Bertahun Jaga Anak Angkat, Isteri Tak Sangka Rupanya Zuriat Suami Dengan Wanita Lain

Kisah anak angkat tidak semuanya indah. Apa yang dilalui oleh wanita ini perlu dijadikan iktibar untuk berfikir dahulu sebelum bertindak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada kehidupan di dunia ini yang sunyi tanpa sebarang ujian. Dalam kehidupan rumah tangga, pastinya sebagai isteri anda berharap dapat memberikan zuriat untuk suami tercinta. Namun ada yang nekad mengambil anak angkat sebagai tempat untuk mencurahkan kasih sayang. Namun lain pula kisah anak angkat yang dihadapi oleh wanita ini.

Dalam soal pengambilan anak angkat, rata-rata pasangan memilih bayi kerana pada usia ini dikatakan lebih mudah untuk membentuk ikatan antara ibu bapa dan anak berbanding mengambil anak yang sudah besar.

Kisah anak angkat, banduan ini berdendam hingga membunuh

Lumrah sebagai seorang isteri akan menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi terhadap suami. Seorang banduan wanita telah dijemput sebagai tetamu ke rancangan di kaca televisyen bagi berkongsikan kisah anak angkat yang dilaluinya.

Disebabkan oleh terlalu menginginkan anak angkat, dia tidak menyangka bahawa suaminya tergamak menipu dan menduakan cinta. Pada awalnya dia berasa terlalu teruja menyambut kepulangan anak kecil tersebut.

Dia juga tidak terlintas langsung untuk meneliti asal usulnya kerana awal-awal lagi sudah berniat mahu memberikan kasih sayang setulus hati seperti anak kandung sendiri.

Walau bagaimanapun, segala-galanya terbongkar ketika penghujung tahun 2015 apabila kanak-kanak itu bakal memasuki alam persekolahan. Puan Nina mula menjadi curiga apabila dia melihat details surat beranak yang tertera nama suaminya.

credit to sources

Saya cakap pada suami yang saya nak ambil anak angkat. Masa tu dia macam mengelak, sibuk dan tiada masa. Pada Hari Raya Haji, dia ada cakap ada bawa balik anak. 

Saya dukung budak tu. Saya tidak terfikir siapa mak ayah dan keluarga dia. Saya niatkan dalam hati nak ambil budak tu jadi anak saya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kali pertama dia masuk ke dalam rumah, saya dah cakap bahawa dia anak aku. Sampai suatu hari di penghujung tahun 2015, saya nak daftarkan sekolah budak tu dan perlukan dokumen. 

Kisah anak angkat yang sebenarnya anak suami bersama perempuan lain

Suami cakap baiklah, bagi dia sedikit masa. Selang dua hari barulah suami beri surat beranak. Masa tu saya pujuk hati bila saya tengok nama budak tu dan binti suami saya.

Saya tengok lagi dekat bawah, nama dan nombor kad pengenalan tidak mungkin sama dengan lelaki lain. Saya minta penjelasan, suami cuba mengelak dan keluar dari rumah.

Saya ingatkan dia cuma keluar sekejap. Tapi sebenarnya lama. Saya jadi hilang sabar. Saya terus tanya budak tu siapa ibu dan ayah dia yang sebenar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia jawab, mama dan papa (saya dan suami). Budak tu pun tak tahu sebab dia datang ke rumah saya waktu tu dalam keadaan sehelai sepinggang. Saya amat marah pada suami, saya tidak tahu nak luah pada siapa.

credit to sources

Saya pukul budak tu. Saya tanya dia macam-macam soalan yang dia tidak boleh jawab, buatkan saya rasa lagi geram. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masa tu saya langsung tidak terfikir yang dia akan mati. Kalau saya tahu, saya tidak akan pukul dia. Kalau saya tahu saya akan masuk penjara, memang saya tak akan pukul dan akan jaga dia.

Kemarahan melampau menyebabkan nyawa melayang

Masa tu saya pukul dia hampir satu hari. Saya bayangkan macam suami dan saya tengah pukul dia masa tu. Langsung tiada rasa kasihan. 

Hari kedua saya mula rasa kesian dekat dia lepas nampak ada kesan lebam di badan. Tapi silap saya tak bawa ke hospital. 

Masuk hari ke-4, pada waktu malam dia meninggal. Sebelum meninggal dia ada cakap dia nak minum. Masa bagi susu, air tu dah tak masuk dalam perut. Keluar semula ikut mulut dia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya tak sangka selepas setengah jam dia sempat cakap sebelum dia pergi, ''adik sayang mama''. 

credit to sources

Disebabkan terlalu takut, saya naik ke atas. Suami memang tak balik rumah. Masa tu dalam kepala saya, saya nak upah orang sebab nak selesaikan mayat tu dan tutup semua bukti. 

Bila saya turun semula, saya jadi tak sampai hati. Saya cium dan peluk dia buat kali terakhir. Saya cakap dengan dia, saya minta maaf atas apa yang berlaku. Demi Allah, saya tidak berniat membunuh.

Kemudian saya bawa dia ke hospital. Doktor panggil saya dan tanyakan saya siapa. Anak tu terus diambil untuk dibedah siasat. Jadi saya tunggu dalam dua jam, tak lama tu polis datang dan terus gari tangan saya. Kemudian saya tak tahu dah apa yang berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasihat saya, berfikir dahulu sebelum bertindak sesuatu perkara kerana ia berikan kesan jangka masa yang panjang.

Sumber: TikTok noury93xoxo

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara & Proses Pengambilan Anak Angkat Mengikut Undang-Undang Di Malaysia