Ketika pertama kali mendaftar dan membuka buku merah untuk rawatan kehamilan, ibu-ibu perasan tak ada stiker kod warna yang dilekatkan jururawat pada bahagian atas buku tersebut?
Mungkin sebelum ini kita tak ambil pusing sangat berkaitan kod warna tersebut. Sedangkan ia adalah merujuk kepada tahap kesihatan ibu ketika hamil berpandukan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menurut perkongsian Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, sistem ini mempunyai empat warna.
Penentuan tag warna tersebut adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik atau di rumah.
Jom kita semak apakah erti di sebalik setiap kod warna di buku merah ini seperti berikut:
4 Jenis Kod Warna Dalam Buku Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu
1# Warna merah:
- Rujukan ibu tersebut harus segera ke hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama Pakar O&G dan pakar perubatan keluarga kerana pelbagai komplikasi tertentu.
2# Warna kuning:
- Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G hospital atau pakar perubatan keluarga.
- Penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan.
3# Warna hijau:
- Pengendalian tahap kesihatan ibu boleh dilakukan di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan .
- Pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan/ Doktor.
4# Warna putih:
- Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan atau Jururawat Masyarakat di klinik kesihatan atau klinik desa.
- Kod ini akan diberikan sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau. Oleh itu, ibu akan diberi tag warna putih.
Dalam situasi tertentu misalnya di kawasan pedalaman, tidak terdapat Pegawai Perubatan dan pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan dan jururawat masyarakat dengan pengawasan daripada Pegawai Perubatan yang terdekat dan mudah dihubungi.
Pakar O&G berhak dan boleh menukar tag warna mengikut penilaian tahap risiko kehamilan ibu. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod warna yang diberikan sebelumnya.
Faham dan jelaskan tentang ini? Cuba lihat buku merah masing-masing warna apa yang dilekatkan? Kemudian tanyalah kepada doktor, kenapa anda diberikan kod warna tersebut?
Setelah tahu anda akan lebih berhati-hati dan menjaga kehamilan dengan sebaik-baiknya sehingga selamat melahirkan.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Dr. Muhammat Izzat
Baca juga: Proses membuka buku merah di Klinik Kesihatan Ibu & Anak, ibu hamil kena tahu tentang proses ini!