TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Koma akibat 'inflatable bouncer'

3 May, 2017
Koma akibat 'inflatable bouncer'

Alat tersebut telah dipasang oleh pekerja katering itu pada jam 3 petang. Namun, selepas setengah jam, anaknya terjatuh dan terhentak kepalanya di atas tar.

Sabtu lalu, 29 April 2017, kegembiraan seorang ibu bertukar menjadi duka apabila anak lelakinya terpaksa terbaring dan bertarung nyawa.

Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq, 5, terlantar koma selepas terjatuh ketika bermain ‘inflatable bouncer’ (pelantun boleh kembung) di rumahnya di Persiaran Sungai Gelugor, Georgetown.

Menurut ibu mangsa, Norsyaliza Yahaya, 32, anaknya kini terlantar koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Lam Wah Ee akibat terjatuh dari ketinggian hampir 10 meter ketika bermain ‘inflatable bouncer’ yang disewa dari sebuah syarikat katering.

Menurut Norsyaliza lagi, beliau menyewa alat tersebut untuk kanak-kanak bermain di sambutan hari jadi bapanya. Alat tersebut telah dipasang oleh pekerja katering itu pada jam 3 petang. Namun, selepas setengah jam, anaknya terjatuh dan terhentak kepalanya di atas tar.

Syarul Ariel Rifqi dikejarkan ke hospital dan doktor terpaksa melakukan pembedahan kerana terdapat darah beku di kepalanya. Selesai pembedahan pertama, doktor memaklumkan terdapat masalah kerana darah beku di bahagian kiri pula dan pembedahan kedua dilakukan. Dan Syarul Ariel Rifqi koma.

Ibu Syarul Ariel Rifqi kesal kerana kejadian tersebut terjadi akibat alat ‘inflatable bouncer’ yang telah dipasang terbalik oleh pekerja katering. Disebabkan itu, alat tersebut menjadi tidak stabil.

Apa yang anda perlu tahu tentang ‘inflatable bouncer’?

Koma akibat inflatable bouncer

Foto ehsan Luoyang Sunny Inflatable Toys Factory

  • Sekiranya anda memasang sendiri, pastikan anda membaca dan mengikut semua arahan yang diberikan
  • Jika anda mengupah pihak luar, pastikan syarikat tersebut mempunyai insurans. Pekerja yang telah dilatih akan memasang serta memantau kanak-kanak yang bermain.
  • Tidak ada undang-undang berkaitan ‘inflatable bouncer’ walaupun syarikat tersebut berdaftar insurans, jadi, ibu bapa harus memastikan alat tersebut telah selamat dipasang sebelum membenarkan anak-anak bermain.

Sekiranya dipasang di luar kawasan rumah:

  • Alat ini mesti dipasang di atas permukaan yang rata dan sekata. Bebas batu, kayu atau objek terkeluar dari tanah seperti ‘sprinkler’.
  • Jangan pasang alat ini berdekatan ranting kayu, laluan elektrik (wayar) atau pagar. Ia patut berada di kawasan terbuka.
  • Jika ia dipasang di atas permukaan keras, letakkan alas yang lembut di pintu masuk dan keluar ‘inflatable bouncer’ itu.
  • Pastikan ia telah dipasak dengan pasak besi yang telah ditenggelamkan ke dalam tanah (pastikan kanak-kanak tidak berada di keliling semasa melakukan ini).

Sekiranya dipasang di dalam rumah:

  • Jauhkan dari dinding. Pastikan banyak ruang kosong di sekeliling ‘inflatable bouncer’.
  • Pastikan ia jauh dari kipas, lampu dan barangan merbahaya.
  • Letakkan alas lembut di pintu masuk dan keluar ‘inflatable bouncer’ itu.

Keselamatan menggunakan ‘inflatable bouncer’:

  • Hanya kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke atas sahaja yang patut menggunakannya. Kanak-kanak lebih muda mungkin tidak mempunyai keseimbangan, koordinasi atau kekuatan untuk bermain di dalamnya.
  • Pastikan sentiasa ada orang dewasa memantau. Jika di taman permainan dalam bangunan, pastikan mereka mempunyai pekerja yang memantau.
  • Pastikan kanak-kanak membuka kasut, kaca mata dan alat perhiasan. Serta pastikan mereka kosongkan poket dari sebarang objek tajam.
  • Tetapkan syarat sebelum bermain seperti tidak bergaduh, bergusti atau berkasar.
  • Jika alat mula kurang udara, atau angin kencang, pastikan anak-anak keluar dari ‘inflatable bouncer’ dan berhenti bermain.

Ambil langkah berwaspada agar waktu gembira tidak menjadi waktu duka. Perkongsian ini agar kita sebagai ibu bapa lebih tahu apa langkah berjaga-jaga yang boleh di ambil. Semoga adik Syarul Ariel Rifqi cepat sedar dan sembuh.

Sumber: makesafehappen

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Koma akibat 'inflatable bouncer'
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham