9 Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Baca juga: Buah Kering Berkhasiat Untuk Ibu Hamil, 6 Pilihan Yang Boleh Anda Cuba

Penulis

Murns A.