X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Khasiat Halba Untuk Wanita Hamil, Boleh Kawal Kencing Manis!

4 min bacaan
Khasiat Halba Untuk Wanita Hamil, Boleh Kawal Kencing Manis!

Penting menjaga kesihatan badan, lagi-lagi ketika mengandung. Jadi pengambilan makanan semula jadi amat digalakkan, contoh seperti halba, ia bukan saja baik untuk ibu berpantang, malah elok diamalkan ketika mengandung lagi! Ia boleh kawal kencing manis tau!

Sejak zaman nenek moyang kita lagi menekankan pennggunaan halba ini. Tapi khasiat halba untuk wanita selalunya ditekankan selepas ibu melahirkan anak, yakni ketika pantang. 

Tahu tak, khasiat halba untuk wanita hamil juga sangat penting. Ia dapat mengawal gula dalam darah, memperbanyakkan susu badan dan macam-macam lagi. 

Halba ialah rempah yang sering digunakan di dalam masakan, tetapi penggunaan air rebusannya juga membawa banyak kebaikan bukan sahaja untuk kaum hawa, malah untuk para lelaki juga. 

Tetapi, dalam artikel ini, saya hendak fokus hanya pada kaum wanita terutamanya pada ibu-ibu hamil kerana air halba ini sangat bagus untuk mereka yang sedang mengandung!

Apakah Itu Halba Dan Apakah Khasiat Halba Untuk Wanita?

khasiat halba untuk wanita

Foto: Edisi Rakyat

Halba ialah sejenis tumbuhan dan ia ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang (tidak memerlukan banyak air untuk penjagaannya). Daun dan biji tumbuhan halba kedua-duanya boleh digunakan baik sebagai herba mahupun rempah.

Di Indonesia, biji halba digunakan sebagai bahan ramuan jamu tetapi ia juga digunakan sebagai salah satu bahan yang digunakan untuk tujuan berendam.

Penggunaan halba telah digunakan secara meluas dan ini disebabkan oleh khasiat mereka yang terlalu banyak. Antaranya ialah:

  • Meningkatkan penghasilan susu ibu. Ibu-ibu yang sedang menyusu badan sangat digalakkan meminum air halba untuk meningkatkan penghasilan susu, terutamanya bagi mereka yang sukar menghasilkan susu badan.
  • Membantu mengawal kencing manis. Sesetengah ibu yang hamil akan mendapati mereka menghidapi kencing manis, dan ini ialah perkara normal. Tetapi, jika para ibu kerap mengamalkan meminum air halba, moga dengan izin-Nya, kondisi kencing manis ibu hamil tersebut dapat dikawal.
  • Memperbaiki paras kolestrol. Seperti yang kita ketahui, ibu-ibu hamil atau sesudah bersalin pasti akan naik sedikit berat badan tetapi dengan pengamalan air halba, ia dapat memperbaiki paras kolestrol serta gula di dalam badan kita. Ia juga dapat mengawal rasa lapar, lalu mengurangkan pengambilan kalori yang kita makan dalam sehari.
  • Melegakan kesakitan. Khusus bagi para wanita yang mengalami kesakitan melampau ketika mengalami haid, minuman air halba dikatakan dapat melegakan atau mengurangkan kesakitan yang dirasai ketika wanita tersebut sedang datang bulan.
khasiat halba untuk wanita

Foto: Vanilla Kismis

Selain daritu manfaat-manfaat di atas, terdapat banyak lagi kesan baik yang dibawa oleh halba ini, baik dari makan secara langsung atau mencampurkannya dengan air suam.

  • Mencuci perut serta darah kotor
  • Mencantikkan struktur kulit dari dalam
  • Merembeskan insulin dan mengurangkan kadar glukosa darah (bagi mereka yang mempunyai diabetes)
  • Merawat masalah sembelit dan buasir
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Melegakan masalah sakit kepala serta migrain
  • Menguatkan fungsi rahim, merangsang dan menyuburkan rahim
  • Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
  • Mengaktifkan kelenjar penghasilan susu lantas meningkatkan saiz payudara dengan semulajadi
  • Memelihara keanjalan kulit untuk kekal awet muda

Terlalu banyak kesan baik yang dibawa oleh halba ini, tetapi sesetengah wanita mungkin sukar untuk menerima rasanya jika hanya dicampurkan di dalam air, maka kami juga ada berkongsi resepi air halba yang mudah untuk anda minum bagi kesihatan diri!

Resepi Air Halba Mudah Tetapi Sedap!

khasiat halba untuk wanita

Foto: Cariblogger

  • Resepi air halba
    • Bahan-bahan:
      • 1 sudu besar halba
      • 2 inci halia
      • 2 batang serai dititik
      • 3 cawan air
      • Setengah biji lemon
  • Cara buatan:
    • Rebus halba, halia dan serai bersama 3 cawan air sehingga mendidih
    • Setelah mendidih, tutupkan api dan biar seketika hingga suam
    • Tapiskan air rebusan dan perahkan ½ biji lemon ke dalam air tersebut
    • Kacau sebati
    • Hidangkan!

Dengan penggunaan halia, pasti anda dapat membuang angin di dalam badan dengan lebih mudah dan lemon juga dapat membantu anda detoks segala bahan-bahan toksik yang berada di dalam badan. Bayangkan khasiat halba untuk wanita pun sudah cukup banyak, digandingkan pula dengan halia! Voila!

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Sumber: Root of Science, Halba ID’ Grade

Baca Juga: Elak Makanan Ini Ketika Hamil, Ia Boleh Melemahkan Janin!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Khasiat Halba Untuk Wanita Hamil, Boleh Kawal Kencing Manis!
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham