Bawa Anak Ekzema Mandi Kolam Air Panas, Ibu Kesal Seluruh Badan Melepuh & Naik Bintik-Bintik

Kolam air panas yang dianggap penyembuh penyakit kulit dikatakan kurang sesuai untuk anak kecil kerana berisiko dijangkiti kuman bakteria

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkongsian seorang wanita mengenai keadaan kulit anaknya yang berbintik-bintik dan melepuh selepas dibawa mandi kolam air panas telah menimbulkan kerisauan ramai mengenai kebersihan tempat-tempat rekreasi awam.

Apakah yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Kulit anak berbintik-bintik dan melepuh selepas mandi kolam air panas
  • Doktor sahkan bukan HFMD

Menerusi perkongsian di laman twitter, Elle Fara, dia memaklumkan mereka sekeluarga berkunjung di salah sebuah kolam air panas yang terletak di utara tanah air.

Kulit anak berbintik-bintik dan melepuh selepas mandi kolam air panas

Dia menjelaskan, selepas beberapa hari mengunjungi kolam berkenaan kulit anaknya berbintik-bintik dan melepuh.

Apabila mendapatkan rawatan doktor, kanak-kanak berkenaan disahkan terkena jangkitan virus yang dipercayai berpunca daripada kolam air panas yang mereka pergi.

Ikuti perkongsian wanita ini:

“This tweet is to remind you not to bring your toddler kids to hot spring. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“What we are currently facing. Pray for speedy recovery for Eiman Qasyaf. Doctor said it’s caused by a virus from the hot spring I brought him last week. The virus created a ‘port’ on his skin to ‘invite’ bacteria to infest on his skin.

“On top of that, his school is currently closed because the have got 5 cases of HFMD, but doctor confirmed Qasyaf’s case is not HFMD.”

(Tweet ini adalah untuk mengingatkan anda semua supaya tidak membawa anak ke kolam air panas. Sekarang ini kami sedang menghadapi perkara ini. Doakan kesembuhan untuk Eiman Qasyaf. Doktor kata ia disebabkan virus daripada kolam air panas yang kami kunjungi. Virus itu membawa bakteria yang menjadikan keadaan kulit dia lebih teruk. Walaupun sekolahnya tutup berikutan ada kes HFMD, doktor sahkan Qasyaf bukan dijangkiti HFMD)

Doktor sahkan bukan HFMD

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia turut memaklumkan yang anaknya memang penghidap ekzema dan biasa dibawa ke kolam awam atau water theme park atau kolam renang awam. Namun tidak pernah mengalami keadaan kulit sedemikian rupa. 

“My son’s eczema bukan teruk yg mcm merah-merah dan I’m not so stupid bawak dia pergi swimming kalau his skin condition tengah teruk.

“I selalu je bawak my son swimming kat hotel’s pools & even bawak dia pergi theme park. No issue pun. This is our first time. To be honest, it wasn’t that hot at the Main Pool (more like suam-suam) & Kids Pool lagi la sejuk airnya. But it’s ok, I will ask specialist regarding this next week.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjawab beberapa reaksi netizen mengenai rasional dia membawa anaknya mandi kolam air panas dengan keadaan yang memang diketahui anak itu mempunyai masalah kulit, katanya ia sebagai usaha untuk menyembuhkan anaknya daripada ekzema, namun tidak menyangka akan terjadi sedemikian rupa.

Didoakan semoga Eiman Qasyaf cepat sembuh!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ayda Jebat Risau Kulit Anak Merah & Bengkak, Doktor Kata Mungkin Bayi Alergi Ubat

Baca juga:  13 Jenis Masalah Kulit Sering Dialami Bayi Baru Lahir & Yang Manakah Paling Bahaya?

Baca juga: Hati-Hati Menjemur Bayi Dalam Keadaan Telanjang Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Kulit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar