X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ibu Ini Berkongsi Kisah Sayu Di Sebalik Statistik 1 Daripada 4

3 min bacaan
Ibu Ini Berkongsi Kisah Sayu Di Sebalik Statistik 1 Daripada 4Ibu Ini Berkongsi Kisah Sayu Di Sebalik Statistik 1 Daripada 4

Anda pernah dengar tentang statistik 1 daripada 4? Ia adalah statistik menyedihkan yang menunjukkan kadar kematian anak. Seorang ibu ada berkongsi cerita di FB!

Stacey Skrysak, seorang ibu, berkongsi kisah sedih di sebalik statistik 1 daripada 4 dalam satu posting FB. Anda pernah dengar tentang statistik ini? 

Apabila anda melihat gambar di bawah ini, apa yang anda lihat? Di sebalik senyuman seorang ibu dan gambar filter “hitam putih”, foto yang dikongsikan oleh Stacey tampil nostalgik dan bahagia.

Ia seolah-olah satu cebisan daripada kegembiraan menjadi seorang ibu.

Tersembunyi kisah sedih di sebalik gambar

stacey fb posting

Sumber: FB Stacey

Namun, bagi Stacey, setiap kali dia melihat gambar ini, apa yang dirasakan hanyalah kesedihan.

“Saya adalah salah seorang yang jatuh ke dalam statistik 1 daripada 4. Sekali imbas, anda mungkin nampak detik bahagia antara seorang ibu dan anak perempuannya.

Kebahagiaan terserlah di mana seorang anak kecil memberikan ciuman ke pipi ibunya. Tetapi, gambar ini jauh dari menunjukkan kesempurnaan dan kegembiraan.

Dalam gambar ini, hanya ada seorang kanak-kanak, tapi saya sebenarnya adalah ibu kepada tiga orang anak (kembar tiga!)…seorang berpijak di bumi, dan dua lagi kini di syurga.”

Ibu ini juga turut menjelaskan yang di sebalik pelukan yang dia berikan kepada anaknya dalam gambar ini, dia masih memikirkan bagaimana masyarakat mendesaknya untuk sentiasa tersenyum dan supaya segera menghilangkan kesedihan.

“Apa yang anda tidak nampak dalam foto ini adalah kesedihan.”

Kesedihan memegang seorang anak sambil dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kesedihan menguruskan sebuah pengebumian, berbanding keceriaan menghias nurseri bayi.

Rasa sedih itu akan kekal, bertahun lamanya selepas mengucapkan selamat tinggal. Kesedihan itu takkan pernah pergi.

“Akan sentiasa ada sebahagian diri saya yang “pergi” bersama dua orang anak kecil saya. Tetapi, dengan masa berlalu, saya belajar bagaimana untuk menguruskan rasa sedih itu.”

Ia tersembunyi, tidak kelihatan pada dasarnya.

“Kerana itulah yang masyarakat inginkan dari kami; ibu yang kehilangan anak-anak. Mereka tidak mahu lihat kami menangis.

Ada juga yang tidak mahu menerima betapa beratnya kehilangan yang kami rasakan.

Selama berpuluh tahun, kehamilan dan kematian anak adalah topik taboo yang orang ramai tidak mahu perkatakan, atau tidak selesa untuk membincangkannya.”

Stacey telah membuat posting ini untuk memberitahu para ibu di luar sana yang isu kematian anak bukanlah satu isu yang disengsarai oleh anda seorang sahaja.

1 daripada 4 orang ibu akan mengalami kesedihan kematian seorang anak yang dikasihi!

Skrasack facebook - child loss

Sumber: FB Stacey

Kehilangan anak boleh disebabkan oleh pelbagai sebab – keguguran atau kematian sewaktu lahir.

Malah, Stacey juga ingin menyedarkan masyarakat bahawa kematian seorang anak itu bukan disengsarai oleh si ibu sahaja, malah adik beradik turut merasainya.

Stacey menyatakan yang anak perempuannya akan membesar dengan sebahagian dirinya – dua orang adik kembarnya – yang hilang dari hidupnya. Dia tidak pernah dapat melihat dua orang kembarnya itu.

Ibu Ini Berkongsi Kisah Sayu Di Sebalik Statistik 1 Daripada 4

“Apa yang anda tidak dapat lihat adalah hubungan istimewa antara seorang adik dengan kakak dan abangnya.

Rantai yang sedang dibeleknya (dalam gambar) itu adalah rantai huruf pertama untuk nama kembarnya, Parker dan Abby.

Dia tidak berpeluang untuk bermain dengan kembarnya atau berjalan dengan mereka ke sekolah. Tetapi, dia tahu tentang kembarnya itu. Mereka akan sentiasa menjadi sebahagian dari hidunya.”

Stories Rakan Kongsi
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja
Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja
Adakah Anak Anda Mendapat DHA Yang Mencukupi?
Adakah Anak Anda Mendapat DHA Yang Mencukupi?

Stacey Skrysak mengakhiri posting di FBnya dengan menyatakan bahawa bukan dia seorang sahaja yang menderitai rasa sedih akibat kehilangan anak.

Ramai lagi ibu lain di luar sana yang turut mengalami keadaan yang meruntun hati ini.

“Anda mungkin lihat gambar seorang anak dengan ibunya, tapi anda perlu tahu saya adalah ibu kepada kembar tiga. Saya adalah sebahagian daripada statistik 1 daripada 4. Dan, saya tidak keseorangan!”

Sumber: Popsugar.com, Stacey FB

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

“Percaya Kata Hati Anda” – Minta Ibu Yang Kematian Anak Dalam Kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keguguran
  • /
  • Ibu Ini Berkongsi Kisah Sayu Di Sebalik Statistik 1 Daripada 4
Kongsikan:
  • Tidur Meniarap Penyebab Bayi Ini Mati! Ramai Ibu TAK SEDAR Cara Tidur Bayi Yang Selamat

    Tidur Meniarap Penyebab Bayi Ini Mati! Ramai Ibu TAK SEDAR Cara Tidur Bayi Yang Selamat

  • Pilunya Hati! Jika Darah Ibu Ini Diuji, Pasti Anaknya Takkan Mati Dalam Kandungan

    Pilunya Hati! Jika Darah Ibu Ini Diuji, Pasti Anaknya Takkan Mati Dalam Kandungan

  • Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

    Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Tidur Meniarap Penyebab Bayi Ini Mati! Ramai Ibu TAK SEDAR Cara Tidur Bayi Yang Selamat

    Tidur Meniarap Penyebab Bayi Ini Mati! Ramai Ibu TAK SEDAR Cara Tidur Bayi Yang Selamat

  • Pilunya Hati! Jika Darah Ibu Ini Diuji, Pasti Anaknya Takkan Mati Dalam Kandungan

    Pilunya Hati! Jika Darah Ibu Ini Diuji, Pasti Anaknya Takkan Mati Dalam Kandungan

  • Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

    Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.