Lobak Putih Untuk Ibu Berpantang, Antara Sayur Terbaik Untuk Ibu Baru Bersalin & Baby

Lobak putih untuk ibu berpantang dan menyusu boleh membantu mengelakkan anda berasa letih serta memperbanyakkan susu badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun jarang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Malaysia, khasiat lobak putih ini dikatakan sangat bagus untuk ibu berpantang. Di negara Korea, sayur ini sering dijadikan kimchi dan di Jepun pula, ia dijadikan sebagai salad, sashimi ataupun sup panas.

Bagi anda yang tidak tahu, lobak putih mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E. Bukan itu sahaja, ia turut memiliki beberapa mineral penting iaitu mangan, zat fosfor, kalsium serta zat besi.

Khasiat Lobak Putih Untuk Ibu Berpantang

Menurut artikel yang diterbitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, lobak putih adalah sayur mengandungi air, glukosa, sukrosa dan fruktosa. Ia kaya dengan asid ferulik, asid amino serta asid benzo-piruvik.

Antara kebaikan lobak putih ialah:

#1. Mengawal Selera Makan

Lobak putih yang diolah menjadi jus dapat menggantikan minuman bergula dan sekaligus membantu mengurangkan berat badan dengan lebih berkesan. Hal ini kerana kandungan serat di dalamnya membuatkan anda rasa kenyang dalam tempoh yang lama dan mengurangkan selera makan.

Kebiasaan ketika dalam pantang atau menyusu bayi, rata-rata ibu mengakui bahawa kerap berasa lapar sehingga terpaksa masuk dapur walaupun sudah tengah malam.

#2. Meningkatkan Susu Badan

Antara cara paling mujarab untuk menambahkan dan pekatkan susu badan adalah dengan mengamalkan pengambilan lobak putih. Hal ini kerana kandungan khasiatnya yang tinggi berupaya membolehkan si manja menikmati penyusuan eksklusif.

Sekiranya ibu tidak senang dengan baunya, anda dinasihatkan untuk lebih kreatif dalam memasak sayur lobak putih ini.

#3. Menjadikan Kulit Lebih Cantik

Kebaikan lobak putih untuk ibu berpantang ini mengandungi vitamin C, zink, fosforus dan beberapa kumpulan vitamin B kompleks adalah sangat baik untuk kesihatan kulit. Manakala kandungan air di dalamnya mampu mengekalkan kelembapan berterusan.

Pupur lobak putih juga bagus dijadikan sebagai pencuci muka kerana ia bersifat anti-jangkitan, lobak putih mampu memperbaiki struktur kulit kering, kusam, jeragat dan berminyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Vitamin C Meningkatkan Sistem Ketahanan Tubuh 

Tidak hanya mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh, vitamin C turut dianggap sebagai super vitamin kerana memiliki manfaat yang begitu tinggi terhadap kesihatan.

Ia membantu mengawal metabolisme anda, mengubah lemak menjadi tenaga dan penyumbang utama dalam penghasilan kolagen. Ia adalah protein penting bagi menguatkan dinding saluran darah, mengurangkan serangan artherosclerosis serta penyakit jantung lain.

#5. Melegakan Sembelit, Buasir & Sakit Perut

Khasiat lobak putih untuk ibu berpantang yang lainnya adalah membantu melegakan masalah penghadaman. Hal ini disebabkan oleh serat makanan pada lobak putih membantu gerakan usus menjadi lebih teratur sekaligus meningkatkan kemampuan sistem pencernaan.

Bukan itu sahaja, ia melancarkan pembuangan sistem tinja, melembutkan najis dan menyembuhkan masalah cirit-birit juga.

#6. Mencegah Sakit Buah Pinggang Atau Kencing Tak Lawas

Lobak putih membantu ”membersihkan” toksin yang terkumpul di dalam buah pinggang dan saluran darah. Sifat disinfektan dalam sayur ini dapat melindungi buah pinggang dari sebarang jangkitan penyakit.

Selain itu, kandungan antimikrob dalam lobak putih turut membolehkannya menghalang kehadiran mikroorganisma yang menjadi penyebab masalah kencing tidak lawas.

#7. Menyembuhkan Demam Dan Panas Badan

Jus lobak putih yang dicampur dengan sedikit garam dikatakan berkesan untuk menyembuhkan seseorang panas badan dan demam. Seperti petua orang dulu-dulu, bila jatuh sakit, mereka akan makan sup lobak putih.

Kandungan air dan sifat diuretik dalam sayur ini berupaya melegakan demam dan menurunkan suhu badan. Ia menambahkan bendalir dalam tubuh dan menyalurkannya melalui air kencing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, masalah keputihan juga dapat diatasi dengan mengamalkan lobak putih. Ia berkesan membunuh kulat Candida yang menjadi punca utama masalah ini.

Hasil kajian di makmal membuktikan ekstrak lobak putih dengan kepekatan rendah (1–30 μg/ml) berjaya membunuh 3 jenis kulat Candida.

Rupanya begitu banyak manfaat lobak putih yang anda sendiri tidak tahu, kan? Justeru tidak hairanlah ia sering menjadi pilihan sebagai hidangan semasa dalam pantang.

Anda juga boleh mengolahnya menjadi sup lobak putih, jus lobak putih, lobak putih goreng bersama ikan bilis atau salad lobak putih!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Diet Ketika Berpantang

Dalam merancang diet berpantang selepas bersalin, ia biasanya melibatkan beberapa matlamat utama seperti:

  1. Mengembalikan semula berat badan seperti sebelum kehamilan.
  2. Membekalkan nutrisi terbaik buat bayi yang baru lahir.
  3. Mendapatkan nutrisi mencukupi untuk mengembalikan tenaga yang hilang.

Seperkara yang mungkin ramai terlepas pandang, diet selepas bersalin sebenarnya tidak jauh berbeza dengan pemakanan sihat harian.

Cadangan Makanan Ibu Selepas Bersalin

  • Susu rendah lemak atau tanpa lemak seperti yogurt, susu, keju, dan telur.
  • Protein tanpa lemak atau rendah lemak termasuk ikan, ayam, tauhu, kekacang, bijian, lentil, dan daging lembu tanpa lemak.
  • Bijirin penuh seperti oat, quinoa, beras perang, dan roti gandum.
  • Buah-buahan seperti sitrus, beri, mangga, tembikai, epal, dan pisang.
  • Sayur-sayuran termasuk sayuran berdaun seperti sawi.

Resepi Lobak Putih Untuk Ibu Dalam Pantang

Bahan-bahan:
  • 1/2 batang lobak putih
  • 1 batang lobak merah
  • Sedikit daun sayur sawi
  • Sedikit daun bawang
  • 1 inci halia – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit ayam (jika mahu)
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Buang kulit lobak putih. Lobak putih dibelah dua sebelum dihiris nipis, jika bersaiz besar.

  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis halia dan bawang putih sehingga garing.

  3. Masukkan air secukupnya. Masukkan ayam, lobak putih dan lobak merah. Masak sehingga mendidih dan lobak lembut.

  4. Kemudian masukkan sayur sawi. Akhir sekali masukkan garam, lada hitam secukupnya dan daun bawang.

Sayur Untuk Ibu Berpantang

1. Brokoli

Brokoli mengandungi lutein dan vitamin A, yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Brokoli kaya dengan serat dan sangat sesuai untuk ibu berpantang yang sukar membuang air besar dan mudah mengalami sembelit. Kandungan kalium dan magnesium dalam brokoli juga membantu menurunkan tekanan darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Lobak Merah

Lobak merah mengandungi kalium, vitamin A, vitamin B6, dan vitamin C yang baik untuk fungsi mata. Selain itu, lobak merah juga dikatakan mempunyai kesan menyekat selera makan, menjadikannya sesuai sebagai menu berpantang ibu selepas bersalin dan membantu dalam penurunan berat badan.

3. Tomato

Tomato mempercepatkan proses penyembuhan dan menguatkan sistem imun badan. Tomato adalah sumber penting likopena, sejenis antioksidan yang dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

4. Kangkung

Anda mungkin pernah mendengar bahawa kangkung tidak boleh dimakan semasa berpantang kerana ia boleh menyebabkan badan berangin. Namun, penerimaan badan setiap individu adalah berbeza-beza. Ini bermakna anda boleh makan kangkung semasa berpantang jika badan anda menerimanya dengan baik.

5. Bayam, Antara Sayur Dalam Pantang Terbaik

Sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat sesuai untuk diet selepas bersalin. Bayam kaya dengan vitamin A, C, E, dan K serta tinggi vitamin B, menjadikannya hidangan penting semasa berpantang. Ia juga mengandungi antioksidan, serat, zat besi, magnesium, kalium, dan kalsium.

6. Peria Untuk Ibu Berpantang

Peria sangat bermanfaat untuk wanita selepas bersalin kerana ia memudahkan pergerakan usus dan mengurangkan risiko sembelit. Sayur ini juga mempunyai khasiat penulenan dan melancarkan peredaran darah dalam badan. Peria dianggap dapat membantu rahim mengecut dengan lebih cepat, yang baik untuk mengeluarkan lochia, iaitu darah nifas.

7. Kailan

Kailan, juga dikenali sebagai brokoli Cina, adalah sayuran berdaun hijau yang sangat baik untuk ibu berpantang. Kailan mengandungi vitamin A, C, dan K, serta mineral seperti kalsium dan zat besi.

Vitamin A dan C meningkatkan sistem imun dan membantu penyembuhan luka, sementara vitamin K penting untuk pembekuan darah. Kalsium dan zat besi menguatkan tulang dan mencegah anemia.

8. Bunga Kubis (Cauliflower)

Bunga kubis, juga dikenali sebagai cauliflower, juga antara salah satu sayur yang baik untuk ibu berpantang. Ia mengandungi vitamin C, K, dan beberapa vitamin B seperti folat.

Vitamin C membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan sistem imun, manakala vitamin K penting untuk pembekuan darah. Folat penting untuk pemulihan dan kesihatan ibu selepas bersalin.

Pastikan sayur untuk ibu berpantang ini dimasak dengan cara yang sihat, seperti merebus, mengukus, atau memanggang, untuk memastikan kandungan nutrisinya terjaga.

Elakkan penggunaan minyak yang berlebihan dan rempah yang terlalu kuat untuk mengelakkan ketidakselesaan perut.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Boleh ke makan makanan pedas ketika pantang selepas pembedahan caeser?

Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!

Baca juga: Resepi Sayur Sawi Tumis Air Yang Sedap, Tinggi Serat Bantu Elak Sembelit Ketika Pantang