Manfaat Jambu Batu Untuk Ibu Hamil, Bantu Tambah Darah & Jaga Sistem Saraf Bayi

Jambu batu sangat bermanfaat kepada ibu mengandung. Ia dapat memastikan kesihatan anda dan bayi terjamin dan membantu melancarkan proses kelahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara buah yang mudah untuk diperolehi di mana-mana pasaraya adalah jambu batu. Tidak dinafikan, rakyat Malaysia amat menyukainya kerana khasiat jambu batu ini sangat penting untuk kesihatan.

Sehingga kini ada yang mengolahnya dalam bentuk jus, rojak ataupun dinikmati bersama serbuk asam boi. Rasa yang rangup dan enak dikunyah pasti membuatkan sesiapa sahaja menyukainya!

Adakah kebaikan jambu batu sesuai sebagai makanan ibu mengandung

Apa Khasiat Jambu Batu?

Ia adalah buah tropika yang tumbuh dalam keadaan cuaca panas kering atau lembap. Buah ini penuh dengan khasiat. Ia bukan sahaja mempunyai lebih Vitamin C daripada oren, malah jambu batu juga kaya dengan antioksidan lain, dan telah terbukti mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang hebat. Berikut adalah beberapa kebaikan memakan buah tropika ini.

  • Memperbaiki sistem penghadaman – Salah satu khasiat utama yang terdapat di dalamnya ialah serat. Serat membantu untuk penghadaman dengan mengeras dan melembutkan najis. Ini boleh meredakan gejala cirit-birit dan sembelit.
  • Kurangkan cirit birit – Kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak daunnya boleh membantu mengurangkan intensiti dan tempoh cirit-birit. Orang yang mengalami gangguan pencernaan tertentu mungkin mendapat manfaat dengan mengambil buah ini dalam diet harian mereka
  • Melegakan senggugut – Senggugut boleh berbeza dalam kesakitannya daripada ringan hingga terlalu sakit. Wanita yang mengalami kekejangan yang menyakitkan boleh mencuba daun daripada buah ini. Kajian mendapati bahawa ekstrak daun jambu batu adalah lebih berkesan daripada ubat penahan sakit dalam menangani senggugut.
  • Tingkatkan  sistem imun – Ia penuh dengan Vitamin C, yang penting untuk mengekalkan kesihatan imun. Kajian menunjukkan bahawa Vitamin C boleh mengurangkan tempoh selesema dan melawan bakteria. Sebiji buah ini mengandungi lebih daripada dua kali ganda keperluan harian Vitamin C yang disyorkan. Selain kandungan Vitamin C yang tinggi, ia juga padat dengan nutrien lain, termasuk zat besi, kalsium, vitamin A dan Potasium
  • Merendahkan risiko kanser – likopena, kuersetin, vitamin C dan polifenol lain bertindak sebagai antioksidan kuat yang meneutralkan radikal bebas yang dihasilkan dalam badan, menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Ia telah terbukti berjaya secara meluas dalam mengurangkan risiko kanser prostat dan juga menghalang pertumbuhan sel kanser payudara kerana ia kaya dengan likopena.
  • Mesra diabetes – Oleh kerana kandungan serat yang kaya dan indeks glisemik yang rendah, ia menghalang perkembangan diabetes. Walaupun indeks glisemik rendah menghalang peningkatan mendadak dalam paras gula, kandungan serat memastikan paras gula dikawal dengan baik.
  • Menajamkan penglihatan – Disebabkan kehadiran Vitamin A, ia terkenal sebagai penggalak untuk kesihatan penglihatan. Ia bukan sahaja dapat mencegah degradasi penglihatan, malah meningkatkan penglihatan. Ia boleh membantu melambatkan penampilan katarak dan degenerasi makula. Walaupun jambu batu tidak kaya dengan Vitamin A seperti lobak merah, ia masih merupakan sumber nutrien yang sangat baik.

 10 Manfaat Jambu Batu Untuk Ibu Hamil

Dalam satu biji buah jambu batu atau guava, ia mengandungi vitamin C, A, kalium, antioksidan, magnesium dan folat. Khasiat jambu batu dikatakan dapat mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan memberi manfaat kepada ibu hamil. Antaranya:

#1. Mengatasi kegatalan kulit

Keadaaan kulit yang gatal ketika mengandung boleh membawa kepada alahan. Dengan pengambilan guava, ia boleh menyingkirkan masalah ini kerana nutrisi didalamnya mampu mencegah masalah alergik.

Pernahkah anda mendengar dari orang sekeliling bahawa wanita mengandung akan kelihatan lebih berseri dan menawan? Dengan mengamalkan buah guava dalam menu seharian dapat meningkatkan tekstur kulit anda dan mengelakkan sebarang masalah breakout ketika mengandung.

Ia kaya dengan vitamin A, vitamin B, vitamin C dan kalium,  antioksidan yang menjadikan kulit anda bersinar dan bebas daripada tanda-tanda penuaan pramatang, kedutan dan gangguan kulit yang lain.

#2. Meningkatkan ketahanan tubuh

Setiap manusia memerlukan sistem ketahanan tubuh yang kuat terutamanya anda yang sedang hamil. Namun, tahukah anda kebaikan jambu dapat antibodi tubuh badan bagi menghalang serangan pelbagai penyakit?

Mengikut kajian, buah ini mengandungi vitamin C sebanyak lima kali ganda berbanding limau dan lapan kali lebih daripada lemon.

Oleh itu sekiranya anda diserang penyakit ringan, amalkan pengambilan buah jambu batu bagi menyembuhkan dan mencegah jangkitan terhadap kandungan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Mengawal tekanan darah

Khasiat guava ketika proses kehamilan adalah untuk menstabilkan tekanan darah. Manfaat buah ini dapat mengelakkan anda berhadapan sebarang risiko keguguran atau bayi lahir tidak cukup bulan.

#4. Merawat sembelit

Masalah yang sering dihadapi oleh ibu mengandung adalah sembelit. Ia boleh diatasi dengan mengambil beberapa potong buah jambu kerana memiliki pelbagai serat. 

Hal ini sekaligus membantu melancarkan saluran pencernaan anda dan memastikan bakteria baik berfungsi dengan lebih berkesan agar tiada lagi masalah penghadaman menyerang diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Mencegah obesiti

Selain merawat masalah sembelit, guava juga mampu mencegah anda dari masalah berat badan yang berlebihan selepas melahirkan cahaya mata.

Hal ini kerana ia mampu mengawal selera makan dengan membekalkan nutrisi yang baik untuk keperluan tubuh seharian.

#6. Menstabilkan gula dalam darah

Buah jambu batu memberi kebaikan kepada anda dalam menstabilkan gula darah dalam badan. Hal ini kerana ia dapat menyelesaikan masalah gula dalam darah yang biasa dialami sepanjang tempoh kehamilan.

Keadaan ini juga dikenali sebagai diabetes gestationa membawa kepada banyak komplikasi kepada anda dan bayi dalam kandungan.

#7. Mengurangkan tekanan

Perjalanan kehamilan pasti membuatkan anda berasa sedikit tertekan kerana mengalami sakit pada bahagian tubuh badan dan kesukaran untuk tidur.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kortisol hormon dalam badan dan kekurangan magnesium akan menyebabkan anda dilanda kemurungan. Oleh itu, khasiat buah jambu batu dapat mengurangkan tekanan pada sel-sel saraf sehingga menenangkan fikiran mereka.

#8. Perkembangan otak bayi

Buah guava ini tidak hanya kepada ibu mengandung, bahkan ia turut memberikan manfaat kepada kesihatan bayi  dalam kandungan.

Dalam hal ini, ia mampu melindungi sistem saraf kerana jambu batu kaya dengan asid folik yang sangat diperlukan dalam memastikan perkembangan otak bayi. 

#9. Mengurangkan risiko kanser

Ramai yang tidak menyedari bahawa buah jambu batu turut memiliki manfaat dalam menghindarkan seseorang akan risiko kanser.

Jambu batu kaya dengan antioksidan seperti Lycopene dan vitamin C yang membantu mencegah kanser terutamanya wanita hamil.

Bukan itu sahaja, guava dapat menyingkirkan racun dari tubuh badan seseorang. Ia juga dapat menghalang sebarang risiko sekiranya tubuh terdedah kepada radikal bebas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#10. Meningkatkan daya penglihatan

Orang yang kurang mengambil vitamin A cenderung untuk menghidapi degenerasi makula iaitu penyakit yang berkaitan dengan usia (punca buta).

Kajian turut mendapati ibu yang menerima vitamin A mencukupi mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap katarak mata.

Pengambilan buah jambu batu dapat membekalkan vitamin A untuk badan dan dapat menghindarkan risiko retinitis pigmentosa iaitu penglihatan begitu sensitif terhadap cahaya.

Jambu Batu atau Jambu Air Untuk Ibu Hamil?

Kedua-duanya mempunyai khasiat yang lebih kurang sama dan sangat berkhasiat untuk ibu hamil. Jambu air juga kaya dengan vitamin A yang sangat baik untuk penglihatan. 

Selain itu, ia juga boleh mengelak dehidrasi yang sering berlaku pada ibu hamil akibat morning sickness terutamanya di awal kehamilan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. webmd (September 19, 2022) Health Benefits of Guava www.webmd.com/diet/health-benefits-guava
  2. food.ndtv (August 08, 2022) 15 Amazing Guava Benefits: Heart Healthy, Weight Loss Friendly and More food.ndtv.com/health/15-amazing-guava-benefits-heart-healthy-weight-loss-friendly-and-more-1244242

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan

Baca juga: Pemakanan Ibu Hamil – 5 Tips Penting Untuk Jaga Diet Ketika Mengandung

Baca juga: Ibu Mengandung Suka Makan Yang Masam-Masam, Ia Normal Tanda Janin Sedang Membesar